apa makna bertudung pada anda?

assalamulaikom semua :)

yes..apa makna bertudung pada korang?ye macam yang kita ketahui memakai tudung adalah satu tuntutan agama kita sendiri..tapi tak semua yang bertudung itu menepati tuntutan agama.. kemungkinan disebabkan faktor sudah terbiasa dari kecik..or maybe dah orang sekeliling nya pakai tudung..that's why pkai tudung jugak.. pernah di tempatkan di sekolah agama..kang keluar tak pakai tudung buat cemar nama sekolah la..ada pulak merasakan rambut tak berapa nak cantik la..tu yang pakai tudung tu..or just sekadar mengikut fesyen al maklom sekarang fenomena fesyen tudung dah menjadi-jadi...and owh aku ni jenis yang 'on' 'off'...

see???macam-macam alasan and niat mereka yang bertudung ini..kenyataan ini bukan lah nak ditujukan pada yang lebih spesifik ke apa..just kesedaran dan peringatan untuk aku jugak...kerana diri ini tahu betapa banyak kelemahan ..owh sadiss...

bagi yang sejak lahiriah dilahirkan dalam keluarga and surrounding yang sangat peka menjaga perintah agama..amat lah mudah bagi anda sebenarnya untuk mengkonsisten kan pemakaian tudung dan anda akan lebih memelihara batasan dan aurat sebenarnya..tu dah kira bonus la pada korang...

tapi pada yang berlatarbelakangkan surrounding yang sederhana like suam-suam kuku..adalah menjadi cabaran sebenarnya buat mereka yang nak konsisten bertudung..tu yang terjadinya pelbagai alasan seperti kat atas tuh...tapi semua ni bukan lah tiket untuk kita tak pakai tudung..nak kena tunggu bersedia lagi..tak mahu dikata pakai tudung tapi bukan baik sangat..etc and etc...

mesti korang pernah rasa or terfikir macam tu kan??kita selalu dengar orang kata pakai tudung tak semuanya baik..kekadang tu lagi teruk perangainya daripada orang yang free-hair ni...bla..bla...and bla..
tu yang membuatkan yang free hair nak kena tunggu bersedia dulu baru nak pakai...

ye aku akui pada "zaman kejahilan' aku dulu..heww..aku pun berpendapat macam tu..rasa macam nak off terus je..beriye2 pakai tapi perangai tak semenggah lagi..tapi tuhan tu maha penyayang and Dia sentiasa menjaga hambaNya..so segala niat bodoh aku tu tak menjadi and sentiasa ada je halangan yang mengelakkan aku buat macam tu...

and akibat selalu dengar most people kata 'baik cabut je tudung tu kalau perangai macam hape'... 'even dia freehair tapi lagi baik daripada yang pakai tudung'.. bla..bla..and bla tuu.. buat aku jadi cam lebih respect mereka yang free hair ni.. and selalu terdetik orang lelaki akan berfikir benda yang sama pada aku..

tapi sekarang tidak lagi.. sepatutnya yang bertudung ni patut prove kan pada semua orang yang kita ikhlas bertudung.. and pada yang free hair..syukur jika anda mungkin lebih baik.. akan jadi lebih suweet jika anda pun bertudung..kerana Allah lebih suka pada orang berbuat dosa tetapi berubah menjadi lebih baik daripada orang yang pada mula baik tapi akhirnya melakukan dosa.. Allah tu maha adil..Dia takkan menghukum hambaNya tanpa sebab..

kalau masih lagi menyalahkan mereka yang bertudung ni lagi teruk perangainya..bertudung tapi masih berbuat dosa bagai..dosa tetap dosa..dan dia tetap mendapat pahala menutup aurat..kat akhirat nanti..yang menentukan kita kemana nanti bergantung pada dosa and pahala kita..setiap dosa kita akan mengurangkan jumlah pahala kita..
so kalau buat banyak pahala sekali pun tetapi tidak menutup aurat..pahalanya akan dikurangkan selama mana dia tidak menutp auratnya semasa hidup sehingga kematiannya..dan sehingga tidak ada lagi pahala yang boleh dipotong menyebabkan kita menjadi 'muflis' dan tercampak ke neraka..

pada yang bertudung..kita tak boleh la rasa kan kita dan cukup hebat dah..dah cukup selamat dah..kerana riak dan ujub itu merupakan dosa..hakikatnya kita kenalah mohon pada Allah meminta keampunan atas dosa-dosa lain agar kita tak diazab oleh Allah di akhirat nanti.. AMIN...

so sama-sama muhasabah diri..memang kita kena selalu muhasabah..peringatan untuk diri sendiri ni..mudah sangat kita lupa..walau pun dah mula sedar tentang semua ni..tapi aku masih lagi tahap yang lemah..i guess..aku menulis tentang ini pu kerana aku rasa aku dah temui jawapan yang sebenar..and membuatkan kita lebih yakin untuk menjawab persoalan-persoalan yang agak common tu..
sama-samalah kita perbaiki dari hari ke hari..renung-renungkan la..hehe..
.

p/s: if adalah kesilapan diharapkan sangat-sangat ada yang sudi menegur,, :)

love,
farahshahidah

Comments

  1. Menutup aurat adalah syariat.Tutup aurat pada tubuh dan hijab pada hati akan datang.. =)

    ReplyDelete
  2. pakai tudunglah walau terpaksa. lama-lama kita dah biasa dan ikhlas bertudung, InsyaAllah ^^ nice post ;)

    ReplyDelete
  3. Bertudunglah walau terpaksa, lama lama yang terpaksa tu akan datang dengan suka rela. InsyaAllah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Comment please =D Thank you ^^

Popular Posts