Blog Farah Shahidah: July 2013

31 July 2013

sudah bersedia untuk malam Lailatul Qadar ?

Assalamualaikumm =D

Salam Ramadhan buat semua !

Alhamdulilah kita dah pun masuk dalam fasa 10 akhir Ramadhan...dimana dalam fasa ni berlakunya Lailatul Qadar dan sangat dinantikan oleh kita semua..huu...if kita menghayati betul-betul apa tu Lailatul Qadar..means kita tahu macamana nak raih and apa patut kita lakukan...in syaa Allah ia akan buat kita rasa macam nak pulun sebanyak nya pahala masa ni...

Definisi Lailatul Qadar

"Malam Al-Qadar adalah lebih daripada seribu bulan"..maksudnya apa jua ibadah yang kita lakukan seperti solat fardhu,solat tahajud, sunat tarawih, bacaan Al-Quran, zikir,doa anak yang soleh dan sebagainya adalah lebih baik melebihi 1000 bulan jika kita lakukan pada malam tersebut.

Waktunya

dalam 10 akhir Ramadhan...iaitu pada malam ganjil... 21,23,25,27,29..Ada ulama yang menyatakan kemungkinan besar pada malam 27 Ramadhan.

Tanda-tanda

mengikut sabda Rasullullah SAW, 'Pada saat berlakunya Lailatul Qadar itu,malam terasa jernih, terang, tenang dan cuaca sejuk tidak terasa panas tidak juga dingin. Dan pada pagi harinya, matahari terbit dengan jernih terangbnderang tanpa tertutup sesuatu awan' (Hadis riwaat imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan at-Tarmizi)

Amalan sunat yang boleh dilakukan


  • perbanyakkan doa pada Allah..meminta kebaikan dunia dan akhirat dan minta pada Allah dijauhkan dari api neraka.
  • berdoa dengan doa yang diajarkan Nabi Muhammad SAW kepada Aisyah "Allahumma innaka affuwwun tuhibbul afwa fa'fu anni" bermaksud "wahai Allah ssunggunya kau Maha Pemaaf, Engkau suka memaaf , maka maafkanlah daku.
  • mendirikan solat malam (solat Taubat, Tahajud, Hajat)
  • mendirikan solat sunat Lailatul Qadar 4 rakaat 
  • perbanyakan zikir memohon ampun
  • perbanyakkan ucapan syahadah
  • mengaji Al-Quran dan memahami terjemahannya
Bagi yang uzur bolehlah lakukan :

  • zikir
  • banyakkan berdoa
  • membaca terjemahan Al-Quran
  • mendengar bacaan Al-Quran daripada orang lain
Kelebihan Lailatul Qadar

  1. Pada malam yang penuh rahmat itu, Allah akan membukakan pintu-pintu langit maka akan turun lah rahmat Allah bagaikan hujan mencurah-curahnya..tersangat rugi jika yang penuhi malam tu dengan tidur dan lakukan perkara tak berfaedah
  2. Malaikat yang berada di Sidratul Muntaha akan turun ke bumi dengan izin Allah
  3. siapa yang menghidupkan malam tersebut akan diampun dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan juga akan diampun kan dosa yang telah lepas.
  4. ibadah kita akan dinilai dan digandakan Allah tanpa batas kerana malaikat tidak mampu mencatat pahala puasa yang ikhlas kepada Allah SWT
Ruginya kalau kita tak ambil peluang ni....hanya sekali dalam setahun...so sama-sama kita cuba ajar diri kita perbaiki diri dengan merebut ganjaran Allah ni pada waktu-waktu tertentu macam ni...peringatan untuk diri sendiri jugak ni...In syaa Allah =D

Lots of Love =D
farahshahidah

27 July 2013

tema warna raya 2013

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan :-)
tahun ni preparation raya memang tooo slowwww...sudah pertengahan Ramadhan tapi belom bergerak apa pun lagi...bukan tak bersemangat nak raya tapi rasa macam ada banyak masa lagi nak prepare for Raya..
macam our family, perkara yang dah menjadi kebiasaan kitorang dipagi raya adalah baju raya mesti nak ikot tema..dah macam boria pulau pinang pun ada..hehe..tak pernah miss sekali pun...tiap-tiap tahun dah fikir nak tema kaler apa..but this year, till now belom ada confirmation lagi mau tema warna apa...
kalau dulu, once nk prepare baju untuk first day raya for whole family mesti tempah baju untuk satu family..beli kain satu gulung terus nak kasi sama punya pasal...macam2 kaler dah penah try... tapi makin lama dah jarang nak main tempah2 baju ni..just tempah sendiri-sendiri je lar..lagi pun orang lelaki apa lar sangat pakai baju melayu just for one day..petang dah bukak...
tapi pada yang dok cari tema warna apa nak pakai for this becoming syawal ni..ada sumber mengatakan tema warna untuk 2013 ni ialah warna hijau EMERALD GREEN !serius cantek kaler tuu...tapi sayang baru tahun lepas kaler hijau...so kasi tukar mode lar kali ni..hehe..
EMERALD GREEN atau hijau zamrud mempunyai elemen permata dimana ia melambangkan kemewahan dan kecemerlangan pada si pemakainya..ceh..hehe
so apa kata uolls try this colour...memang ikot tema sangat kan...heehehe..kalau tak dapat bayang lagi..siapa tengok wedding scha dan awal ashaari perasan kaler baju persandingan diorang warna ni..Maria Elena punya persandingan pun kaler ni jugak...i'll review sket colour cantek ni kat bawah..
so korang punya tema kaler apa?share2 lar kat komen :-)
thanx for reading,
Farahshahidah

blogwalking dengan imotiv.ly

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan :)

Suka blogwalking?nak mudah blogwalking tak?jalan-jalan baca entry bloggers lain walau dimana anda berada..hewhew...kini ada aplikasi baru (formerly NuffnangX) dimana anda boleh memilih dan follow blog-blog kesukaan anda dan organize mengikut list yang ada buat..that's mean ia akan memudahkan lagi anda nak baca latest entry dengan santainya dan tak ambil masa yang lama...

cakap saja tak guna, mari saya tunjuk...hewhew..aku pun baru saja perasan pasal imotiv.ly..disebabkan perangai yang suka menggodek sini sana..baru aku perasan yang dah ramai lar jugak blogger guna apps ni..
imotiv.ly ni lebih kurang macam Google Reader jugak...siapa penah guna mesti tau..heh

untuk guna apps ni..anda kena lah sign up dulu kat SINI..so boleh sign up through FB or TWITTER pun boleh..and berita baik untuk pengguna Android or Iphone, anda juga boleh install apps dalam phone anda..dan boleh lar berblogwalking di mana saja anda berada ..tapi kena lar ada internet..heheh

yang dibulat merah tu blog2 yang korang follow...korang boleh buat list ikot kategori yang korang nak buat..
depend uolls lar nak senangkan baca.. eg list : cosmetics,blogshop etc
yang ni bahagian 'News feed'..so semua entry blog yang korang follow akan keluar kat sini..so korang just scroll down je
nak baca entry yang mana berkenan dihati..yang bulatan merah tu..korang boleh makin conversation dengan blogger lain yang datang komen baca entry anda..
okay sekarang nak tunjuk apps imotiv.ly kalau guna kat handphone pulak..so aku pengguna Samsung.. just install daripada Play Store.. Bagi yang nak guna imotiv.ly by handphone, aku nasihatkan sign up  dulu kat website page..baru lar log in kat handphone..nanti jadi macam aku tercari-cari mana nak link kat blog korang kat akaun yang baru buat tu

ni contoh aku punya..kalau sudi follow lar..hehe.. just search FARAHSHAHIDAH

side kiri

side kanan : boleh lar seach blog apa yang korang nak follow

news feed : semua new entry blog yang korang follow keluar kat sini
untuk information yang lebih lanjut anda boleh terus pegi sign up and try sendiri..untuk permulaan penggunaan akan ada tutorial...so no worries..huuu..lepas ni boleh terus follow blog sebanyak mana yang korang mahu
Happy blogwalking ! =D

Lots of Love,
farahshahidah


25 July 2013

if I were A Naughty Smurfette for a Day..

Assalamualaikumm :-)
THE SMURFS 2 in 3D will be in cinemas on this becoming 8 August..huuuu...! and it is a sequel to the 2011 film- THE SMURFS..
The film story about The Smurfs team up with their friends to rescue Smurfette,who has been kidnapped by Gargamel since she knows a secret spell that can turn the evil sorcerer's newest creation - creatures called the Naughties - into real smurfs..
so if I were a naughty smurfette for a day , I will definitely do a lot of things that cannot be imagined since it takes only one day.. I will change anythings what should be changed,making teribles,bring problem and so on. Of course my skin colour also would be changed to gray .. In fact, I was initially one of a kind, full of feminine grace and frivolous and can also be very much a woman, playing with the feelings of the characters of my sweetheart and suddenly turned into naughty in just one day !hee
I think at the end of this film,Smurfette will stay true blue and never lose her colour and turn into one of the naughties because Smurfette surely will be rescued by his family-papa, Clumsy, Gutsy and companions human- Patrick and Grace ..
i'm soo excited to watch this movie..hewhew...

boleh ke tengok wayang time puasa?

Assalamualaikum ! :-)
Aku bukan la jenis kaki wayang punya orang..tapi jenis layan lar..ye sedar diri ini memang sangat suka berjimba..pantang tension sket...bosan sket..mulalah idea nak me'release' tension tu datang dengan lajunya...walaupun tengok wayang ni termasuk jugak dalam list for having fun...tapi aku tak ada lar sampai ke tahap obses yang bila mana pantang cerita baru keluar..aku dah serbu dulu panggung wayang...bukan wokeh!hee
tapi kalau memang ada cerita wayang baru yang agak meletopss keinginan nak tengok wayang tu memang hado..ada kaki yang mengajak...so 'on' aje lar..tapi kalau cerita tu macam tak menarik perhatianku or mood tengok wayang tu tak sampai2 lagi..so main tarik2 tali jugak lar nak tengok ke tidak..hehh...
..seriouslyy...aku tak pernah pon before ni pergi tengok wayang time bulan puasa..orang kata agak2 lar weh nak tengok time2 bulan puasa ni..kira macam tempat 'lagha'.. err...so aku pon cam sure tak sure...tak ape ke..em.boleh kee..lagi pun bukan nya buat ape2 pon...macam kita tengok movie kat rumah jugak kan...pepandai aku buat assumption sendiri...
so haritu.. Janna..exskulmate aku tetiba kebosanan and suddenly me'whatsup'aku ajak pegi tengok wayang..Janna ni kalau bosan2..ada cerita baru kuar ke..or yang ada pelakon peberet dia ke..dia mesti nak pi tengok wayang..so aku pi teman je lar...siap dah review cerita apa ngah panas skang...sedangkan aku cerita baru tengah hawt skang pon aku perasan tak perasan je..hewhew...kitorang pegi tengok cerita Red 2..wee...
so kitorang dalam sure tak sure tu pegi jugak..hee.. and balik tu aku ada lar refer2 to yang arif...mengikut seorang cendikiawan terulung Yusuf al- Qardhawi...
kami berpendapat bahawa panggung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud.." Dengan itu kami berpendapat bahawa panggung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud"
syarat-syaratnya ialah :
1.tajuk dan isinya mestilah tak mengandungi unsur-unsur seks, mengajak pada jenayah..ajaran sesat..and so on..means tak bertentangan dengan akidah..
2.mestilah tak melanggar waktu-waktu ibadah wajib..contohnya solat 5 waktu..wayang..wayang jugak..solat..solat jugak..
3.mesti lah tidak dalam keadaan tidak bergaul dengan ajnabi..dalam keadaan gelap dan boleh timbulnya fitnah...
so Alhamdulilah aku clear lar jugak from ragu-ragu tu..sekali sekala nak tengok wayang time2 puasa ni tak salah..tapi kena laa tau batas-batasnya..tapi sebaiknya kalau boleh kurangkan buat aktiviti yang tak bagi benefit time2 puasa ni..bulan yang berkat ni lar kalau boleh kita nak kumpul byak ibadah.. peringatan untuk diri sendiri jugak yang selalu lalai and alpa ini..heheh..
p/s : nak tengok smurf 2.. after raya
lots of love..
farahshahidah

23 July 2013

kawal lah rasa marah ya :-)

Assalamualaikumm :-)
syukur Alhamdulilah masih diberi peluang bernafas diatas bumi Allah ini lagi...dan diberi kesihatan yang baik..now dah lebih 10 Ramadhan..hopefully masih diberi kekuatan and semangat yang konsisten untuk kumpul amal ibadah...aminn..
as we know..bulan Ramadhan adalah bulan dimana kita terpelihara daripada perkara-perkara yang lagha..maksiat and etc..anything perkara yang boleh membatalkan puasa...contohnya mengawal perasaan marah...yezz marah..
siapa je antara kita semua tak pernah rasa marah..marah disebabkan suatu benda yang remeh mungkin..sebab tidak puas hati dengan itu la..ini laa..marah bila orang lain buat benda yang kita tak suka..marah tak kena tempat..marah blaa..dan blaa..persoalannya...bagos ke marah- marah ni..?kenapa senang sangat rasa nak marah ye?..camna nak control rasa marah..dan banyak la lagi soalan-soalannya..heww..
aku juga manusia biasa yang kadang-kala ada rasa nak hangen satu badan..penah rasa nak marah bila ada something yang tak kena..etc and etc..walaupun aku ni bukan la jenis pemarah orang nya..sometime tu nampak je aku cakap cam gebang2..suara tegas2 macam nak marah orang..tapi hakikatnya..orang yang lebih kenal aku akan tahu aku ni cmana...tapi tak semua orang aku apply benda yang sama..cuma dengan yang rapat2 je..tapi adakala nya disebabkan suatu perkara yang aku tak boleh nak 'in' tu..ada lar jugak sampai ke tahap rasa nak hangen satu badan..eisshh tak bagos nyeess rasa itu..
dulu aku branggapan..bila tak puas hati aku ngomel2 marah kan satu benda tu aku rasa kompem akan lega lepas tu...tapi hakikatnya aku silap..tak lega mana pon okay..zerrriouusslyy...ia ibarat api yang kau jirus kan air..lagi la marak api tu...contohnya bila kita marah kan si polan ni..kita pon dok maki blakang2..apo ekau dapat?kau akan tend tu ngunkit segala buruk-buruk pasal si polan..and jam tu lar rasa seperti semua benda pasal dia suma tak kena..semuanya busuk pasal dia..disebabkan marah punya pasal...
see??macamana penangan marah ni kan..bukan kasi solution pon kat kita..tapi menambahkan lagi rasa tidak selesa kat diri kita sebenarnya..ni lar yang disukai syaitan nir rajim..lagi memarakkan api yang dah sedia menyala...menambah-nambah dosa kita tanpa kita sedar..and aku sangat mengakui kelemahan diri..almaklom anak muda kununnya..darah panas..hehh..tapi tu bukan alasannya..sampai satu tahap kita akan berfikir semula...kalau tidak sekarang kita stop being like that...bila lagi kita nak ajar diri kita kenZz....
aku sendiri tak suka keadaan marah2 ni..and tak nak orang lain jugak dalam keadaan marah..bila aku sendri yang marah pon..last-last aku mesti rasa ouh tak bestnya rasa..actually kita sendiri yang kena bijak mengawal rasa marah tu..marah tu memang fitrah kita as manusia biasa..
dalam satu hadis ada menyatakan bahawa..Rasullullah ada memberi petunjuk untuk mengawal rasa marah..jika kamu dalam keadaan berdiri,segeralah duduk..jika dalam keadaan duduk masih lagi berasa marah,kemudian baringlah..jika dalam keadaan baring masih rasa marah maka bangkitlah dah untuk berwuduk dan lakukan solat sunat dua rakaat..
aku juga nak ingatkan diri aku supaya boleh kawal diri bila rasa marah..sebab ia menyusahkan diri kita balik akhirnya..kita yang tak tenteram..so dalam bulan yang mulia yang penuh berkah ni..adalah waktu yang menguji kita sebenarnya..how u manage your emotion..huu..so sama-sama lah kita take note kayh :-)
segala yang baik itu datang daripada Allah..yang buruk itu daripada kelemahan aku sendiri..wallahualam..
lots of lovee ~~
farahshahidah

20 July 2013

cerita ramadhan aku...

Assalamualaikum =D

Syukur Alhamdulilah sedar tak sedar sudah masuk hari ke sepuluh ramadhan dah..
and syukur jugak segalanya dipermudahkan oleh Allah tak kesah lar dari segi ibadah
mahupun aktiviti seharian..Thanks Allah =)

dah bertahun-tahun hidup kat atas bumi Allah ni..daripada sekecik kecik cili padi 
sampai lar dah besaq gedabak ni..mesti lah dah improve dari segi ibadah wajib kan..
nak nak dalam bab berpuasa ni...ehehe

bila diingat balik kalau macam mana kita dulu bertatih nak mula belajar puasa..
sekarang tup tup aih dah besar dah aih..
kalau diimbas kenangan mula berpuasa..aku tak berapa nak sure laa aku start puasa bila...
heee..sekolah rendah dah mula puasa..and tapi ada tinggal-tinggal lar jugak..
and aku ingat lagi during that time...biasa lar dah hujung-hujung puasa..
masa tu mak sebok tengah buat kuih raya kat rumah moyang..
and I was like ouuh tak tahan nyess nak rasa kuih yang tengah panas keluar dari oven tuh..

masa tu aku kat kampung...rumah moyang..bila dah nak dekat raya...
we olls akan balik rumah moyang..dengan femly nenek sedara aku..
and nenek moyang aku (sekarang sudah arwah) ada satu style dimana kalau 
cicit dia tak tahan nak berbuka...arwah mula lar tak sampai hati and akan 
benarkan kitorang berbuka..ehehe...

kalau mak aku tahu memang dah mengamuk..tapi masa tu deal baik punya dengan moyang..hehehe
almaklum..nenek biasanya sayangkan cucu cicitnyaa...uhuu...
tapi itu masa kecik-kecik lar...
memang lar tak tahan nak berbuka..dah duduk kampung..
hari-hari main pasir..main keliling satu kampung...memang heaven waktu ituh !

and time goes around...i am such a big girl sudah !start masuk darjah 5...6 then masuk sekolah menengah...
aku sudah seriuss berpuasa..mula dah sedar apa itu dosa kalau sengaja  tinggalkan puasa..
tapi masa tuh aku tak penah laa dapat ganjaran apa-apa kalau puasa penuh ke..
macam puasa sebulan dapat rm50 ke rm 100 ke..
sebab masa tu tak pandai ngelat lagi...kalau dah pandai ngelat mesti lama dah pau mak ayah...heheh

semua orang punya cerita yang berbeza-beza mungkin..heheh...tak kesah lar..
kita start puasa penuh awal ke start lambat ke...
yang penting macam mana kita selami pengertian puasa tu sendiri...
bukan puasa sekadar mengikut syarat semata...kayh ?? =D

thanx for reading =D

10 July 2013

it's been Ramadhan ! Alhamdulillah !

Assalamualaikum =D

It's been late updating again..again..but now this becoming Ramadhan.. jiwa nih terpanggil-panggil
suruh update belog...yepp..here i am..!
syukur Alhamdulilah pejam celik now sudah tiba untuk berpuasa again..
as usual..semua orang mengharapkan Ramadhan mereka lebih baik daripada tahun sebelumnya..
and me too ! =D

and saya sangat teruja nak tunggu bulan puasa ni...and tak tau kenapa..
mungkin mengharap sesuatu yang lebih baik dari tahun yang lepas-lepas..
setiap kali bulan Ramdhan..ada rezeki ataupun nikmat yang Allah
dah sediakan untuk kita semua..

cuma kita jela yang kena persiapkan diri kumpul sebanyak mana ibadah yang mampu kita buat..
mungkin kalau dulu saya kurang mengerti or kurang mendalami bila sambut bulan puasa
and now mungkin lebih faham dan menghargai InsyaaAllah..

bila makin meningkat dewasa sure lar rasa banyak benda dalam diri perlu diperbetulkan
mana ibadah yang lompong nak kena di touch-up...
jika bukan sekarang bila lagi kan....

Alhamdulilah...tahun lepas berjaya jugak solat terawih penuh...
mungkin dah niat dari awal...and syukur Allah permudahkan niat..
walaupun tahun lepas banyak je halangan dugaan onak duri ranjau..haha..
tapi still tak menghalang diri untuk pergi terawih..
tak kesah lar walaupun masa tu berada kat lokasi-lokasi lain..hehh..

and terima kasih banyak-banyak kat kawan-kawan yang sama2
permudahkan jalan untuk saya masa tu teruskan niat saya untuk terawih penuh..
Ida izzati.Mirah.Aziim..Marnie..Bella..Syakilla..so terharu =)zzerriiouusslyy..heww

And I hope sangat-sangat..niat tu berterusan sampai bila-bila..
and dah jadi satu kebiasaan buat saya..and InsyaaAllah...Ramadhan kali ni jugak Allah permudahkan
semua urusan saya..tak kiralah ibadah,mahu pun perkara duniawi.. =D

Selain berterawih..bolehlah lakukan amalan-amalan sunat seperti berikut :
  • bersedekah
  • perbanyakkan doa
  • menjauhkan diri daripada perkara yang mendatangkan dosa
  • mengaji Al-Quran
  • mendirikan malam dengan solat-solat sunat
  • zikir
so to all readers..saya doakan Ramadhan kali memberi seribu makna serta manfaat
kepada korang semua..sama-sama persiapkan diri dan hayati bulan mulia ni =D



Thank you !Semoga Allah merahmati anda  =D
Blog Farah Shahidah © . Designed by MaiGraphicDesign