Blog Farah Shahidah: DiariHamil :My second trimester yang fresh !

shushivid

27 September 2017

DiariHamil :My second trimester yang fresh !

Assalamualaikum and Hai !

These post was written masa I still pregnant kan awak, #throwback-

Even now I counting days to see you..memang da hujung tanduk dah ni, nak throwback sikit my experience masa second trimester bringing you in my stomach.hee. It was nice experience sebab umi feeling soooo fresh when enter to second trimester. After 3 months melayan perasaan lemau and tak tahan bau masakan sendiri.


Umi jadi lebih semangat and cergas je. Macam tak perasan tengah mengandung. Selera makan mula ada.. And I really enjoy eating. Semua benda nampak sedap. Hehh. Bila makan mesti rasa seronok.macam balas dendam sebelum ni tak berapa nak selera makan. I dont care about my weight anymore. Makin timbang makin naik.Lol.

sangat suka masak masa ni. berselera benar.mihmih


Signature Azwan Ali kauu

Pernah order rendang Azwan Ali, sebab naik kecuh tengok IG dia dok promote rendang.
Gigih tunggu giliran order. Nak rasa je sebenarnya. 

At the same time, umi mengisi masa housewife dengan buat bisnes at home sambil dibantu oleh abi. Thank you abi sentiasa sokong apa yang umi buat. So umi ada usahakan bisnes skirt labuh untuk cuba market. Bila ingat balik, hanya me and your abi ke hulur hilir cari material, deal with tailors, buat branding and so on. Kenangan sangat. Sambil bawa awak ke hulur hilir. Memang umi aktif masa ni.
dating berdua je ngan Abi ke hulur hilir bawak perut

And penah jugak family belah abi buat trip pegi Langkawi, umi baru je nak masuk second trimester. Kalau pi Langkawi tak sah la tak naik boat keliling pulau. Banyak jalan ke sana sini. Tapi awak sangat kuat. And I really proud of you. Paling tak lupa gigih naik Pulau Dayang Bunting. Jalan punya la laju. Alhamdulilah awak tak apa2. Umi risau jugak sebab time ni awak fragile lagi. belum kukuh. Kalau pape jadi umi memang rasa nak salahkan diri sendiri je.

Selain tu, ada jugak kenangan abi bawak umi pergi USS Singapore. Perut dah mula ke depan tapi still gigih  berjalan dua kali round kat dalam USS tu. Agak lincah jugak umi. Tak rasa penat sangat. Just macam biasa. Umi cakap kat abi, kuat berjalan anak kita nanti, masa mengandung maknya kuat berjalan.hehehe. Banyak games jugak yang tak berapa galakkan ibu hamil tapi umi sorok2 perut nak main jugak. Ye la abi dah bawak jalan, nak jugak manfaatkan. Bukan selalu dapat datang situ.

Alhamdulilah, mengandungkan awak Allah banyak permudahkan umi dan abi. Dalam keadaan abi kerja shift, lepas tu continue study lagi, memang risau abi stress. Abi selalu cakap awak mesti anak yang baik, mudahkan ibubapa. Awak seolah2 faham keadaan kami yang dok berdua je masa ni. Family semua jauh. Thank you anak umi.
Bilik ni selalu check up awak dengan doktor. Excited bila scan dapat tengok awak gerak-gerak
Kebetulan ada Expo Baby dekat Danga Mall. Puas dapat beli benda asas. Lepas tu asik dok belek doploh pat jam.HAHA
Bab mengidam, umi tak ada apa yang hectic sangat. Semua benda yang umi teringin benda yang senang jumpa. Contoh lepas dah ada selera tu, umi teringin steamboat tapi nak yang jual pakai lori.haha. Memang kat Johor banyak pun. Teringin air tebu sebab asik nampak dekat Pekan je. Yang pasti, umi setia nak air Calpis daripada awal pregnancy sampai la sekarang.heh. Tak tau la kenapa sedap sangat. Selalu bila on the way balik JB-Melaka mesti singgah pam minyak then mesti beli air Calpis. Sampai abi pun terikut beli. hhehe..
Sushi tak digalakkan while pregnant. Tapi nak lepas tekak

So far masa trimester memang banyak masa kat Johor. Umi pun back to normal, da seronok masak macam-macam balik. Everything we survived berdua. Susah senang sama-sama. I can't forget every moment dengan your abi. Tambah sometime umi kuat sentap from 1st trim sampai la second tu.haha.LOL. Kesian abi.Tapi umi tak perasan actually nape jadi camtu. 
celebrating my birthday while pregnant kan awak kat Olive Music

Ni bunga ke berapa kali tah
Just to let you know, Abi always doing the best for us. Selalu ada untuk umi and he loves you so much! Abi selalu cuba penuhi keinginan awak eh ke keinginan umi. hehe. Even umi tak nak susahkan abi. He always trying to make my day. Bawak umi tengok wayang, spend time kat luar. Cari port makan kot umi ngidam pape. Siapa kata dah pregnant tak boleh honeymoon? We spent a lot of time together. I will miss this time. Lepas ni awak dah lahir, and akan meriahkan lagi hidup kami. Umi tak sabar nak jumpa awak. InsyaAllah =)

No comments:

Post a Comment

Comment please =D Thank you ^^

Blog Farah Shahidah © . Designed by MaiGraphicDesign