Blog Farah Shahidah: November 2017

shushivid

30 November 2017

First time jumpa Hanis Zalikha !

Assalamualaikum and hai !

Memula I kenal Hanis Zalikha dekat youtube. Secara tak sengajanya tengah tengok youtube, tetiba ternampak ada awek hot ni buat vlog buat tutorial pakai eyeliner. Tetiba rasa ingin tahu meluap-luap siapa dia ni. Terus google sekali entah macam mana terjumpa blog Hanis. Masa tu around 2010-2011 kot. oh dia ni model, dulu penah masuk Malaysian Dreamgirls, sekarang study Uitm Segamat, ohh sebaya la tahun 90. I teruja sikit kalau jumpa public figure yang sebaya ni. mihmih.

video yang memula tengok terus wondering siapa dia ni?

Masa tu memang I dah start blog, so blog Hanis lah (inibelogsaya.blogspot.com) antara one of may fav ! Lepas baca blog Hanis, terjumpa pulak blog mama nya, Untie Nanie Rostam. (model80an.blogspot.com). Suka tengok lifestyle dorang. Positive, Inspired habis dengan cara Hanis yang appreciate her mom, styling but still humble. Mama dia punya blog pulak lagi la inspired dalam bab2 masakan. how she hidang makanan for family, urus rumah tangga and at the same time bisnes kek kat rumah. Tak lupa cara didikan pada anak-anak dia.

I keep following Hanis sampai la sekarang. Since zaman uni lagi, sampai start dah jadi pengacara mad market, sikit-sikit sampai jadi pelakon, Masa zaman ada social media, Keek I ingat lagi penah hantar video dekat Hanis. Tak sangka Hanis reply my video. yeehaa. untill now, dah married, ada baby cute Yusuf Iskandar and kucing gebu, bujibuchempel. I still admire her so well. Cuma sekarang Hanis dah tak update blog but I still keep follow her on Instagram. Teringin nak jumpa cuma tak tau bila and finally the day comeeeee. hehehe

last time Melaka jadi tuan rumah for Mood Republik. As we know memang ramai lah artis yang ada produk datang berkumpul. Kebetulan masa tu balik Melaka rumah mak, husband ada game dekat KL. so I ada nampak posting dekat IG yang produk Hanis Zalikha, Hairul Azreen (her husband) ada jugak kat Mood Republik macam Cakenis, Toujurs Advance and Malead. So pegi dengan femly, kalau ada rezeki jumpa, jumpa. tak boleh nak expect nanti keciwaa. hahaha InsyaAllah.

Mood Republik on !
Masa tiba kat booth I saw her busy layan peminat nak ambil gambar sampai beratur tunggu turn. I nampak Hanis dah naik sakit pipi dok senyum dekat kamera, siap take 1 min exercise mulut and minum air. hehehe. Apa lagi beratur lah kejap, bawak si Naufal sekali. Teringat masa mengandung rajin tengok rancangan Hanis Hairul Junior and now Hanis dukung Naufal ! =)

Naufal pandang mane ni. haih

pinjam mommy yusuf kejap. hehehe

Turn dengan femly pulak

She is really pretty even dalam gambar or depan2. after ambil gambar, Hanis sempat cakap dekat Naufal, be a good boy ya. I tanya Yusuf mana? Tapi Yusuf dah balik awal pulak. biasa la event2 macam ni kan.

It's one of the best moment actually. I bukan nak jadi seperti dia just I kagum dengan her lifestyle. That's it. Kalau ada rezeki nak jumpa Mama Hanis, Untie Nani Rostam ke, Yusuf Iskandar ke tak pun BujibuChempel. hewhewhew

Thank you for reading these.

26 November 2017

ADIDAS cupcakes untuk birthday husband

Assalamulaikum and hai!

Last time was my husband birthday. I memang nak jugak buat something even husband jenis tak kesah pun tak celebrate or buat something untuk dia. I know I tak dapat nak buat something yang wow untuk dia macam dia penah buat untuk I before ni. No matter what, I push ideas jugak nak buat something to appreaciate him, to make him feel so special. bahahaha.

So this time husband agak busy sikit, dulu time kerja 8-8 sekarang dah tukar shift lain pulak. Memang kerap dia tak ada kat rumah. So plan something, even masih blur lagi nak buat apa. I google ideas, tapi tak ada idea jugak. Sejenis perangai mesti nak buat lain dari yang lain sikit. First thing ingat nak pakai servis surprise planner yang semakin berlambak ada sekarang ni.

Dalam pada cari tu trjumpa one of bakery best ni kat instagram. Actually cupcakes maybe dah jadi kebiasaan orang bagi for birthday tapi not for me. hehehe. so why dont I try bagi cupcake yang boleh decor as we want pulak kali ini. Bila the baker tanya nak tema apa, hmm I was thinking husband memang banyak barang adidas, so why dont kita buat tema adidas je senang. For color just make it simple warna biru and putih je. So Alhamdulilah, done order.

punya la gigih cari simbol adidas.hewhew

to make it clear I cari idea cupcake Adidas. kalau boleh nak yang ada benda2 yang ada relate dengan Adidas

Alhamdulilah servis sangat baik sekali, ada COD serata JB.. based dorang dekat Taman Austin tapi boleh hantar sampai Gelang Patah. I really hope husband suka and tak expect I ada plan something, hehehe. So before dia balik keje petang tu, boleh standby siap2. I mintak dorang deliver pagi.

taraaaa.... jadi la set pakaian Adidas 

I request janji ada T-shirt satu,  seluar pendek, kasut, simbol Adidas dah nice. memang antara collection husband pun.

muka happy after dikezutkan dengan cupcakes.Mihmih, balik kerja masuk bilik nak tukar baju. tetiba taraaa!
Sorry husband just a simple thing from me but I do it from the bottom of my heart =) Semoga husband selalu dipermudahkan urusan dan murah rezeki. Really thanks for everything he have done to me.Love you!

For those yang stay at JB nak cari baker cake or cupcakes yang cantik2 dan boleh deco ikut kehendak kita boleh la roger dorang. Kompem puas hati!

INSTAGRAM : inspired_caketeer
cover all JB areas. 
Thanks for reading =)



11 November 2017

Apa menarik kat JB : Tengok lampu and show house kat Ecoworld Kota Iskandar

Assalamualaikum and hai ! =)

I stay Johor dah setahun da pun. So bila stay sini sometime ada orang mai JB mesti tanya kat JB ada tempat best apa eh nak pergi.Lulz. Actually masih dalam mood explore lagi apa ada dekat JB. So far banyak tempat jugak dah pergi. Memandangkan masih kat JB lagi, and mungkin akan pindah Melaka semula lepas ni, I just wanna share la port mana kalau nak lepak kat sini.

Last time, I baru tau ada satu tempat ni baru bukak kat area Kota Iskandar. actually ia projek perumahan baru kat JB ni. kalau tanya harga memang tak boleh dengar la. So here we spent time dengan kengkawan husband kat Ecoworld Gallery @ Eco Botanic. It was a showhouse and ada jugak taman2 ala I-city giteww.

Once bila dah masuk kat kawasan Ecoworld ni buat korang rasa macam masuk ke perkarangan istana. Seriously cantik ! Agak2 kalau orang nak buat photoshoot pre wed ke post wed ke boleh tak eh.haha

masuk pintu entrance yang tersergam indah


Untuk masuk sini free sajer. Sebenarnya masa datang sini pun tak tau apa ada kat dalam. Yang penting untuk masuk kena register online. Nanti ada staff yang jaga pintu entrance tu tunjukkan. Maximum 6 orang dewasa untuk satu register online.

and then akan diberi gelang getah ni menandakan dah boleh masuk ya!
Masa pergi ni it was in evening. So lampu-lampu semua belum bukak lagi. So we just lepak dengan playground. memandang kami semua dok bawak anak-anak. memang suka la bebudak ni main kat payground.

awak je tak dapat main playground lagi. mihmih
Untuk tengok show house tu kena naik atas. kat situ ada beberapa rumah display kot-kot sesiapa nak beli rumah ke kan. boleh lah tanya staff kat situ.
naik tangga ni jumpa la show house tu

suka sangat view rumah ni

interior dalam yang superb cozy. tau lar kita minat pepel. haih

berangan sat nak dapat rumah macam ni. gulpp
Ada dua tiga rumah display yang boleh masuk untuk tengok the ideas. memang sangat cantik dekorasi, struktur rumah yang sangat simple tapi still nampak elegant. Every bilik ada toilet. Sempat berangan deko rumah macam kat situ.haha. Lepas tu plan lepak kat luar show house tu. tengok view lampu2 ala I-city.

niceee kann...

fefeling fairy tales

motif?
kat area ni ada bukak stall jual makanan, bubles, mainan kanak-kanak. So nice lah kalau nak ambil gambar kat sini. bebudak kecik memang suka la. kita as parent dok pantau je la. mihmih.

view dari lepas entrance


So kalau dah berdekatan dengan Kota Iskandar ni boleh lah nak singgah santai kat sini menikmati view malam kat sini. Sometime ada jugak event kat sini. Kot2 nak usha harga rumah idaman ke kan. hehe. Nak tau lebih lanjut pasal Ecoworld ni boleh la terus pergi tengok kat website ni ya 

http://ecoworld.my/

Thanks for reading =)

09 November 2017

Idea nama Ahmad Naufal

Assalamualaikum and hai !

Currently Ahmad Naufal dah pun masuk 4 bulan. How time fly so fast. Syukur dalam tempoh pembesaran dia, I dapar monitor dia sendiri, full time bersama dengan dia. Bila I throwback balik saat lahirkan Naufal it's was the best moment. Semua mak mak mesti rasa benda yang sama. Buatkan I sedar yang anak sulung ni yg memula pembawa sinar dalam satu family tu. He change me a lot. 100% berubah. Status, gaya hidup and so on. Macamana boleh kasi nama Ahmad Naufal?

Ahmad Naufal masa kat dalam wad lagi
Okay. First thing masa decide nak cari nama dulu, I blur sikit pasal nama baby boy. Kalau baby girl serah je pada I. Macam2 idea ada. So I serah pada husband. Cari punya cari ada beberapa nama da shortlisted. Cari kat google la paling banyak. Husband pulak bila satu nama jumpa mesti kebetulan nama tu sama dengan kawan dia la, cikgu dia la jiran dia la.haha. Atlast we decide cari nama pangkal dulu. Biasa budak lelaki depan nama Muhammad kan? I tetiba decide nak nama depan tu mesti huruf below daripada huruf M. I still remember, duli time sekolah penah baca encyclopedia pasal Tun Dr. Hasmah. Beliau bubuh nama anak dia dengan huruf M pada pangkal nya sebab nanti dalam list nama kat sekolah tak ada anak beliau awal sangat, and ke belakng sangat.

already one month!
Hehe so for me, I pun nak dia selalu ke depan sebab I sendiri penah rasa bila nama pangkal start F, everything start dulu.masuk dewan pun senarai nama.ke depan. Tak ada tertinggal ke belakang.macam tu sekali imaginasi I. Teehee. So must choose huruf antara A-M and masih lagi nak nama as muhammad tu. Cari punya cari last dapat idea letak Ahmad.Muhammad and Ahmad tu adalah sama maksudnya. Yang terpuji. Then we locked nama Ahmad. Tapi nama kedua tak ada lagi.Lolol. Makin hari makin nak dekat die pun tak ada lagi. Tetiba idea blank pulak.haha

2 months - after done my pantang dekat Melaka, we all balik JB semula. Bermula episod hari2 ku dengan
Naufal kat sini. Alhamdulilah everything okay. memula risau jugak.
After deliver Naufal masih belom ada kata putus nama lagi. Masa I still belom keluar wad, sempat la discuss jugak. "Kita nak kasi nama apa ni" LOLOL. Tengok ni makapak ang. Then teringat on the spot. Penah la terjumpa nama Naufal tapi  masa tu husband kata kenalan dia ada nama tu jugak. I said tak rapat kan? Haha. So jadi la Ahmad Naufal Bin Mohd Izzat.Memang nak simple2 nama. Senang bawak.hehe. Sekali tengok macam terbalik je. Nama apak macam lagi muda daripada nama anak.haha

Semoga Ahmad Naufal menjadi orang berguna suatu hari nanti. Disenangi orang semua kat sekeliling dia. Rezeki lancar. Membesar dengan sihat. Dan menjadi pelindung keluarga suatu hari nanti. Ameen.

thanks for reading,
munchos
Blog Farah Shahidah © . Designed by MaiGraphicDesign