Blog Farah Shahidah: September 2013

12 September 2013

semester 8

Assalamualaikumm
my journey sepanjang berada di degree dah makin hampir nak sampai ke penamatnya...even aku ada lagi one semester untuk praktikal hujung sem nnti untuk melayak kan aku grad...yehuu..walaupun bukan on time tapi dah cukup happening dah rasa . yang penting tempoh pembelajaran kena jugak tamat this semester.  praktikal tu I dont care sebab suasana dah lain and you need to enter into real life actually .haha. bukan menghadap buku, buat nota, asgment , pergi kelas macam as usual..
okay. Alhamdulilah, bila diingat balik masa mula-mula belajar dekat degree, I was banyak kali terfikir, not me saja, most of them mesti rasa lamaaaaaa nyaa belajar. bila nak habis. since kos akaun tak macam kos lain yg bilangan semester nya 6 semester macam tu. tapi akaun 8 sem. kau hado?? like jenuh all the time. haha.
dalam pada asek fikir bila nak habis. pindah sini sana. masuk kelas itu ini. pejam celik . pejam celik. dah pun masuk sem 8. times running so fast and furiouss..haha.syukur Alhamdulilah even banyak pengalaman manis pahit kat degree ni. pahit yang banyak maybe. tapi I accept that biasa lah asam garam kehidupan. kau mesti hadapi perit/pahit/masam/kelat dulu sebelum masuk dunia realiti nanti.
sem 8 yang ku tunggu tunggu selama ni dah pun tiba. and I dont know how to mention my feeling.kahkah. excited ada lar sikit, berdebar pun ada. rindu yang membuak dekat kawan-kawan yang rapat.
more updates later about sem 8 lepas ni. hehehe. Insya Allah..doakan saya dipermudahkan segala urusan sepanjang sem 8 ni. and apa yang aku dapat sepnjang dah banyak sem aku tempuh ni, kekadang kita kena keluar daripada takuk yang lama, keluar daripada kempompong, berani cuba dan masa ni lah kena buat keputusan sendiri yang mana kau rasa betul, bukan zaman-zaman tunggu orang dah. yes pahit tu banyak mengajar aku kat degree ni.

07 September 2013

bunga telur in the making

Assalamualaikum

actually tak lama lagi one of my cousin yang agak rapat dengan aku from my mom's side nak kahwin !yeay . musim kahwin as usual . haha . dalam awal bulan 10 nanti wedding dia . okay. my cousin ni nama dia Siti Aisyah Hadaani . 21 y/o . and Alhamdulilah jodoh dia sampai awal . langkah bendol sikit dengan aku. poyo..hewhew

so mesti lah sekarang ni dah mula sibuk buat preparation apa yang patut . nak cerita yang unik sikit la, wedding my cousin ni dia nak buat style 'old school' sket. like our emak-emak and bapak-bapak kita kawen dulu . atas request ayah dia .

kalau perasan dulu-dulu zaman emak kita kawen mostly bunga telur semua buat sendiri, right?whoa kreatif and rajin jugak orang dulu nak banding sekarang yang just keluar duit beli yang dah siap . semua benda nak segera. macam- macam design / colour ada kat kedai . 

kalau dulu bunga telur orang buat untuk letak dekat pelamin / datang bertandang ke rumah lelaki and so on jugak untuk bagi  tetamu yang datang sebagai doorgift. tapi sekarang untuk doorgift / berkat orang just bagi kuih-kuih/ gula-gula or any manisan/ kerepek and etc. siap ada beg yang boleh tempah and banyak dah kedai-kedai sekarang ada sediakan service buat benda-benda ni semua .

tapi for my cousin's wedding nanti ayah dia request nak bagi doorgift bunga telur saja macam emak-emak kita kawen dulu-dulu . so mestilah bunga telur nak disediakan banyak sebanyak tetamu yang dijemput .wuu..so nak beli, rasa macam tak baloi, then ayahnya suggest buat sendiri like orang dulu-dulu buat beramai-ramai macam masa ayah dia kawen. hehh


masa ni lar nak melilit-lillit, menggunting segala , so just beli barang-barang, then apa guna ada sedara mara ramai kalau tak contribute kennss..heheh . so sesi membuat bunga telur beramai-ramai dah pun bermula .lebih kurang 2000 pcs nak buat ye. so buat yang simple- simple just tengok contoh bunga telur yang sedia ada. total beli barang-barang nak buat tak lar sampai lebih budget. so ada saving di situ.



lagi satu yang 'rare' sikit, macam dulu-dulu punya wedding jugak, untuk isi telur kita tak pakai net macam kebiasaan orang kawen sekarang, tapi pakai tampuk yang dibuat pakai kertas jepun . so telur nanti just gam dekat tampuk, ala-ala terung gituew..


ni pun tak sampai suku daripada 2000
haa..macam tampuk terung ni...
so I dont know whether sempat ke tidak nak siap kan. yepp, memang dah agak lambat sikit start buat benda-benda ni, patutnya dah kena mula awal-awal hari tu, but it's sokay, tangan ramai, Insya-Allah sempat. my cousin punya emak siap cakap, 'takpe  lar nanti kau kahwin, Aisyah pulak tolong kau 'hahaha, 

thanx for reading,
lotsoflove,
farahshahidah

05 September 2013

Spagetti Bolognaise cara saya

Assalamualaikum

Lama dah tak buat spagetti bolognaise . sebab dekat rumah ada yang tak suka sangat ada yang telan je. nak makan kena ada geng. hehh..Ada yang tanya 'eh kau buat spagetti macam mana eh' err segan pulak nak share setakat buat spagetti..err..tapi lain orang lain cara buatnya. yang ada orang tu letak ini yang orang tu letak itu. ada suka ini ada suka itu, selera manusia mana penah sama, right?

tapi cara aku buat spagetti biasa-biasa aja dong. simple as A,B,C..hehh. aku straight to the point .

bahan-bahan :

Spagetti San Remo (1 bungkus)

Prego Tomato ( 1 tin/botol)

3/4 bawang besar ( cincang dadu)

ayam/daging cincang (saya guna ayam cincang Ramly )

2/3 sudu cili boh (nak kasi pedas)

sedikit sos cili

garam secukup rasa

cara nak buatnya :

Pertama, rebus ayam cincang dalam periuk sampai  sekata. aku suka guna ayam rather than daging . siapa suka daging sila guna daging cincang. orang kata daging lagi sedap sebab berperisa. but aku kurengg sikit dengan daging . 


bila sudah rebus, angkat dan tos kan . lepas tu kasi hancur-hancur kan ayam tu. tak nak kasi kepal-kepal ya kawan-kawan .cehh. Air rebusan jangan buang. nak pakai lagi

sambil itu rebus spagetti dalam periuk lain yang di isi air .rebus la banyak mana pun. sampai mendidih kemudian letak garam secubit . rebus sampai betul lembut, tahu lembut?haa

next tumis bawang besar yang dah dicincang-cincang banyak-banyak tu dalam kuali yang dah isi minyak, dah dipanaskan pun.

bila naik bau, masuk kan cili boh sikit, kacau-kacau kejap lepas tu baru masuk prego satu tin tu. hang kacau lagi kacau lagi kacau . letak sos cili sikit . garam ikot rasa .


kacau lagi kacau lagi . berapa kali mau kacau da . baru lah letak ayam cincang yang dah siap hancurkan tu .then kasi gaul lagi gaul lagi sampai rata.

sudah sekata masuk air rebusan ayam cincang tadi , tak payah masuk semua pun tak apa. ikot suka hati nak banjir macam mana jangan jadi sampai kuah asam pedas sudah la. hehe. tak terlalu kering, tak basah sangat. betul tak aku cakap ni ye .

kacau . gaul .kacau lagi sampai mendidih . DONE ! boleh angkat




taraaaaaa ...........!!

jemput tengok =)

senang je kan. ni je cara mudah aku . Ada orang nak sedap letak meatball , cendawan butang, letak hirisan cheese sikit, macam-macam la. lain orang lain cara buatnya. depend tekak masing-masing .heheh. Selamat mencuba. Korang suka letak apa?

thanx for reading,
lotsoflove
farahshahidah

Blog Farah Shahidah © . Designed by MaiGraphicDesign