Tips pergi US Singapore Trip !

Assalamualaikum and Hi!

Haritu,  my husband and kawan baik dia, Faris merangkap jiran depan rumah kami ni plan pegi trip ke Universal Studio Singapore. Dua couple la maksudnya. Tapi si Faris and his wife bawak sorang anak dorang,  Irine. Kita pergi bawak baby dalam perut sajor la. Hehe.  "Masa ni I'm 20 weeks!  Setakat ni hanya we'all je yang jadi pergi.. Thank you husband bawak mak buyung ni ha jalan2. And it was my first time pergi Singapore!
macam satu kewajipan amek gambar kat Globe ni. mihmih
So here,  nak share sedikit sebanyak if ada sesiapa nak pi trip ke USS ni..  So far harga boleh diterima akal lagi la.  And it's worth sebab berbaloi la dengan semua benda yang ada kat dalam tu.
Beli tiket sekali dengan pakej transport.  Senang. Dalam RM 215. Means akan ada bas amek semua kat satu tempat.. Then terus bawak pi Imegresen Malaysia,  then Imegresen Singapore ke USS terus.. Macam hari tu kami kumpul dekat Tune Hotel,  JB.  So akan ada tour guide dalam bas akan pesan do's and don't bila da kat Singapore nanti.

sebelum naik bas harus amek gambar dulu depan Tune Hotel. nanti senang la tour guide tu nak cam muka kalau
anak buah dalam bas dia hilang,hehe.
Dalam bas otw ke USS. Sihat muka mak buyung dapat berjalan, Tema kali ni Electric Blue. pergi memana manjang baju kena sama kaler dengan husband. Trade mark kami. Hehe
Tips : Masuk je entrance USS ni, korang boleh amek maps yang disediakan. Senang nak refer kat dalam nanti,. For internet connection, dont worry, ada wifi free. Tapi tak kuat sangat la. Pastikan breakfast dulu.  Sebab nak berjalan satu USS tu lagi.  Kalau asek nak berhenti makan je memang kopak la duit.  Tau je la Singapore punya matawang triple dengan Mesia. Kat dalam tu kompem lagi mahal harga makanan nya. At least nak makan pun time lunch da ok da. Masuk dalam memang tak boleh bawak makanan.  Tapi kalau pepandai bawak tak tau la. Mihmih.

Dekat USS ni ada 7 park yang korang boleh lalu. Antaranya, Hollywood, New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt, The Lost World, Far far Away and Madagascar.Setiap park ni ada checkpoint yang korang boleh masuk untuk feel the experiences.Kalau sempat, masuk lah semua. Memandang condition kita sedang mak buyung, hanya certain part je lah masuk. rasa nak main semua,Hoho. Mai I review satu satu. yang mana kita masuk aje lah.

Tips:  Beli Universal Express kalau tak nak beratur panjang.  Satu je la kat sini,  bila nak main semua games kat all park located,  kena la beratur panjang.  Setiap checkpoint ye awak awak. Satu games je nak masuk,  mau dekat setengah jam tunggu.  So kalau ada express pass ni.,boleh la cut que,  so dapat la masuk semua checkpoint tanpa menunggu lama.  Boleh refer maps kalau nak beli pass tu kat mana.

HOLLYWOOD
After masuk kat main entrance, tempat pertama  korang akan lalui kira wajib lah, Hollywood. Kiri-kanan ada kedai souviners. Kalau tak sabar nak beli sangat, rileks dulu sepanjang jalan nanti ada je kedai souveniers lain. before balik pun akan singgah sini balik. Kat sini boleh tengok Sesame Street Show - When I Grow Up. Tapi kena tengok time lah, masa ni tak dapat tengok sebab belum masa tayang lagi. Ada kedai Minion, tapi tak dapat jumpa pun dengan character Minions. Sobs.Kalau kelaparan kat sini, boleh la try kat Mel's Drive In. Provide makanan macam fast food like, burgers, milkshake, fries and etc.
berlambak kedai souveniers. harga berganda-ganda. mampu tengok aje lah.

dah second round baru jumpa satu character ni, Marilyn Monroe. Beratur ha amek gambar dengan dia.LOL
NEW YORK
haih senang betul nak pergi New York. haha. acah-acah bandar NY je ni, kat sini boleh tengok Sesame Street Spagetti Space Chase. Kanak-kanak kecik tak boleh masuk, Beratur punya la lama sekali anak si Faris tak boleh masuk. Naik macam satu tren kecik muat dua orang, and dibawa masuk dalam gua, kat dalam tu boleh jumpa semua character Sesame Street sepanjang jalan, Awesome !
macam jalan-jalan kat bandar Sesame Street pulak.
After finish tengok tayangan tu, boleh la singgah kedai souvenier Sesame Street. Comel-comel belaka. bebudak 90's je yang paham the feelings. haha
If ada luck boleh tengok performance kat depan National Library ni, tapi masa ni tak ada,
Actually after second round baru masuk Lights, Camera, Action Hosted by Steven Spielberg. Sebab dia bukak pukul 11 a.m.  Boleh tengok belakang tabir macamana dorang produce action films.
SCI-FI CITY
Kat sini just lalu je, tak masuk memana pun. Ingat nak masuk kat TRANSFORMERS The Ride : The Ultimate 3D Battle, tapi macam malas je nak beratur panjang.

Sudahnya amek gamabr depan pun jadi la, haha
  Kat sini jugak ada Roller Coster yang super extrem tau. Nasib la ha tengah buyung. Rasa nak naik je, tak ada la berani sangat cuma, kekadang nak mencabar diri. mihmih

Tengok orang naik mak aih sampai kepala kat bawah kaki kat atas pun ada, Kecut perut mak kalau naik ni,
 If ada luck boleh jumpa character Autobots Roll Out - Optimus Prime, Autobots and Bumblebee. Tapi kitorang tak jumpa pun. Dorang pegi makan kot, haha.

ANCIENT EGYPT
Boleh la try masuk Tressure Hunt. beratur punya la panjang, naik jip ni sekejap je lahai.
Kalau anda sejenis yang berani, suka kan xtreme macam roller coster jugak, sila la masuk Revenge of the Mummy. yang ni pun Faris and family tak masuk. So I and husband dengan confidentnya masuk.

Pintu masuk nya,

Beratur sikit punya panjang. Sempat husband nak jadi mumia gaknya,
Ni yang nak cerita. Menyesal jugak masuk sini. sebab mula nya macam tak tahu kat dalam apa ada, Tengok je maps tapi tak pasan ada precaution error. dah beratur sampai atas baru tahu, akan naik macam roller coster. masa beratur tu ada screen review tunjuk punya lah triller roller coster dia. Siap boleh laju, kedepan, kebelakang, naik bukit, turun bukit. and ada hentakan sikit. Husband dah ajak cancel, tapi dah penat beratur panjang. Yakinkan jugak husband untuk naik, cuba kuat semangat, Tapi please jangan follow me, Nama pun revenge of the Mummy memang scary la, sepanjang jalan dalam terowong tu jumpa character mumia seram2. tambah pulak dia pecut roller tu macam marahkan and takut-takutkan kita. I is pejam mata saja. tak mau ambik risiko, dalam hati cepat lah habis, Once dah keluar, husband risau betul keadaan kita, I'm so sory awak. Tak recommend orang yang jenis cepat terperanjat ni, and ibu mengandung.

Tips : Facilities kat sini tak ada masalah. Setiap tempat pegi ada je jumpa toilet,  cafe semua. Kalau cari surau pun ada.  Tapi cuma satu tempat je. Dekat Ancient Egypt ni la.  Kalau tengok peta yang boleh amek dekat entrance,  semua facilities ada mention,  so boleh refer la. Takde la tercengang dok cari keliling tempat kan.

THE LOST WORLD
Dibuka dalam pukul 11 am. Kat sini more untuk yang ada anak-anak kecik. So, kitorang just jalan-jalan jela, Ada je games yang bersesuaian tapi nak beratur satu hal. Si Faris bawak anak dia main Canopy Flyers. Suit untuk budak kecik sambil one of parent accompany anaknya.

Kat sini we'all berhenti makan sebab dah kelaparan. Rasa nak sangat cari nasi. memandangkan rasa western food sangat lah tak jalan ketika ini. So we all makan dekat Discovery Food Court. Makan nasi ayam hainan. Tapi rasa tak berapa nak in. bedalkan aje la. 

Tips : Cuaca kat dalam ni tak menentu.  Dalam pada panas,  tetiba boleh hujan.  Mana taknya seharian ada kat dalam kan. Kalau tak rajin pakai payung boleh la nak pakai baju hujan.  Tapi dinasihatkan standby je la baju hujan dalam beg.  Kalau beli kat sini pun harga melampau. 1 baju 4SD.. Dalam Rm12. Masa tengah lunch break ni, tetiba hujan pulak.  So husband ngn Faris pergi la cari baju hujan. Bila dah dapat tetiba hujan benti. Hmm jadi la souvenier je nampaknya.  Nasib kat baju hujan tu ada lambang USS. haha.

FAR FAR AWAY
Paling I nak pergi is Far far away. Sebab suka sangat dengan disney, all fairy tales thing. hehe. Kat sini orang laki tak berapa nak minat la kan.
Welcome to Far far awayyy..
Masuk kat istana Shrek sebab nak tengok Shrek 4D Adventure. Ada asingkan movement seat dengan non movement seat untuk ibu mengandung. Boleh rasa the feels wayang 3D.

Fefeling in fairy tales bila depan castle ni. hehe
Tu saja lah yang kitorang masuk. sebab malas nak tunggu beratur tu. Ada banyak lagi actually. Tapi dah masuk castle dah kira ok dah, huu.

MADAGASCAR
Belum apa2 lagi dah ambil gamabr dulu dengan character Madagascar.
Ni la kami. heh. alang nak teman Irine, naik la sekali carousel- King Julien's Beach Party-Go-Round yang macam ada kat fun fair tu. Sambil main lagi I like to movin movin' .Sekejap nau dia pusing, Tak puas pulak.

last naik river boat - Madagascar : A crate Adventure. dapat tengok semua character Madagascar dalam terowong tu.
Kalau perasan concept kat sini semua sama je, tak naik tren, naik boat, naik jip pastu masuk terowong. Sepanjang terowong akan ada pelbagai character kiri kanan korang macam menyambut kedatangan kita. Camtu lah lebih kurang,

Tips : 
Sesiapa ada budak kecik,  baby ke.. Standby stroller.. Bawak sendiri ya..  Sewa sini mahal. So tak baloi. Takda stroller puas laa nk berdukung satu USS kang. One more thing tak semua game,checkpoint kat USS ni boleh budak kecik masuk. Ada yang boleh ..ada yang tak. So kena tengok kat notice Board setiap  checkpoint tu la ye. Ada jugak yg tak selamat untuk ibu mengandung. means yang dah sarat la, kalau rasa mampu masuk la.

Madagascar is the last park. Then jumpa balik Hollywood. masa ni nak decide beli souvenier pun boleh. Kalau ada masa sila lah rotate satu round lagi.huahua

I hope baby is happy dapat berjalan. One day you'll see this. Umi bring you dalam perut lagi tau.

Dah nak dekat raya Cina la katakan.

I just love USS !
Tips : Make sure pakai kasut yang selesa sebab akan jalan satu USS. Kalau panas standby topi or spek mata hitam.  Air minum jangan dilupa,  you'll dehydrated sepanjang jalan.
So far tak rasa terlalu penat jalan satu USS ni . Its depend.  Hehe. Kalau kaki jalan berapa kali rotate pun tak pe. 

So far, I just love the ideas of USS. Tapi untuk pergi lagi memang nak. tapi rasanya dah tak akan main benda yang sama la kot. I akan masuk kat tempat yang tak sempat masuk haritu. Mungkin nanti akan siap2 beli express pass supaya tak buang masa beratur panjang. Jangan lupa bring your own monopod/ tripod kerana kat sini memang the place to take photo. rugilah malu2 nak amek kan.hehe.

Thank you for reading this...

Love,
Farahshahidah

Comments

Popular Posts