Blog Farah Shahidah: April 2014

26 April 2014

Seoul Garden The Mines ada sushi !

Assalamualaikum

I suka try rasa macam-macam food. kalau hang out I susah nak makan nasi.tapi more prefer makan benda lain selain nasi. hew. 

hari tu it was my roomate punya birthday, Zue on 22/9 so harus lar celebrate makan luar. part ni yang lemah sikit. pilih location nak makan mana. em selalu macam tu. 


masa time study dulu antara trmpat feberet kitorang budak KBM bila nak makan tak hengat dunia mesti la kat Seoul Garden. so dah berapa kali da sepanjang study ni makan kat Seoul Garden, Mahkota Parade tu.

but untuk kali ni, I try Seoul Garden kat The Mines, Seri Kembangan.heehew. makan sampai tak larat nak bangun.hehe.


sebelum tu nak kasi puji sikit dekat The Mines ni parking dia sistematik. kan bagus semua mall apply benda yang sama. siap provide lampu merah kalau parking full and hijau if ada parking kosong.

so tak ada lar dekat sejam buang masa cari parking je kan? betul idok?


tak banyak beza Melaka punya dengan The Mines. tapi apa yang buat kitorang tertarik nak try kat The Mines tu sebab ada sushi ! whoaa.. Melaka tak de sushi. sobs. 


I suka makan sushi.tak kisah la sushi apa. Sushi King ke sushi JJ ke, semua I sapu. so kat situ, sushi dia banyak jenis jugak lar. tukar-tukar. masa first amek, perasan sushi lain. bila nak amek second trip eh dah tukar lain pulak.

so far sedap-sedap and banyak choice jugak lar. selain ada perapan ayam ada jugak perapan sotong, udang,ketam ,lala and lagi satu yang tak ada kat Melaka ialah ikan. tapi tak amek pon.hewhew.

pilihan minuman jugak banyak.ada panas and sejuk tapi I suka gila dengan Mocha dia.cedap cedapp. Starbuck pun kalah.haha.



Kitorang makan dua kali trip jew. bila dah kenyang dah terdiam tak larat nak bangun.haha. niat hati nak bangun lagi.haih, perut dah tegang macam apa da. 

so far puas hati lar. tapi yang perasan pilihan daging tak banyak. tapi pilihan sayur macam-macam hado. tinggal larat tak larat je.haha. 


kalau suruh I rate, bleh la 4 / 5.hewhew.sebab ada sushi.haha. anyway yang belum penah try sila kan try makan kat Seoul Garden.pastikan perut u'olls kosong and memang lapar macam tak makan 2,3 hari. baru lar rasa berbaloi-baloi makan situ..haha.


thanks for reading,
farahshahidah

Sent from Samsung Mobile

25 April 2014

Wedding Cuzzy dekat JB

Assalamualaikum

I lama tak pergi JB. seriously lama dah. seingat umur 18.hoho. biasa kalau sampai JB ni pun sebab bila ada wedding sepupu anak Pak Ngah since Pak Ngah kitew stay JB..sebab most of my family orang Melaka 'pure'.maka menetap pun Melaka je la.mana tak lagi pure nya.haha. haa baru le sampai.kalau idok takde lar. hew

yang nak kawen ni my sepupu sepapat K.Syirah.masa kecik-kecik bila dorang balik melaka mesti main panjat2 tingkap, main galah panjang. apa lagi ek dah lupa.petang-petang mesti ayah dia our pak ngah belanje aiskrim for satu femily. murah rezeki pakngah.hewhew. bila dah besar- besar semua dah buat hal memasing.kekadang siap awkward lagi bila jumpa.eh macam lar tak biasa.ceh! maybe lama tak jumpa kot!

Pak Ngah and Mak Ngah with da brides

so time ni memang tak lepas peluang pegi JB. we'olls tinggal kat homestay yg disewakan for 3 days.tapi I je sampai pagi Sabtu.lolz sebab terhegeh-hegeh balik dri KL.

before wedding my kazen ni, punya zemangat tau usha2 pelamin, baju apa semua. mesti lar nak cari yang meletopss and affordable. so far most of preparation dia superb! suka gilakk sebab macam taste I'olls ! aiseh. jelessnyess.haha
PELAMIN



sumpah dalam banyak-banyak I tertarik pelamin dia. suka gabungan kaler macam ni. ada pink, peach putih and purple. tengok I olls dah jeles acam mane. hewhew. meja makan beradab pun letak depan pelamin terus.

PHOTOBOOTH & PROPS




tang photobooh simple but nice.at least ada latar belakang yang cantik dah cukup. bila ada props bagai tu yang cool gila gamba.kita pun tumpang sekaki.hehe.

TEMA WEDDING

tema wedding ni more pada pink+hitam.cantik weyh..!belah kiri malam berinai belah kanan for outdoor photoshoot.family I pulak tak terkecuali baju pun ikut tema. sama ada pink or hitam. tapi I pulak tak berapa nak ikut tema. haha.



see the makcikss wearing pink hado, hitam pun hado. the superb makciks.hewhew

AISKRIM GOYANG

penah dengar tak Aiskrim goyang?ha kebetulan adik K.syirah ni bisnes Aiskrim Goyang ni. so time wedding ni dia open la booth kasi tetamu yang datang.Sebab apa nama dia goyang? sebab nak cepat bekukan aiskrim tu guna ais+garam. then goyang-goyang guna machine khas. terus jadi Aiskrim sebatang.hehe.so ni antara salah satu idea boleh buat selain buat cendol tak pun bubur kacang kan?.hew

sumber : google

OUTDOOR PHOTOSHOOT, KOTA ISKANDAR, JB

petang tu I pegi join dorang pegi photoshoot outdoor. kalau kat JB ni as yang diberitahu, mostly si pak photographer memang suka bawak pergi kat Kota Iskandar sebab tempat tu cantik gila and banyak port-port cun untuk shoot. No wonder lar masa we'olls sampai tu perasan banyak betul pengantin dekat 10 pasangan.macam-macam kaler ada.haha. petang tu K.Syirah pakai dress. cantik woo.



We'olls yang tukang sebok ni pun buat photoshoot.haha.

Anyway, bakal-bakal brides boleh la dapat idea sikit for korang punya wedding soon. sikit sebanyak we shared even I sendirik tak kawen lagi.hahahaha.

 to K.Syirah and hasbeng, Selamat melayari Rumahtangga with peaceful and till jannah. Amin. Alhmdulilah rezeki lepas photoshoot perantin kita belanja steamboat.yepii. feberet all the time !suka gila steamboat JB !

Thanks for reading,
Farahshahidah




23 April 2014

cerita diet saya

Assalamualaikum

orang sekarang heboh dok berdiet.kadang-kadang masa makan tak ingat.bila naik mula gelabah. alangkah seronok nya tengok orang yang semulajadi kurus kering makan banyak mana sekalipun maintain kurus.tak perlu risau badan naik.

bila orang dok perli orang kurus ni makan banyak tak pelik and nampak macam cool je. cuba kalau orang gemok kuat makan mula lah orang kata ' hew, no wonder la gemok makan kuat !'uihh, terkucil hati.

baik. I admit I belum dikategorikan gemuk malah my BMI pon stil normal lagi.tak underweight or overweight.tapi disebabkan diri ini tak tinggi mana.149 cm lebih kurang jadi agak cuak bila berat badan naik. gulp!

dulu I tak risau pasal berat badan. sebab masa sekolah rendah jenis kurus kering.masuk menengah maintain 43 kg sampai lar masuk diploma. pertengahan diploma I dah perasan naik sikit 45 kg.mungkin perubahan hormon.

masuk degree I tak tau lar senang hati sangat ke apa. I tak pernah expect yang berat I cecah 50 above.terkejut den !naik mendadak. kalau dulu most my friends punya berat semua lebih daripada I. tapi dekat degree I dah boleh sama dengan diorang.aamaigodd!
then masa tu lar berjinak-jinak diet bagai. macam-macam diet I buat nak dapat balik 45 kg . bukan nak kurus sangat tapi cukup la I selesa nak bergerak pergi mana pakai macam-macam baju tanpa perlu risau. 
Jadi for sure la kena take action. so antara insiatif yang I pernah ambil :

Diet tak makan nasi

diet cara ni ramai orang buat. cuma tak makan nasi je. makan lar apa sekali nak makan. tapi tak ambil nasi langsung. I buat diet ni almost 3 months macam tu. result?hm 1-2 kg je turun.once stop naik bukan main.masa tu dekat rumah sewa. duduk dengan kawan-kawan so ada geng la nak buat diet ni.

kesilapan : tak kuat minum air putih.tak exercise. still minum air manis banyak

ambil produk slimming jenis minuman

konon nak cepat nampak hasil I ade ambil produk slimming tak ingat apa nama.rasanya sekarang dah tak keluar brand tu lagi.sehari 2 sachet.malam and siang.bila minum buat rasa kita kenyang sepanjang hari sebab dia buat perut kita rasa full. I tertarik minum tu sebab kaler purple.huahua.tapi sebulan pon tak sampai I consume.

kesilapan : produk tu tak sedap buat rasa kembang tekak.bila bancuh dalam air segelas nak habiskan pon susah.

minum teh herba slimming

I guess brand Orang Kampung tak silap. I jenis susah buang air besar pagi- pagi.certain orang celik mata mesti nak mengadap toilet. so konon nak train diri ni bangun pagi je mesti buang and nak increase metabolisme badan. berjaya habis for one month tapi still the same.tak selalu rasa nak buang air pun.

kesilapan : pahit sangat rasa macam minum air inai je.haha.so tak boleh nak 'in'. haha.perut pulak kebal semacam je kan nak pergi toilet.

Diet Atkins

my fren yang ajar diet ni.dia lelaki and pernah buat diet ni and seriously menjadi.then, I try buat diet ni and it's really work !diet cara ni tak amik carbohydrates langsung. ketepikan semua jenis nasi,mee,pasta,air bergula, roti and semua yang ada carbs cuma ambil protein and selain daripada carbs. seminggu memang nampak hasilnya.just train diri banyak minum air. seronok sangat masa tu dapat turun 48kg atleast. tapi memerlukan istiqamah yang tinggi nak buat diet ni.I berjaya consume 3 weeks je. (nanti boleh cerita lain enrty ok !)

kesilapan : terpedaya juga akhirnya.haha. plus diet ni agak keletihan sikit.sebab kita tak ambil carbs.so dia ganti lemak as tenaga untuk seharian.masa tu still being as student.bila penat otak tak leh nak fikir.hehe.so I stop.tapi seriously diet ni okay.tapi memerlukan keadaan yang sesuai.

masa ni memang berjaya turunkan berat. I iz happy. hewhew


joging / gym

yang ni pun best. cuma bila tak ada geng tak ada la jog/gym. lama plan nak jog tapi bertangguh je . so pernah nekad nak selalu pergi jog at least seminggu 3x.dapat sejam pon okay. kena disiplin baru benda tu boleh jadi rutin.hehe.and kebetulan jadual kelas cantik pulak petang free.so I pergi jog dengan roomate dekat area River Cruise, Melaka. tips : minum air banyak-banyak biar sampai terkucil.hehe. and pastikan 4 jam bfore jog perut kosong. baru la bakar lemak.and masa tu berat turun almost 3 kg. tu pun tak lama buat cuma masa semester tu je.

kesilapan : sebab banyak assignment dah mula tak pergi jog. kekadang nak pergi membe pulak tak nak pergi.alamatnya jog atas katil je la. hahaha

macam-macam I try.tapi berat I macam yoyo.sebab disiplin pon macam yoyo.hewhew. I percaya buat lar diet apa sekali pun tapi kurang disiplin, tak minum air banyak, jarang keluar peluh memang tak menjadi.
tapi dalam banyak-banyak cara I turun kan badan, I prefer Diet Atkins and jog/pergi gym sebab for me it's really effective ! cuba rajin dengan tak rajin je. tapi I nekad nak teruskan balik. InsyaAllah I'll share nanti ;)

thanks for reading =)
farahshahidah


Sent from Samsung Mobile

18 April 2014

kawan kitew jadi mak andam

Assalamualaikum

Ada sorang one of my bestfriend ni.punya sama interest dengan I. suka main mekap-mekap.starting berkawan adalah masa tahun 2008 masa I masuk Kptm Cheras dulu. and ktorang move to Uitm Lendu for diploma pun sama-sama.



masa dekat Uitm Lendu dulu.. kekadang tak ada kerja, tak I lepak bilik dia, dia lepak bilik I. borak-borak la kejenya. da bosan-bosan try mekap muka nasing-masing. I tenyeh muka dia sat lagi dia pulak tenyeh muka kitew.hewhew. even barang mekap tak se heaven mana.blusher pun tak hado. ada eyeshadow kaler basic pun dah rasa wow tangan dah gatai sangat ni nak conteng muka.haha.



sudah mekap dah rasa cantik benor la tu .padahal bila ingat balik tak hape lar jadi kat muka anak orang tu.haha.bak buat macam mana.masa tu memasing zero skill.noob habis.

lepas tu when we moves to degree pulak, my fren tu bersungguh nak tajamkan skill mekap dia. dunno why. sebab masa tu I tak rasa nak sungguh-sungguh belajar mekap. tapi my fren tu memang pandai keluar daripada takuk. pandai cari income tambahan.and dia rasakan one day dengan mekap dia boleh buat duit.


and dia berjaya proves it! seriously! I ingat lagi.awal-awal masuk degree dia spent duit untuk beli mekap sikit-sikit.masa tu banyak orang jual mekap dekat online.not bad harganya.lepas tu sambil-sambil dia belajar dekat youtube.and then nak mahir test kat muka kawan sebilik.muka I pun penah ditenyehnya.


bak kata orang sikit-sikit lama-lama jadi bukit.collection barang mekap makin banyak.makin lama makin bertambah improve skill dia.dia buka kelas mekap sendiri. ada fanpage sendiri.perlahan-lahan dia ambil job mekap for dinner uitm.

memang betul rezeki Allah tu ada kat mana-mana.As long ada usaha.so setimpal lar dengan apa yang dia cuba ushakan.now dia dah jadi freelance make up artist okay.bangga mak!hewhew.seriously mekap dia makin cantik.dapat job.merata dah.da macam pisang goreng panas.and baru ni my fren tu menang untuk kali kedua pertandingan mekap dekat JJ.berjaya kalahkan mak andam yang ada tu lama dah berkecimpung dalam bisnes ni.really impress kan?


siapa sangka dulu kitorang suka-suka je tenyeh muka masing-masing.but dia yang berjaya buat benda tu as one of carrier dia.kalau pasal study no worries lar dia still boleh perform.senang cerita serba serbi dia boleh. multitasker dia ni.hee.I really impressed dengan dia. she is humble.kuat berusaha.tak mudah putus asa.and really kuat semangat!kalau dia kata dia nak buat benda tu.dia buat sungguh-sungguh.


I banyak belajar dengan dia sebenarnya tanpa dia sedari.hewhew.sebab dia really independent.tak susah kan parents and sangat bijak cari duit sendiri. and Alhamdulilah rezeki dia maikin murah sekarang. da jadi mak andam muda dah sekarang.hewhew.kekadang ada follow dia pergi mekap orang and penah dia ajak join belajar mekap sekali. wuu.rasa dah jauh sangat.hehwew.betul orang kata better buat something yang kita suka.

now tak menang tangan dia mekap orang.semenjak one of bridal ni ambil dia joint event lagi busy lar kawan kite. dia ambil job sekitar melaka and luar melaka pun ada jugak kekadang tengok pada keadaan.hasilnya tak mengecewakan okay.believes me! so if awak-awak yang ada nak try mekap kawan kita ni. boleh lar contact usha fanpage dia Intan Atika Touch

I doakan kawan I tu sentiasa murah rezeki berterusan.and terus kekalkan rendah dirinya and keep our memories yang jadi permulaan langkah ni sampai bila-bila. amin.hee




Sent from Samsung Mobile

14 April 2014

Terminal Bas : Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Asalamualaikum !

since aku buat internship dekat KL, of course my main transport adalah public transport setakat ini.so every week balik Melaka aku akan naik bas express. masa ni lar terimbau kenangan masa penah study dekat Kolej KPTM Cheras dulu. aku stay KL dulu pun only for one semester during 2008, and almost 6 years tak naik bas. pergi KL tu ada tu pun pergi dengan kengkawan or family.

so now aku dah mula naik bas again bila nak balik Melaka and from Melaka pergi balik KL.lagi Melaka- KL tak ada lar jauh mana kan. but first time aku naik bas since dah stay KL balik ni, I really amazed with perubahan terminal bas kat KL sekarang. seriously nak banding dulu everytime balik mesti ke Pudu dulu. dulu Pudu sangat lar tak 'smart' nak banding dengan sekarang.

tak secure, sistem tak teratur, banyak orang pelik-pelik, peminta sedekah sana sini, environment yang tak selesa semua lar. sampai aku pernah terfikir, eh ni ke KL. hee. but now, people take note tentang keselesaan orang awam. and Alhamdulilah terminal bas telah pun di upgrade dari semasa ke semasa. even aku dah lama tak amek tahu pasal bas apa semua.hehe

sekarang ni untuk lebih memudahkan semua orang, pihak terminal sudah pun mengambil langkah awal untuk memastikan everything runs smoothly.comtohnya, sekarang dah buat 2 terminal dimana penumpang dari area Utara turun ke belah Pudu manakala people around selatan turun di terminal baru di Bandar Tasik Selatan which is Terminal Bersepadu Selatan (TBS). see?nampak lagi teratur kan?tak ada lar manusia semua dok berasak-asak pergi tempat yang sama.


baru-baru sampai KL orang cakap orang area Melaka, Negeri Sembilan and Johor turun TBS. then apa lagi sebab tak familiar lagi dengan tempat tu aku menggoogle cari Lrt apa ya ng turun situ. maklum lar lama tak pergi sini, dah lupa dah nama stesen LRT semua. and thank God, dari tempat aku LRT Pandan Indah yang paling dekat ada. and nak ke TBS melalui LRT Bandar Tasik Selatan pun dah senang.

first time nak balik Melaka turun di TBS tu memang aku pepandai bawak diri sorang-sorang. orang kata ringan mulut bertanya tak sesat jalan kan. so sampai je di TBS for first time, aku kagum dengan perubahan dengan semua facilities yang ada. servis pun terbaik. lebih selesa and secure.


ada lebih 20 kaunter provided yang jual semua tiket-tiket bas ke arah selatan. semuanya disatukan. so lebih senang tak perlu tercari-cari tiket di kaunter syarikat bas macam sebelum ni. and then lagi satu, once beli tiket dorang akan letak nama kita kat tiket tu. and letak no. gate untuk tunggu bas .


so kalau ada yang tak naik lagi bas bila dah on time, senang lar dorang nak announce nama kita, suruh cepat naik bas.before nak naik tu pun, ada staff yang scan kan tiket kita. so dari situ dorang boleh tahu sama ada semua penumpang dah naik ke belum. sangat sistematik nak banding dengan dulu.


antara facilities yang ada memang cukup lengkap and puas hati lar jugak. tingkat atas ada foodcourt, ada provided beberapa restaurant, kedai-kedai roti, macam-macam ada lar.tingkat bawah ada kemudahan kedai-kedai aksesori, kedai runcit, ATM, surau yang selesa, toilet yang bersih dan ruang untuk menunggu yang mencukupi.

turun daripada Lrt then nak bergerak masuk dalam TBS pun tak jauh.hanya melalu jejantas terus masuk ke dalam TBS.


lagi satu TBS jugak menyediakan kemudahan belian tiket secara online di https://eticketing.tbsbts.com.my/. lebih mudah untuk booking tiket awal. kadang-kadang tak boleh jangka kalau beli on time tu ada ke tak tiket. tapi nak beli online kena book awal 3 hari before hari berlepas.and boleh jugak beli tiket by machine yang ada kat tepi-tepi tu.lagi senang just perlu layan diri je.


so far I puas hati lar dengan facilities semua.setakat ni tak ada masalah sangat and selesa nak balik KL-Melaka setakat ni.hewhew.lagi jimat daripada naik kereta dengan tol, minyak pergi balik.huu. I just spend RM20 je pergi dan balik,murahkann..hewhew.

thanks for reading =)

08 April 2014

talking about my pet, Kiki

Assalamualaikum.

From previous post I penah cerita pasal my second cat yang I bela till now dekat SINI . dulu tecik lagi sekarang da besar dah ! da macam apart of our family dah.seriously !


dulu masa baru jumpa I ingat dia betina and we'olls bagi nama Kiki.. haha.. rupa-rupanya dah besar sikit jantan !so cadangnya nak tukar panggil Oyen tapi macam dah terbiasa panggil Kiki so we just kekalkan. Kiki pon Kiki la janji rawk !hewhew.


I never taught that I akan sayang gila dekat Kiki and my family semua macam dah ikot join sayang benau dengan Kiki. sebab my first Kucing Lona dah lari mana entah jumpa tuan baru maybe. 


Kiki kucing yang sangat manja yang I pernah jumpa. seriously.. most kucing manja.tapi dia punya manja memang lain sikit.hehe. tiap kali tido dia mesti nak tido dengan orang yang bagi dia makan. biasa nya of course me tak pun if I takde mak I lar. bila tengah tido mesti kejap lagi die landing betul-betul dekat kita.tak kat kaki tak pun bawah ketiak.kadang-kadang pernah berapa kali termasuk dalam kain.ish3. bahaya ini kucing !haha

nampak tak dia punya manja macamana. Kiki pantang nampak alas yang empuk-empuk macam cadar ke, selimut ke, toto ke mesti dia buat port landing dia. dia akan tido selelap-lelapnya. kekadang tu bom meletop belom tentu dia bangun.hahaha.tido mengalahkan orang kerja shift malam.


suka ngan stripes kat badan Kiki


we'olls rasa Kiki unik. even dia kucing biasa sebab dah lar kaler oren semata.I prefer bela kucing biasa compare kucing mix ni sebab ketahanan badan dia lagi kuat.hewhew. badan Kiki ada corak macam rimau bintang sikit pastu tang kaki ada macam stripes sikit. hewhew.


bila ajak main macam baby perangai dia.beriya nak gigit tangan kita. sampai menganga kekadang..haha..bak kata mak, sometime muka dia macam kesian sikit.hehe.thats why I amek dia.

baaa cakkk !

now dah nak hampir setahun bela Kiki. even I jarang ada kat rumah.tapi bila tak balik mesti rendu gila nak gomol Kiki. bapak I pon dah ikot sayang Kiki tau !kekadang we'olls tergelak-gelak tengok ayah layan Kiki. penyayang kucing jugak bapak I nih. kihkih.comel betul bapak itew.wee

nak jadi gurgirl jap. sape soh bagi nama Kiki

setakat ni belum terfikir nak adopt new cat. nanti lar if dah betul-betul stay dekat rumah. tak tau kenapa makin lama dah jadi pencinta kucing sekarang ni.sampai layan kucing pun macam baby.layan baby pon da macam kucing.camno tuh?hew

thanks for reading,
farahshahidah


Sent from Samsung Mobile

07 April 2014

CPUV Nuffnangs for this April !

Assalamualaikum.

Alhamdulilah. setakat ni, dah pernah dapat lebih kurang 16 CPUV daripada Nuffnangs. Berblogging dah lama tapi jarang update maka jarang lar cpuv nak bertempek kat blog nih. for this April, Nuffnang bermurah hati bagi CPUV lagi. yeay !

3 cpuv tengah on going =)
before ni kalau dapat tak pernah nak update. tapi we should thank to Nuffnangs for giving this chances. Alhamdulilah. so sedikit review cpuv yang sedang on going ni :

HERBAL ESSENCES


DiGi - Project Red


KFC Zinger Reloaded


so if nampak iklan tu sudi-sudi la klik. hehe.. 
thanks for reading,
farahshahidah

Pekena Ikea Meatballs

Assalamualaikumm

hari tu untuk pertama kalinya I pegi IKEA..sadis sungguh! selalu dengar orang dok sebok sebut pasal IKEA. best pegi IKEA. barang-barang semua affordable. famous dengan IKEA meatballnya. mana taknya selalu baca belog Hanis Zalikha yang selalu update pasal IKEA.hewhew.

so kebetulan hari tu free. balik kerja tak tau nak buat apa. so Zue, member sama intern merealisasikan impian ajak pegi makan meatball. hewhew.

patot lar ramai orang kat sini segala kelengkapan dalam rumah mahupun luar rumah ada dekat sini. mula rasa nak berangan wahh kalau ada rumah sendiri ni masyuk betul nak decorate bagai judst rempit pi cari barang dekat IKEA je.haih kenapa lar Melak tak ada IKEA. sobs.

baik tujuan utama datang nak try meatballs sini je.haha. siyes ramai betul manusia kat dalam tuh. pandai betul IKEA marketing. hewhew.

kebetulan sekarang meatball IKEA dah ada offer 10 pieces for RM10. dah cukup kenyang boleh tersandar dah.hee.      

tapi hari tu tak ada fries. just digantikan dengan mash potato. tak tau lar sebab dah fries habis or memang da tukar. tak kesah lar.janji happy tummy.lol



what can I say pasal IKEA meatballs : sangat sedapp..of course tak sama macam meatballs lain yang rasa daging kuat sangat. I paling suka sos dia yang superb.tak pekat sangat and tak cair.just nice !daging die lumat and lembut je. konon nya 10 pieces tak cukup tapi siyes kenyang.



boleh lah nanti bawak family pulak lepas ni. sambil try meatball sambil shopping barang rumah yang simple tapi cantik-cantik belaka. I ni dah lar pantang tengok barang-barang decorate rumah.geram je.hee
boleh lar usha mata dekat laman web ni http://www.ikea.com/ .

thanks for reading,
farahshahidah

Sent from Samsung Mobile

05 April 2014

Reunion with besties ex-KPTM

Assalamualaikum.

Lepas SPM, first institusi yang I masuk adalah Kolej Poly-Tech MARA, Cheras, KL. itu pun selama one semester only sebelum gatai-gatai masuk UITM Melaka. but even  one semester, banyak moments was created during that time. bak kata people, tempat yang sekejap tu lar yang paling the best among the rest. haha. the first day I masuk kolej tuh adalah pada tahun 2008. lepas keluar dari kolej tu memang dah tak jumpa langsung memasing dah antara yang rapat-rapat.

but after almost bertahun-tahun, now 2014 ni baru plan nak jumpa jadi jugak akhirnya. kebetulan I intern kat KL, major senang nak pergi KL. so we plan betul-betul. I mesti la super excited nak jumpa diorang nih. rindu gila weyh. kawan sebantal setilam. buat kerja gila,overnite merayap sama dulu nih.biasa lar umur masa tuh baru setahun jagung lagi.18 tahun baru. tsk

pakat jumpa tak ramai pun. yang mana ada je.adat reunion tak semua boleh gather.antara yang rapat tu membe housemate dulu.Amy, Ayu, Farah Wahida jadi yang mana kebetulan ada kat KL and free masa tuh,on lar. we just lepak makan-makan sambil borak gelak sakan macam harem dekat restoran Al-Azmi Seafood Garden area Sentul.

 I guess orang KL quiet familiar with this place. sebab restoran ni cool gila dengan lampu-lampu bagai, makan kat pondok-pondok yang ala old skul gitu. orang ramai jangan cakap lar. memang sesuai nak makan santai-santai sambil borak panjanglepas tu gelak tak hengat dunia sebab tak ada siapa hirau pun tengah ramai- ramai tuh. haha

datang sini kena cuba Chicken chop dia yang super sedap.

muka kekenyangan setelah gelak terburai-burai

we'olls lepak malam. seriusjumpa dorang ni semua dah berubah. masing-masing dah layak kawen dah pun.
dah being somebody lar at least. happy gila tak terkata. yang dah chubby pun ada.masing-masing dah lain. hewhew.


ni Amy, housemate paling rapat dulu

tu Ayu. pemecah kesunyian we'olls. haha.dengan abe dia lar

tudung hitam tu Farah Wahida. nama dah nak dekat sama ngan aku lak tuh.hehe.
tak sama kelas tak sama rumah, tapi friend till now

sebenarnya ada dua orang lelaki.tapi yang lagi satu malu-malu kucen pulak

abaikan pipi yang masak ranum itu
kami yang dulu bukan lar sekarang. hewhew

lepas borak macam kat rumah sendiri plus pipi dah naik kebal asek gelak,sambung lepak pergi karok menyumbangkan suara masing-masing. tapi really have fun lar.cerita pasal all suweet moments tak boleh blah dulu-dulu di ungkit balik. bila ingat balik tah hape-hape lar perangai kanak-kanak ribena masa tuh. I intern sini memang mengimbau balik time dulu-dulu. renduunyaa. InsyaAllah jumpa lagi. huu

so, kalau nak lepak santai gelak-gelak dengan kengkawan atau dinner with family kat tempat yang cool boleh duduk bersila makan beradab, boleh baring lagi kalau mahu boleh lar try pergi Restoran Al Azmi Seafood Garden di alamat ni :
RESTORAN AL'AZMI SEAFOOD GARDEN
Jalan 1/48a, Bandar Baru Sentul51000 SentulKuala Lumpur

Thanks for reading
farahshahidah
Blog Farah Shahidah © . Designed by MaiGraphicDesign