Blog Farah Shahidah: March 2017

shushivid

15 March 2017

Tips kemas rumah dengan lebih terurus

Assalamualaikum and Hai :-)

sebelum tu dah join Segmen Bloglist saya? Kalau belum klik SINI

Tak kesah la you're fully housewife, or working wife mesti tak terkecuali untuk urus rumah tangga seperti bab mengemas rumah ni. Sometimes semua benda dah otomatik letak dalam kepala, celik mata terus buat apa, lepas tu apa sampai la before nak tidur pun kena make sure dah buat apa. Sometimes jugak ada benda kita terlepas pandang. Konon rasa dah buat semua, make sure all place clean and clear. Tapi tetiba your husband jenis celik mata cepat je perasan ada benda tak clear mula mengundang rasa tak best pulak.

I selalu harap yang I will manage everything wisely. Fefeling superwife dalam rumah konon. Nak buat sesuatu tu kalau boleh biar manageable. So secara tak langsung latih diri ni maintain pastikan rumah bersih and nampak la rumah tu ada bini. Lol. I know other wife also trying to figure out in what ways to ensure you're efficient in cleaning your house. Tak mo la minggu beriya cleaning itu ini.. Lagi sebulan gap baru buat balik.

Selain tu, I tak nak do cleaning house focus satu hari then kau penat macam rasa nak terbongkang. Pastu esok stop.lusa stop.. Cuma haritu la kau beriya2 buat everything in one day only!.
So to maintain everyday in one week mesti cover all thing, I found out one ideas, buat Cleaning Schedule. Nampak macam old school kan. Apa ingat kat sekolah je ada duty roster bagai. Walaupu sesetengah menganggap benda ni lahai remeh pun nak buat schedule, ingat dalam kepala dah la. But, seriously buat kerja rumah kau lebih efisyen lepas ni. Make sure kena patuh dengan schedule tu la. Jangan skip2. Haa

Okay, I have my own Cleaning schedule. I create myself untuk pastikan diri lebih organize. Terpulang pada diri memasing boleh create jadual and task apa yang korang nak buat in whole week. Here I shared mine.

Since duduk berdua lagi dengan suami, hanya kami berdua so potensi untuk rumah terlalu bersepah tu kurang lagi. Cuma kami ada dua ekor kucing yang sometime kena make sure always clean. Sebab tau jela bela kucing, kita mungkin selesa tapi tidak pada orang lain. So sangat perlu jadual, sekurang2nya ada masa untuk buat kerja lain. Fokus bisnes, fokus anak, fokus suami. eh. I mean memasak semua kan. Let things to be organize. Macam jadual ni, I prefer cleaning all sudut mengikut hari. Monday, fokus kat dapur, Tuesday for Living/Dining room and etc. So meaning dalam seminggu mesti ada usik sudut and bahagian ni. Then tak ada la istilah, dus tiga bulan baru nak usik.Lol.

Selain daripada weekly tasks, I jugak makesure ada buat kolum daily task to make sure setiap hari mesti setelkan benda tu semua. And peruntukkan at least 30minutes to clean up. I really hope some of you get some of ideas. Bila dah always follow automatik jadi kebiasaan dah. Macam seminggu kalau tak buat part tu like something missing. Memang mostly wanita memang boleh jadi supermom, buat semua benda tapi belum tentu boleh work smart kalau tak arrange daily work betul2. jimat masa, jimat tenaga. heh. Good luck semua =)

13 March 2017

SEGMEN BLOGLIST APRIL 2017 by Farah Shahidah

Assalamualaikum and hai bloggers !

Untuk pertama kalinya buat satu segmen pencarian bloglist. Lama dah nak buat tapi tak buat2 pun. Since tahun ni aktif balik blogging, so nak kenal dengan semua blogger baru2. I'm sure sekarang makin ramai blogger yang macam2 genre ada. So I really hope dengan adanya segmen khas ni, dapat kenal lebih ramai blogger and lebih banyak boleh share ideas.



Okay syarat penyertaannya mudah saja.

1. Wajib follow Blog saya ni..
2. Like page FB shop saya
3. Buat satu entry " Segmen Bloglist April 2017 by Farah Shahidah
4. Copy banner diatas.  Linkkan banner tersebut ke entry ini
5. Describe genre/kategori blog anda. Cth: blog anda lebih banyak cerita tentang beauty tips ke, travelog ke..etc
6. Publish entry anda, kemudian copy link url post anda di komen bawah ya.DONE !
7. HANYA TERBUKA KEPADA BLOGGER WANITA SAHAJA. Maaf ya.

Apa yang best kalau join segmen ni?
Ok, lebih ramai lebih meriah.
  • semua yang join akan dipilih untuk masuk dalam bloglist blog saya bermula 1st April nanti. Senang untuk semua kenal2.
  • saya akan blogwalking blog anda dan akan letak blog anda dalam list favourite blog mengikut kategori /genre yang saya wujudkan.
  • Jika penyertaan mencecah 30 ke atas, saya akan pilih 3 blogger bertuah untuk menerima giveaway daripada saya. Yeayy.
  • tarikh TAMAT segmen adalah pada 31st March 2017. Waktu 11.00 malam.
  •  List penyertaan akan saya keluarkan pada esok hari berikutnya. Boleh la sesama blogwalking nanti tau.
  • NEW UPDATE :  KEPUTUSAN SEGMEN DITUNDA HINGGA PERTENGAHAN BULAN 4 ATAS SEBAB2 YANG TAK DIINGINI. AKAN DI MAKLUM NANTI. MAAF YA =)

Thank you pada yang join segmen ni. Sangat hargai dan alu2 kan. I love to making new friends. InsyaAllah segmen ni dapat sambutan dan boleh kenal ramai lagi blogger kat luar sana. 

SELAMAT BERSEGMEN YA ! :-)

10 March 2017

DiariHamil : Checklist barang keperluan baby newborn

Assalamualaikum and hai !

Bila mula nak jadi ibu, kita akan mula ubah diri kita pentingkan perkara lain sebelum diri sendiri. Sekarang baru faham.hee. Bila mana kau dah tak kesah nak cari barang sendiri dan lebih memilih untuk pakai apa yang ada saja.

Now, I already turning to 25weeks. Alhamdulilah. Rasanya dah boleh buat preparation sikit2. Beli apa yang patut untuk baby. Nak beli segedebuk time dah ujung2 nanti terasa sangat berhabis. So I sarankan beli sikit2 dulu.

I was so excited nak shopping barang baby.hehe. Kalau lalu kat mana2 pun ternampak port barang baby da geram da..apatah lagi bila turn anak sendiri. So even as first timer, I would like to share jugak some ideas bila nak shopping barang baby.lain orang lain caranya.Actually banyak jugak buat research (lol research sangat) dekat blog lain, IG mommy yang lain. Sebab zaman mak-mak kita dah tak sama dengan sekarang. So here some of ideas.hee

Benda pertama kena buat ialah checklist barang baby. Sangat bagus kalau daripada awal da buat checklist. Tak kesah la bila nak mula. Once dah tau preggy, terus prepare checklist pun ok. At least dah bersedia and sambil nak tunggu masa boleh prepare barang, boleh research la barang apa bagus beli, tanya orang, baca blog and etc. Then kita tak de la overbudget or terbeli benda yang tak sepatutnya nanti. Dah mula beli sikit2, sambil jalan sempat la capai serba dua. hewhew.

I start buat checklist since 5 months. Sebab suka google pasal barang baby, usha IG. nak banding kan zaman baby adik2 dulu, barang2 sekarang da banyak yang up to date. Banyak pilihan dan tempat boleh cari. Lebih efisyen pulak tu. So mak2 sekarang tak ada masalah untuk belajar sendiri walaupun belum ada pengalaman. Memula I buat checklist kat my own daily planner. I rasa checklist ni da cukup membantu da. So nak share kat korang some of ideas untuk sama-sama refer sekali ya ! =)

PAKAIAN BABY

Untuk pakaian I kategorikan ikut :

  • Baju siang ( lengan pendek /baju tak ada lengan/ yang jenis berlubang)
  • Baju tidur malam (baju lengan panjang biasa/ berlubang)
  • Rompers (untuk siang tanpa sarung kaki/ berlengan panjang untuk malam)
  • Baju jalan (ikut jantina, untuk bawak keluar jalan)
(at least 5 helai untuk setiap kategori baju)

Kebetulan beli barang dapur kat Mydin. Jumpa baju comel grab sekali .hee
 Grab dekat Aeon Tebrau .Baju tidur malam
  • Barut baby - 10 helai
  • Mitten and booties - 8-10 pasang
  • Stokin - 10 pasang
  • Topi - 2/3 helai
  • Bedung baby include topi - 2 helai pun da memadai
  • Rak baju -  jenis box/ drawer
*** kalau belum tahu jantina boleh pilih kaler selamat dahulu like oren, putih, hijau, ungu. Baju jalan biasa ikut jantina so boleh beli kemudian. Takyah beli mahal2. beli dalam range RM8-RM15 per pasang. jimat kat situ. baby pun cepat besar. Cari 0-3 months, tapi boleh standby/campur2 sikit untuk 3-6 months, sebab berat baby boleh berubah

DIAPERING BABY



berjaya grab masa Expo Baby dekat Danga City Mall
  • Lampin - standby for 1 pack. lampin sekarang da mahal. 
  • Diapers - 2 pack dulu pun da okay, bila baby besar sikit boleh tukar lain
  • Changing mat - 1 unit. untuk siapkan baby lepas mandi/ yak2
  • Tisu Basah - 6 packs at least (standby dalam rumah, travel)
  • Towel mandi - 3 helai at least (lembut dan tak terlalu tebal)
  • Nappy sack - 3 pack at least.Plastic untuk buat pampers baby. boleh cari di kedai baby
  • Laundry net - 1 besar 1 kecil.beg kecil untuk kumpul kain2 kecil untuk dibasuh. Boleh masuk terus dalam mesin.
KEPERLUAN TIDUR
  • Set tilam inc comforter - 1 set. Senang sekali dengan comforter boleh buat baring2 dekat lantai
  • Kelambu - 1 unit. untuk tidur malam elak bintat2 nyamuk
  • Blanket/ Selimut - 4 helai. Cari yang siap dalam satu set. Boleh jadi bedung jugak.
  • Tuala kecil - 2/3 helai kena ada untuk lap mulut baby selain guna lampin juga
BABY CARE AND GROOMING
  • Body Shower
  • Shampoo baby
  • losyen
  • Baby oil
  • bedak powder
  • Set baby care - 1 set (ada sikat, pemotong kuku, termometer, nasal aspirator/sedut hidung).sekarang banyak jual kat IG shop
  • minyak telon
  • Vick
  • Krim ruam
  • cotton balls
  • cotton buds
  • methylated spirit (cuci pusat)
**antara barang2 ni boleh standby untuk travel kit satu set (botol kecik2, normally dapat free gift or hadiah), and untuk letakkan kat rumah satu set (botol besar). senang bila pergi mana2 just grab masuk beg.
  • Pencuci baju - 1 botol besar memadai
  • Besen mandi - 1 unit
  • Bakul mandi - 1unit standby untuk letak mandian untuk rumah
  • Bakul grooming -  1unit untuk letak dirumah
  • travel beg kit - untuk letak segala baby care & grooming yang comel2 dalam satu pack. Senang!
NURSING
  • Breast pump & botol - Kalau dapat satu set sekali bagus jugak. Tapi nak brand baik mahal sikit la. Boleh beli asing2. survey la ikut bajet memasing.hehe
  • Nipple Cream - 1 unit wajib ada. Untuk luka pada puting kita
  • Nursing cover - 1 helai at least. bila nak breastfeed dekat luar
  • Thermos - 1 unit. Standby untuk kat hospital/ kat luar
  • Bottle Cleanser - 1 botol. kalau boleh mesti ada satu pencuci khas untuk botol and berus
  • Rak botol - boleh cari murah untuk keringkan botol yang dibasuh
  • Warmer bottle - untuk simpan susu supaya always in warm condition. Bagus cari yang boleh senang bawak travel
LAIN2 KEPERLUAN TAMBAHAN
  • Stroller baby - 1 unit (yang boleh senang lipat masuk kereta)
  • Baby carrier - 1 unit (boleh letak dalam kereta / bimbit bawak jalan)
  • Beg baby - 1 unit jenis sandang. senang bawak kat tempat yang banyak jalan
  • Hospital bag - 1 unit untuk letak keperluan pergi hospital/ balik kampung
Setakat ni tu je yang rasa sangat2 diperlukan. Tapi depend on your budget ya.Lepas 3 bulan nak kena tambah sikit2 macam baju, diapers semua. Baby cepat besar kan. hee. Bila dah ada checklist macam ni baru la boleh fokus betul2 nak cari barang apa. tak membazir tak tentu hala. Even I memang first time mommy, tapi I refer jugak pengalaman masa jaga adik2 masa baby dulu. Ada tanya2 orang jugak and agak2 je ikut rasa benda tu perlu ke tidak.

If ada yang nak refer boleh la amek as guidance, and dalam list boleh tambah sikit ikut mana rasa keperluan korang. Since da start beli barang2 sikit, I remark mana dah beli, just focus on apa yang belum ada. Hopefully it's help!

Thank you for reading =)







Blog Farah Shahidah © . Designed by MaiGraphicDesign