DiariHamil : Checklist barang keperluan baby newborn

Assalamualaikum and hai !

Bila mula nak jadi ibu, kita akan mula ubah diri kita pentingkan perkara lain sebelum diri sendiri. Sekarang baru faham.hee. Bila mana kau dah tak kesah nak cari barang sendiri dan lebih memilih untuk pakai apa yang ada saja.

Now, I already turning to 25weeks. Alhamdulilah. Rasanya dah boleh buat preparation sikit2. Beli apa yang patut untuk baby. Nak beli segedebuk time dah ujung2 nanti terasa sangat berhabis. So I sarankan beli sikit2 dulu.

I was so excited nak shopping barang baby.hehe. Kalau lalu kat mana2 pun ternampak port barang baby da geram da..apatah lagi bila turn anak sendiri. So even as first timer, I would like to share jugak some ideas bila nak shopping barang baby.lain orang lain caranya.Actually banyak jugak buat research (lol research sangat) dekat blog lain, IG mommy yang lain. Sebab zaman mak-mak kita dah tak sama dengan sekarang. So here some of ideas.hee

Benda pertama kena buat ialah checklist barang baby. Sangat bagus kalau daripada awal da buat checklist. Tak kesah la bila nak mula. Once dah tau preggy, terus prepare checklist pun ok. At least dah bersedia and sambil nak tunggu masa boleh prepare barang, boleh research la barang apa bagus beli, tanya orang, baca blog and etc. Then kita tak de la overbudget or terbeli benda yang tak sepatutnya nanti. Dah mula beli sikit2, sambil jalan sempat la capai serba dua. hewhew.

I start buat checklist since 5 months. Sebab suka google pasal barang baby, usha IG. nak banding kan zaman baby adik2 dulu, barang2 sekarang da banyak yang up to date. Banyak pilihan dan tempat boleh cari. Lebih efisyen pulak tu. So mak2 sekarang tak ada masalah untuk belajar sendiri walaupun belum ada pengalaman. Memula I buat checklist kat my own daily planner. I rasa checklist ni da cukup membantu da. So nak share kat korang some of ideas untuk sama-sama refer sekali ya ! =)

PAKAIAN BABY

Untuk pakaian I kategorikan ikut :

  • Baju siang ( lengan pendek /baju tak ada lengan/ yang jenis berlubang)
  • Baju tidur malam (baju lengan panjang biasa/ berlubang)
  • Rompers (untuk siang tanpa sarung kaki/ berlengan panjang untuk malam)
  • Baju jalan (ikut jantina, untuk bawak keluar jalan)
(at least 5 helai untuk setiap kategori baju)

Kebetulan beli barang dapur kat Mydin. Jumpa baju comel grab sekali .hee
 Grab dekat Aeon Tebrau .Baju tidur malam
  • Barut baby - 10 helai
  • Mitten and booties - 8-10 pasang
  • Stokin - 10 pasang
  • Topi - 2/3 helai
  • Bedung baby include topi - 2 helai pun da memadai
  • Rak baju -  jenis box/ drawer
*** kalau belum tahu jantina boleh pilih kaler selamat dahulu like oren, putih, hijau, ungu. Baju jalan biasa ikut jantina so boleh beli kemudian. Takyah beli mahal2. beli dalam range RM8-RM15 per pasang. jimat kat situ. baby pun cepat besar. Cari 0-3 months, tapi boleh standby/campur2 sikit untuk 3-6 months, sebab berat baby boleh berubah

DIAPERING BABY



berjaya grab masa Expo Baby dekat Danga City Mall
  • Lampin - standby for 1 pack. lampin sekarang da mahal. 
  • Diapers - 2 pack dulu pun da okay, bila baby besar sikit boleh tukar lain
  • Changing mat - 1 unit. untuk siapkan baby lepas mandi/ yak2
  • Tisu Basah - 6 packs at least (standby dalam rumah, travel)
  • Towel mandi - 3 helai at least (lembut dan tak terlalu tebal)
  • Nappy sack - 3 pack at least.Plastic untuk buat pampers baby. boleh cari di kedai baby
  • Laundry net - 1 besar 1 kecil.beg kecil untuk kumpul kain2 kecil untuk dibasuh. Boleh masuk terus dalam mesin.
KEPERLUAN TIDUR
  • Set tilam inc comforter - 1 set. Senang sekali dengan comforter boleh buat baring2 dekat lantai
  • Kelambu - 1 unit. untuk tidur malam elak bintat2 nyamuk
  • Blanket/ Selimut - 4 helai. Cari yang siap dalam satu set. Boleh jadi bedung jugak.
  • Tuala kecil - 2/3 helai kena ada untuk lap mulut baby selain guna lampin juga
BABY CARE AND GROOMING
  • Body Shower
  • Shampoo baby
  • losyen
  • Baby oil
  • bedak powder
  • Set baby care - 1 set (ada sikat, pemotong kuku, termometer, nasal aspirator/sedut hidung).sekarang banyak jual kat IG shop
  • minyak telon
  • Vick
  • Krim ruam
  • cotton balls
  • cotton buds
  • methylated spirit (cuci pusat)
**antara barang2 ni boleh standby untuk travel kit satu set (botol kecik2, normally dapat free gift or hadiah), and untuk letakkan kat rumah satu set (botol besar). senang bila pergi mana2 just grab masuk beg.
  • Pencuci baju - 1 botol besar memadai
  • Besen mandi - 1 unit
  • Bakul mandi - 1unit standby untuk letak mandian untuk rumah
  • Bakul grooming -  1unit untuk letak dirumah
  • travel beg kit - untuk letak segala baby care & grooming yang comel2 dalam satu pack. Senang!
NURSING
  • Breast pump & botol - Kalau dapat satu set sekali bagus jugak. Tapi nak brand baik mahal sikit la. Boleh beli asing2. survey la ikut bajet memasing.hehe
  • Nipple Cream - 1 unit wajib ada. Untuk luka pada puting kita
  • Nursing cover - 1 helai at least. bila nak breastfeed dekat luar
  • Thermos - 1 unit. Standby untuk kat hospital/ kat luar
  • Bottle Cleanser - 1 botol. kalau boleh mesti ada satu pencuci khas untuk botol and berus
  • Rak botol - boleh cari murah untuk keringkan botol yang dibasuh
  • Warmer bottle - untuk simpan susu supaya always in warm condition. Bagus cari yang boleh senang bawak travel
LAIN2 KEPERLUAN TAMBAHAN
  • Stroller baby - 1 unit (yang boleh senang lipat masuk kereta)
  • Baby carrier - 1 unit (boleh letak dalam kereta / bimbit bawak jalan)
  • Beg baby - 1 unit jenis sandang. senang bawak kat tempat yang banyak jalan
  • Hospital bag - 1 unit untuk letak keperluan pergi hospital/ balik kampung
Setakat ni tu je yang rasa sangat2 diperlukan. Tapi depend on your budget ya.Lepas 3 bulan nak kena tambah sikit2 macam baju, diapers semua. Baby cepat besar kan. hee. Bila dah ada checklist macam ni baru la boleh fokus betul2 nak cari barang apa. tak membazir tak tentu hala. Even I memang first time mommy, tapi I refer jugak pengalaman masa jaga adik2 masa baby dulu. Ada tanya2 orang jugak and agak2 je ikut rasa benda tu perlu ke tidak.

If ada yang nak refer boleh la amek as guidance, and dalam list boleh tambah sikit ikut mana rasa keperluan korang. Since da start beli barang2 sikit, I remark mana dah beli, just focus on apa yang belum ada. Hopefully it's help!

Thank you for reading =)







Comments

  1. semoga selamat melahirkan nanti ye :)

    ReplyDelete
  2. bestnya nak ada baby. semoga semuanya baik2 saja & dipermudahkan urusan & proses kelahiran, ameeen

    ReplyDelete
  3. terima kasih sis, sebab share info.

    www.thephotolicious.com

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas info yang diberikan. semoga dapat dimanfaatkan kepada bakal ibu dan ayah diluar sana ye sis.

    kalau tercari cari newborn photographer yang berpengalaman. boleh je wall facebook kami di https://web.facebook.com/thephotolicious/?ref=br_rs

    ReplyDelete
  5. seronoknya shopping barang baby. masa anak pertama saya sangat teruja. macam-macam dibeli. masuk anak ke2 dan ketiga, hahaaha masuk labor room pon tak ada apa-apa lagi. Heeeee...sindrom mak dah tua jugak kot =p

    ReplyDelete

Post a Comment

Comment please =D Thank you ^^

Popular Posts