Persiapan Raya: Dulu & Sekarang

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan ! =D

Semakin umur makin meningkat dewasa ni, memang aku rasa Raya aku totally berubah..sikit demi sedikit...
kalau tanya pada semua orang mesti semua akan rasa Raya masa kecik lar paling best sekali...tapi takkan lar aku nak jadi budak kecik je sampai bila-bila kan..heee..Life must go on...and harus berubah..cehh!

tapi bila imbas balik semua kenangan Raya dulu, buatkan aku rasa nak pinjam pintu Doraemon and masuk ke zaman dulu-dulu...bestnyeeess..tapi tak mungkin kan...kalau nak cerita pasal bezanya...memang tersangat beza okeh...sob3

Pertengahan Bulan Puasa

DULU

aku dah mula berkampung dah kat kampung moyang aku dengan nenek sedara semua...time-time ni diorang (becoz hanya mereka sahaja almaklum aku tau main je masa tu..hehe) dah mula buat kuih raya...macam-macam jenis buat...biskut ke,kek ke ape ke...semua dok sebok main tepung...aku suka tengok and menyebok je masa tu..yela budak-budak lagi so mak aku tak bagi usik budak-budak kan main kotor..

kuih tart gulung wajib ada..tapi ni mesti paling laku..aku la keje kan,.hehe

SEKARANG

dah banyak jenis kuih raya ada jual kat pasaran sekarang ni...orang buat tempahan pun dah ramai ada..order jeee...ape lagi...tengok kerajinan nak buat kuih raya dah makin kurang...kalau rajin pun aku dengan mak hanya buat 2,3 jenis je biskut..yang lain beli jee.hehe..since moyang dah pun meninggal, suasana buat kuih raya macam dulu dah tak ada dah... buat kat rumah sendiri je...rumah taman apa lar meriah sangat kan...

Baju Raya

DULU

nak pergi shopping raya adalah satu benda yang sangat aku nanti-nantikan masa budak dulu..hehe...kalau shopping mesti nak 1 set..kasut nak tumit tinggi..baju nak macam ni..macam tu...siap ada stock baju untuk raya pertama,kedua dan seterusnya..haha..tang baju first Raya mesti nak boria satu family, and normally mak aku akan tempah untuk da whole family...so dah dekat nak raya tu memang dah tak ada nak fikir pasal baju raya...semua dah siap...tinggal packing nak bawak balik kampung je..

pilih-pilih kak...


SEKARANG

disebabkan sekarang ni dah merata-rata dah baju pasang siap dijual, cakap je nak corak apa saiz apa, kain apa semua ada..semua benda dah kat hujung jari je..tinggal keluar duit bayar je..dah tak ada dah nak tempah-tempah sangat macam dulu...kadang-kadang tu beli yang dah siap ni lagi murah daripada tempah kat orang...and preparation for baju raya family aku pun dah tak beriya-iya macam dulu...just ada dalam 2,3 pasang okay dah..


Malam Raya

DULU

malam raya laa malam paling syahdu sekali..bila dngar takbir raya rasa macam happening sangat nak raya,
beraya kat kampung memang sangat sangat sangat best seriously...semua saudara mara balik..memang heaven lar,bakar mercun, men bunga api, pasang pelita,sampai cam nak melatah je pakcik yang nak pergi masjid dek kena baling mercun dengan kitorang..haha..masa tu stock mercun, bunga api ni sangat banyak..main satu malam pun tak terhabis, so kitorang akan main sepuas-puasnya gedebam gedebomm sampai tengah malam sampai moyang aku dok bising suruh masuk tidur..heheh..yang mak-mak pula dok sibok rebus ketupat,buat rendang, lap pinggan mangkuk, susun kuih raya semua...

aku suka mercun ni..sebab banyak..and bila meletop pon best 


SEKARANG

masak rendang,ketupat semua kat rumah sendiri je..sob3..kalau dengan takbir pun rasa syahdu jugak tapi tak rasa macam mana suasana kat kampung..sekarang aku dah tak main mercun bunga api bagai ni...so adik-adik aku lar main...aku tengok diorang main pon aku yang bosan..haha...apa lar sangat main kat kawasan rumah taman...tak gempak mana pun..hehe...pelita pasang jugak tapi berapa batang je lar...aku dengan mak sebok kat dapur dok prepare ni prepare ituh..

Di Pagi Raya

DULU

pukul 5 pagi mak dan nenek aku dah bangun...mak datuk awal benar...diorang dah start prepare apa yang patut, lepas tu kejot kitorang yang kanak-kanak ribena ni bangun mandi...kemain liat nak bangun mana tak nya tidur lambat main mercun malam tadi,bila tang nak mandi tak boleh blah...air kat kampung sejuk sampai ke tulang, tapi mandi jugak bila mak dah dok bising-bising..tak sabar nak pakai baju raya pun sama jugak..hehehe..dah siap, mula duk makan ramai, lepas tu salam semua saudara mara aku yang ramai itu..memang happening..Iolls kan budak lagi masa ini lar time yang best dapat merembat duit raya...banyak tuuuu.....

rendang tok yang aku cari-cari

SEKARANG

Bangun pagi tak adalah seawal pukul 5 pagi..tapi awal lar jugak...macam bangun nak pegi sekolah...tak tidur kat kampung tapi kat atas tilam rumah sendiri,pagi tu jugak salam mak ayah kat rumah sendiri and then baru gerak pi kampung jumpa berkumpul dengan saudara mara pulak...yang tu jelar happening, makan ramai-ramai satu family mak aku semua ada...then pergi solat Hari Raya, pergi kubur moyang, dan nenek...wuuu syahdu...then as usual, salam menyalam dengan semua ahli keluarga, siap buat rotation start ngan atuk, then paklong,pak ngah sampai lar ke Busu.. then sesi bergambar macam biasa, lepaih tuu, pi belah bapak aku pulak...macam tu lar bertahun-tahun...

Raya-Raya Seterusnya

DULU

1,2,3 hari raya memang tak boleh kacau...disebabkan saudara mara memang ramai sangat, so time2 ni lar pergi beraya sini sana...after raya ketiga tu baru lengang sikit, so budak-budak macam aku ni..mula lar guna kesempatan yang ada pergi raya satu kampung...masa tu ada kawan-kawan lain kat kampung..so satu rombongan pegi jalan raya rumah tah sape-sape tah dari ulu kampung sampai lar ke hilir..sampai mak dok hangen tah celah mana aku pergi raya masa tu..haha..dulu dah macam trend budak-budak jalan raya ni..siap ada lain-lain group...haha

SEKARANG

zaman adik-adik aku pulak lar pegi jalan raya...tapi budak sekarang makin lama dah makin kurang nak jalan raya ni..dah segan kot...lagi satu budak-budak sekarang dah demand lebih..tak main duit seringgit dah..kemain dorang nih.. aku pulak lar yang melayan kanak-kanak riang ni datang rumah..tapi jarang kot..biasa mak aku yang layan..mak aku bab handle budak-budak ni serahkan kat dia.. aku macam biasa anak dara kena tolong apa yang patut lar...memang jadi bibik kat dapur.. and Alhamdulilah kawan-kawan aku tak putus-putus datang...masa tu lar happy, pastu pegi jalan raya dengan diorang...nak pegi semua rumah kawan yang ada kat Melaka ni memang tak terpegi laa..yang mana dekat-dekat tu In syaa Allah laa..huu


banyak beza kan...?memang laa dulu kecik-kecik...sekarang dah fasa kita nak dewasa..bukan nak dah...dah dewasa dah pun..tapi lepas ni aku akan melalui fasa lain pulak..bila aku berumahtangga In syaa Allah suatu hari nanti lain pulak cerita nya....macam mana pun kita tak boleh  nak patah balik masa dulu, just apa yang boleh kita harap, Raya-raya akan datang lebih bermakna In syaa Allah =D


Thanks for reading,
Lots of Love,
farahshahidah




Comments

  1. banyak kan perbezaan dulu dan skrg huhu

    ReplyDelete
  2. pesiapan raya saya dulu ngan sekarang tak banyak beza..
    dulu saya comel, sekarang masih lagi mengekaalkan kecomelaan uhuk2 :P

    ReplyDelete
  3. huk2.. baju raya x beli lagii.. heee..

    hai.. salam kenal,
    follower no.239
    done follow sini,
    jom follow teman yea yunk..=)

    http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum awak. sheila follow sini jugaa. salam perkenalan, salam ramadhan yang ke24. sangat berbeza dulu dan sekaranggg. nak jadi budak balik je rasanyaaa. boleh kumpul duit raya. hihihi ;p

    ReplyDelete
  5. paling ketara, dulu kita rasa seronok sangat-sangat bila tibanya raya ni. tapi sekarang macam biasa-biasa je.. kan?

    ReplyDelete
  6. raya dulu dan sekarang banyak bezanya
    tapi apa yang penting perhimpunan sanak saudara
    gembira bersama.....

    ReplyDelete
  7. perbezaan dulu dan skarang...=)
    done follow ur blog...jmpot jengah kmbali...

    http://ctamanaqim.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. yang dulu lebih meriah dri sekarang perubahan zaman.....

    ReplyDelete
  9. Anonymous20 June, 2015

    uuuu syahdu nya teringat zaman kecik2 dulu sambut raya ma atuk nenek..

    ReplyDelete

Post a Comment

Comment please =D Thank you ^^

Popular Posts