Family time dekat Sugeh Hill Resort, Janda Baik

 Assalamualaikum and hai !

Bila dah jadi makapak ni sometime kalau nak healing, nak bercuti kalau boleh nak tempat yang tenang2 je. Tempat yang jauh dari orang ramai, dekat dengan nature and suasana tenang. So dah lama dah teringin nak pi Janda baik. Last pergi Janda baik masa kecik dulu ikot trip raya tempat keje ayah and aku still ingat lagi memang tempat tu cantik. very the nature.So this time, husband bawak family kecik kami pergi healing somewhere. Mula plan nak pergi pulau. Tapi tak jadi, so teringat la macam penah rasa nak pergi Janda Baik. So cari punya cari mana resort yang best, sekali terperasan  ada resort milik Dato' Aliff Syukri.

So malas nak pening-pening kepala, nak cari lokasi yang cantik, ada sungai at the same time ada kolam, bilik best, makan senang, ootd spot cantik, so we decided to pilih Sugeh Hill Resort je. Book kat website terus, anda banyak jenis bilik. Bilik untuk 2 pax, 3pax, untuk family ramai, dorm and banyak lagi. Harga so far afforadable sangat. Lepas tu terus buat ittenery, yelah pergi 3 hari kang ada yang pishangg😂.

So apa yang menarik kat sini? ok jom.

BILIK YANG SELESA

Untuk kali ni kami ambil bilik untuk 3-4pax. So ada 2 bilik yang jenis macam ni. Satu namanya Dukung Anak. Satu lagi Subang Nenek. so bilik yang kami amek ni belakang bilik betul2 dekat dengan sungai. Setiap bilik ada disediakan BBQ station. Selesa pun selesa.

Main Lobby pun dah cantik. Depan2 tu ada produk Alif Syukri & Datin Shahida jugak

KOLAM

Ada juga kolam untuk public. Untuk dewasa dan kanak-kanak diasingkan. Kolam pun bersih. Rezeki jugak la time pergi ni, tak ramai orang, so memang kami jela conquer satu kolam.mihmih.

Budak dua ketol dah nampak kolam memang sampai kecut la. Bagus pulak datang time orang takde. Memang ktorg conquer satu pool la

KARAOKE

The best part ada bilik karaoke jugak Tapi aku tak sempat masuk pun, plan nak pergi malam tapi macam best stay dalam bilik je.😅 Bilik karaoke ni dekat je dengan kolam.


BANYAK AKTIVITI

So antara aktiviti yang boleh buat dalam ni, ada Flying Fox, tapi tak sempat nak naik. heheh. Ada basikal untuk disewa, so boleh la round satu Sugeh ni naik basikal. Since memang ada sungai so memang syiokk laa..boleh berendam kalau cuaca baik. Ada sampan boleh naik, tapi kena bayar la. hehe

Sungai belakang bilik ke gaiss.. Best ya amat. Kalau cuaca cantik nice la. Kalau time hujan memang keruh laa

BREAKFAST/LUNCH/HI-TEA BY THE RIVER

Kalau nak makan malas nak keluar pi kedai-kedai berdekatan boleh la order je dekat Sugeh Cafe. Boleh makan kat cafe terus atau nak picnic kat sungai ke, kat tepi kolam ke, kat tasik ke , kat mana-mana pun boleh dorang akan setup kan terus. Nak makan dalam bilik pun boleh dorang hantarkan.

Boleh deal nak menu apa for breakfast lunch and dinner. Mcam ni pun dah kenyang bersandorrr

MINI ZOO

Percaya tak yang kat Sugeh ada jugak mini zoo. Tapi binatang tak banyak la. ada rusa, ayam, kuda, kambing macamtu lah. Boleh masuk dalam tapi kitorang tengok kat luar je.

GAZEBO & OOTD SPOT

Landskap kat Sugeh ni memang cantik. Dorang hias sekeliling dengan pokok-pokok cantik. Yang best ada banyak ootd spot korang nak bergambau. Pastu gazebo untuk lepak pun banyak. Buaian pun banyak, So menang santai habis kat sini.

Biasanya orang mesti nak tanya ada bad review tak?ok pada pendapat aku la,

WAKTU MALAM SANGAT GELAP

Yes, waktu malam kat sini memang takde lampu jalan. So sangat gelap kalau teringin nak ambil angin luar. So I suggest please letak lampu banyak sikit so orang boleh la spent time malam-malam kt luar. Time nak bbq depan bilik pun agak gelap. View dah cantik sangat dah.


KELENGKAPAN BILIK

So far bilik lengkap, semua ada cuma I would suggest dah boleh dah dorang tukar langsir baru, cadar baru. hehe. sebab kalau tengok macam dah bertahun guna. 

Yang lain tak ada sangat kot. So far puas hati je.  Rasa kalau ada time pergi lagi nak try bilik lain pulak.hehe. So boleh watch kat bawah 3 hari 2 malam weols kat sana


Boleh tengok details dekat Instagram, nak deal pakej makan and gambar2👇👇

Sugeh Hill Resort

Website pun ada boleh terus book 👇👇

https://www.sugehecoresort.com/

boleh usha pengalaman ktorang stay dekat sini:👇👇


Thank you for reading these 😀

Comments

Popular Posts