Blog Farah Shahidah: February 2013

shushivid

16 February 2013

Photo Contest : Aku dan Dia by Blog Paly

Assalamualaikum..

klik untuk join




Aku pada asalnya bukan lar yang jenis obses pada kucing..just suka-suka macam tu je..
yela kucing kan comel-comel..tapi tak tau since bila lar..aku jadi macam penyayang betul ngan kucing...
kalau dapat kucing habis aku angkat,peluk, cium semuanya lar..
aku jadi macam cepat kesian and mudah sayang kat kucing...
and untill now..memang aku sangat suka kan kucing..tak kira lar kucing sape pun...
aku akan jadi excited nak pegang..belek-belek..gomol-gomol..haha...
and this picture was taken awal tahun lepas...dekat asrama Uitm...
aku dapat tau ada sorang kawan aku punya housemate..ada bela kucing...
dengan tak semena-menanya..aku pergi bilik dia semata-mata nak tengok kucing..
kucing tu bukan kucing dia...tapi housemate dia punya...
and see...aku leka dok main kucing tu..hahaha..
kucing kan haiwan kesayangan Nabi Muhammad s.a.w..so sayang kucing bermakna kita mengikuti sunnah baginda..hehe =D

Movie review : The impossible

Assalamualaikum..

pernah tak korang bayangkan bila korang berada dalam situasi seperti mangsa-mangsa tsunami yang pernah berlaku kat beberapa negara pada 26 Disember 2004 dulu...??
sangat menakutkan bukan?and maybe tah hidup ke tidak kita masa tu...
or kalau terselamat pun kemungkinan memeritkan jugak lar...
sebab mungkin kita selamat tapi cedera parah yang sangat teruk..patah kaki ke..apa ke...
or mungkin korang tersangkut kat atas pokok
menanti nasib sama ada mampu bertahan atau pun tidak..or tak pun terpisah dengan femly korang
sorang tercampak sana...and tercampak sini..and korang tak pasti sama ada dorang hidup ke tak...



so semuanya korang boleh saksikan dalam filem 'The Impossible' yang dah pun ditayangkan kat pawagam...
yang mana ia merupakan kisah benar okay..bukan rekaan semta-mata...
kisah yang betul-betul berlaku kat ada sorang femly Maria Belon  yang datang melancong kat negara yang ditimpa tsunami tu...

okay nak brief sikit cerita ni........
ia mengisahkan sebuah keluarga...Maria Bennet dan suaminya Henry Bennet serta anak-anak diorang Lucas,Tomas and Simon yang bercuti sempena Krismas kat Khao Lak, Thailand...
so masa diorang bercuti tu...satu bencana tsunami telah berlaku yang menyebabkan mereka sekeluarga terpisah.. Maria dan anak sulungnya Lucas bertemu semula semasa mereka dihanyutkan oleh banjir akibat tsunami..
dan mereka berusaha untuk survive menyelamatkan diri bersama-sama...
ketika meencari tempat yang lebih selamat mereka telah terjumpa dan menyelamatkan seorang budak kecil Daniel yang juga terpisah daripada keluarganya,.
mereka menyelamatkan diri diatas pokok sehingga la orang kampung yang berhampiran menyelamatkan mereka dan Maria yang cedera teruk dikakinya dibawa ke hospital..

manakala Tomas dan Simon yang merupakan adik-adik Tomas terselamat juga dalam bencana tersebut kerana tersangkut kat pokok..manakala ayah mereka Henry juga terselamat..namun berusaha sekerasnya untuk mencari Maria dan Lucas yang terpisah...
so korang rasa adakah mereka semua selamat dan berjaya bersatu semula?semua ini adalah seperti 'mustahil' tapi itulah yang realitinya.....

okay lar..apa aku suka pasal cerita ni...dia punya side effect sangat mengkagumkan...
agak superb lar bila tang ombak tsunami datang tu terasa lar like ombak tu betul-betul nak pergi kat kita...haha..
lagi satu cerita ni memang kategori cerita sedih lar...and i'm sure kalau yang betul-betul
menghayati akan rasa nak keluarkan air mata jugak la...
terasa macam owh sangat bersyukurnya kita tak berada dalam situasi macam tu...
and rasa betapa gigihnya diorang survive untuk hidup and cari balik femly diorang...
memang agak tersentuh lar...

and kalau korang tengok anak sulung pasangan ni..Lucas..yang baru belasan tahun berusaha menjaga ibunya..Maria...and dia cuba menjadi  anak yang berani ..bersimpati and care..

tapi ada jugak selingan mencuit hati dalam cerita ni...dua-dua adik Lucas tu..Tomas and Simon yang sangat comelesss..haha...aksi dorang kompem berjaya buat korang yang bagus-bagus tengah sedih tetiba rasa nak gelak..hahaha..last je cerita ni..ada tunjuk gambar family sebenar..Maria Belon yang merupakan mangsa sebenar yang terselamat tu...

so filem ni memang best sebab ia adalah true story..so sure korang nak tau cerita sebenar and macamana lar keadaan mangsa-mangsa yang terlibat..pasti menginsafkan korang..moh le tengok ye...
okay aku bagi cerita ni 4/5 lar...hewhew


thanx for reading...

love,
farahshahidah

13 February 2013

orang Melaka melawat Melaka


Assalamualaikom..!

kadang-kadang tak semestinya kita tinggal kat sesebuah negeri tu kita dah cukup mahir selok belok tempat yang ada kat negeri tu...walaupun membesar kat tempat tu..belum menunjukkan kita puas lagi nak explore apa yang ada kat tempat kita.. macam aku sendiri.. aku dilahirkan kat Melaka..negeri yang bersejarah ni as semua orang tau..and I really admit...yng aku memang  'pure' Melaka..!!hewhew...

so of course aku dah familiar with semua environment kat sini...dah nama tempat tumpah darahku kan....tapi kekadang tu ada jugak salah jalan kalau diminta jadi tourist guide oleh kawan-kawan aku..haha..bikin malu je.. :P

kalau nak cerita pasal tempat-tempat kat Melaka ni banyak actually..just kena pandai explore je..walaupun negeri aku ni kecik and sometime tu kalau sesat pun tak ada masalah...gerenti boleh jumpa jalan balik..but ada je tempat best...kalau nak cerita kat sini...alamatnya..banyak entri la kena buat..hehe...

macam aku sendiri..mestilah aku dah jejak semua tempat yang ada kat Melaka ni..especially tempat-tempat bersejarah...mana tak nya..masa sekolah dlu ada je buat rombongan che kiah pegi lawatan sambil belajar...
daripada aku tadika sampai lar sekolah menengah...so secara tak langsung dah masuk lar muzium-muzium yang ada..hewhew..

so nak dijadikan cerita..Ahad lepas..3/2/2013..kawan baik aku Pza..call aku pepagi buta..eh tak buta sangat pon masa tu..hehe..ajak hang out akibat kebosanan plus lama tak lepak and berhot story dengan dia..hehe...
mula nya tak nak pegi pon..sebab aku kena jadi baby sitter adik aku yang tak berapa nak baby tu..
then last decide bawak aje lar...adik aku punya la excited kemain..tadi punya lar melalak cari mak aku...huu

kali ni dia drive..kita pun tak tau nak pegi mana...ni lar bab kelemahan aku kalau diajak berjalan kat Melaka ni..tau je la..rasa macam dah bosan..balik-balik MP..DP..JJ..nak aku ni belajar kat Melaka...
semestinya tempat-tempat tu dah jadi rumah kedua bagi aku dah..haha..over pulak!

we all bertiga je..

muanya just lepak makan kat foodcourt..and masih belum tau nak buat aktivti apa...
after makan terus decided pergi DP...cuci-cuci mata pun still no idea lagi nak buat apa..
then..jalan punya jalan..lastly baru teringat A'famosa kat belakang DP tuh...
so bajet jadi tourist lar kononnya..kitorang pergi la lepak jalan-jalan ke sana..
from A famosa..terus dapat idea nak masuk muzium yang terdekat tu...u know what?
Muzium Budaya..heheh..betul-betul lawatan sambil belajar kitorang ni..haha

last aku masuk muzium ni seingat aku time sekolah rendah..and dalam banyak-banyak muzium kat Melaka ni...Muzium Budaya ni je sekali aku pernah masuk...
dah kebetulan bawak adik aku si Tasya tu...tu yang rasa macam nak pi masuk muzium je..haha..
masuk sini tak mahal pun... RM2 for dewasa...and kanak-kanak riang seperti adik aku yang dah sekolah 'free of charge' je...

masa masuk tu..ada lar sorang brader yang kerja jaga muzium ni nak join kitorang masuk..
and dia sempat lar tanya kitorang ni daripada mana...mulanya nak buat-buat lar macam kitorang dari jauh...\
hehe..ish tak baik aku ni...tapi abang ni memang super teror lar dia dapat agak la kitorang daripada mana..
kan dah kantoi...

peace..!!



baru je masuk...adik aku si Tasya tu bikin spoiled..dia tertiba rasa macam seram-seram gitu..
mana tak nya masuk-masuk je ada 2 orang pakai costume Hang Tuah and Hang Jebat..
dok jaga depan pintu masuk tu...apa yang adik aku scary sangat aku pun tak tau lar..
sebab muka abang tu lain macam sikit kot..tu yang dia takut sangat..haha..

baru-baru masuk tu si Tasya ni kemain super excited lar..berlari-lari kat dalam muzium tu...
sebab dia terasa macam kat rumah nenek kitorang kot..haha..
so masa nak naik tingkat atas pulak..si Tasya yang kemain excited tu..berlari-lari lar naik tangga...
sekali ter'gedebushhh' jatuh...okayh masa tu agak panik sekejap.takut dia melaung..
tapi nasib baik tak..cuma dia malu-malu lar orang tengok dia jatuh kan..hehe
so lepas tu..dah tak ada excited da...jadi budak pendiam terus dah..haish..



Add caption





standard lar kalau dalam muzium kat ada macam scary sikit..ye lar sebab dalam ni banyak patung-patung manusia..aku teringat macam kali pertama aku masuk muzium ni masa kecik-kecik dulu...
aku memang rasa macam seram sejuk sikit lar jugak..aku rasa banyak budak-budak kecik je yang akan rasa benda yang sama jugak...tapi aku still tak nak layan kan perasaan si Tasya tu..






ha ni lar dia Hang Tuah and Hang Jebat yang adik aku takutkan tu

masa dah nak keluar daripada muzium tu..abang yang ikut kitorang masuk muzium mula-mula tadi..
sempat lar borak kejap dengan kitorang...tanya belajar mana sume...
tapi baru aku perasan yang aku tak ada snap pic abang tu..penat dia posing..hehe..
dah nak gerak hujan lar pulak..abang tu suruh kitorang lepak jap bawah muzium tu...

ujan dah berhenti...

main petik-petik bunga kat tepi tu

tu lar muzium tu...


kat depan muzium tu ada taman..so lepak kejap lar..hee

lepas keluar..si Tasya sempat panjat meriam sekejap

aku pun tak tau kenapa lar si Tasya mengidam benau nak amek gambar kat sini..haha

so macam biasa aktiviti wajib kitorang kalau keluar...
mesti lar nak pergi karok dulu...hewhew...but aku ada jumpa tempat baru...kat DP..
kebetulan masuk dari pintu belakang DP tu..ternampak pulak..betul-betul kat area kedai-edai yang jual karaftangan kat belakang DP tu...tempat tu not bad lar..baru lagi..karaoke bilik..
and ada banyak lagu-lagu latest..and u know what si Tasya pun join lar kitorang karok..hahah..
dia nyanyi semua lagu yang dia hafal penuh je lar..bahaya ni..kecik-kecik dah ajar pi karok..harhar

macam iye-iye je...

hang out hari tu memang best lar..bila fikir balik...selain buat window shopping..tengok wayang and etc..
baik aku buat repeat lawatan sambil belajar macam tu kan..hehe..
actually nak masuk macam-macam muzium or pergi tempat yang best lain..tapi time is running out kan..
so lain kali lah jawabnya...
macamana pun aku still proud dilahirkan kat bumi Melaka ni...
with surround by macam-macam tempat bersejarah..so aku as orang sini should appreciate lar kan apa yang ada kat sini...tak semestinya..kita orang sini..kita tak perlu nak datang tempat-tempat macam ni dah..no..!tidak sama sekali..so pakat mai datang Melaka ya..
Melawat Melaka bererti anda melawat Malaysia..huu..kasi promote sikit.



love,
farahshahidah

12 February 2013

random update !

Assalamualaikom...!

ketika orang semua sedang nyenyak beradu..aku pulak terpisat-pisat mengadap lappy menstalker page orang..tengok itu..tengok ini..tapi yang baik-baik saja okayh..!

TAHUN BARU CINA

dua hari dapat cuti sempena Tahun Baru Cina..so aku manfaatkan sebaik-baiknya...hewhew..
sekarang ni if ada free time memang kena gunakan hari tu sebaik-baiknya..hewhew..tak mau lar golek or goyang kaki sahaja kat rumah..mesti lar ada buat apa-apa aktiviti kan... as usual...everytime masuk je Tahun Baru Cina...kitorang satu famili dah bersiap sedia dah...dari segi mental and fizikal semuanya lar..nak tengok bunga api..bakar mercun malam raya cina.haha..diorang kalau pasang memang macam nak meletup bumi ni...memang tak boleh tidur satu malam lar jawabnya..!pernah lar masa dulu..time mak aku beranak kan adik aku..kehkeh...so kalau dorang dah bakar mercun tahap nak bom satu Jasin..tak ke tersentak-sentak nya adik aku yang baby lagi tu..hee..so I still ingat lagi mak aku sampai keluar rumah jerit kat cina-cina depan rumah aku tu..mintak main jauh-jauh lar..hewhew..almaklum...rumah aku strategik sangat memang berhadapan dengan rumah-rumah cina..so sekarang rumah pun dah tak ada baby-baby kecik...so baby-baby tua je yang ada...hee..boleh la kami menikmati mercun berdas-das ituu..

WEDDING LAGI

semalam 11/2/2013 was wedding sepupu aku yang paling rapat  lar dengan aku...and aku macam tak percaya yang dia dah nak kahwin dah...terasa macam baru je aku main masak-masak dengan dia..buat sepah kat rumah nenek..haha..kena marah dengan makcik kitorang dulu,..bla..blaa..bla..Ya Allah banyak sungguh kenangan kitorang masa kecik-kecik dulu..nama dia Nurul Ain Yaakub...ayah aku and ayah dia adik beradik..aku rapat dengan dia sebab dia je la sepupu perempuan aku yang paling dekat dengan umur aku...cuma dia tua setahun je la dengan aku..tapi sangat best lepak dengan dia..kalau tidur rumah nenek dulu mesti nak ada dia..sebab memang aku tak ada kawan lain lar kan..and dia je tempat share and mengadu domba bila kena marah ngan makcik time dulu-dulu..kehkeh..so after masing-masing dah sambung belajar..memang jarang gila jumpa muka dia..setahun pun belum tentu....tup-tup...nak kahwin dah..ohemji...!!
and dia request aku jadi pengapit dia...wee...more update later....huu

love,
farah shahidah

09 February 2013

Apa yang menariknya kat UPNM tu...

Assalamualaikom...!

1 /2/2013 bersamaan hari Jumaat merupakan hari pertama aku kerja with my bibik as I mentioned in previous entry..so baru start kerja..aku dah cuti sabtu ahad..haha..and aku ada 'deal with my kawan, Janna...dia ni merangkap kawan sekolah menengah aku and sama diploma dulu...Dia ajak aku pergi UPNM...kawan dia ada majlis pentauliahan siswa kat sana..so aku okay je sebab bab-bab berjalan ke sana sini memang dalam feveret list aku..harhar....

Actually aku tak tau apa tu UPNM??haha..dengar macam kat Pahang je..Eh salah rupanya..kui kui..lepas Janna roger aku...siap pulak aku google nak tau apakah namanya universiti ituew..hewhew.. rupanya UPNM  (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia) tu dahulunya ATMA (Akademi Tentera Malaysia)...owh ATMA tu aku pernah dengar lar...and tau lar jugak...sebab masa sekolah-sekolah dulu...ada lar cakap-cakap kosong nak masuk ATMA bagai..haha...So sekarang dah pakai nama UPNM..U tu kira macam cara pembelajaran dia ada latihan ketenteraan tapi ada bidang akademik sekali lar ..and U kat Sungai Besi...hoho...

so aku sangat teruja la..eh teruja ke?hehe..sebab mesti lah best melawat universiti orang...sebab lain universiti lain stylenya...hehe..kitorang bergerak sikit main awal lagi...subuh-subuh dah jalan...mulanya Janna nak tidur rumah aku.then tak jadi pulak...pagi-pagi datang amek aku kt umah...gilez zemangatss aku siap pepagi buta takut celik-celik mata je Janna dah terpacak depan umah..haha...

so perjalanan amek masa sejam lebih macam tu la...7.15 pagi dah sampai tol Sungai Besi...tak banyak kereta boleh la cerita...haha...tapi tu pun nak kira lambat tau kitorang sampai sebab 7.30 dah kena ada dah...kena sampai before Yang Dipertuan Agong datang...


yeahh...da shampai dah itew
then dah sampai tu kitorang cepat-cepat lar cari parking...kalau boleh tak nak terlambat sebab nanti tak boleh bawak kereta masuk sampai dalam UPNM..tapi tak dapat masuk jugak...cepat bebenau orang-orang kat UPNM tu tutup pagar...so kitorang just parking kat pintu paling hadapaaaannn sekali..and kena tunggu bas amek bawak pergi kat tempat majlis tu diadakan....

family-family tunggu bas UPNM amek

rata-rata yang datang of course lar mak ayah..abang kakak adik makcik-makcik diorang kan...tetiba tersembul pulak kitorang...hehehe..tapi buat muka cam tak kesah konon-konon kalangan family jugak lar ni..hehe...bayangkan lar masa naik bas tu...kena lar berhimpit ngan macik-macik sekali..hehe...patutlah Janna kalau boleh nak bawak kereta sampai atas..sebab senang tak yah nak satu bas ngan ramai-ramai orang ni..
tapi nak buat cemana..parking atas limited,,and untuk elakkan kesesakan jugak tu.....

sampai je kat atas tu....kena jalan kaki sikit ke stadium,...masam tu Janna dah tak boleh nak contact membe dia dah...sebab majlis pentauliahan dia ni ada majlis pembukaan dan penutup...and satu batch yang akan berkawad...so handphone,jam semua tak boley pakai dah...

masuk je U ni aku dah rasa macam wah betapa awesome nya U ni..ada bidang akademik..ada kawad-kawad semua.. sangat smart la U ni..which is aku sangat sukakannya..!!!and buat aku rasa eh apesal dulu aku tak pernah nak apply U ni..haha..mula lar bermonolog dalaman..

otw after turun dari bas nak ke stadium tu...

see??dah ramaiiii orang dah kan??sure takada tempat duduk



yes..memang betu tak ada tempat duduk pun...berdiri pun berdiri la...

 tak lama lepas kitorang sampai tu...majlis pun mula...and kitorang dapat tengok barisan-barisan kawad masuk kat padang kawad...masa tu rasa fuyooo semaaart gila budak-budak ni kawad...plus ngan pakaian seragam diorang memang superb...aku mula terimbau-imbau kenangan masa berkawad KRS bertahun-tahun masa sekolah dulu..haha... memang dulu aku obses kawad..dulu kononnya tak kesah muka hitam..berjemur berjam-jam pun tak apa...sebab berkawad ni sangat best sebenarnya...hanya orang yang suka kawad je tau how it's feel..ceyh..haha..siyesslyy..satu kepuasan yang tak tau nak cakap cemana...tapi sekarang kalau disuruh berjemur lama-lama tengah panas...em mungkin fikir banyak kali kot..haha..


tu dia dorang dah masuk padang kawad..dapat amek dari jauh je..sob3


semua ngah tunggu kedatangan Yang Dipertuan Agung and VVIP yang lain..

ni dia mak ayah yang datang..semua bangga nak tengok performance anak-anak diorang...
 okay briefing sket..as I mentioned U ni kan ada menyediakan akademik disamping latihan ketenteraan kan... so kat sini ada je macam-macam kos...macam Sains Komputer..Farmasi...Perubatan..Kejuruteraan Awam..and macam-macam lagi lar...and diorang diwajibkan jalani Latihan Ketenteraan yang mana dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pertahanan..tu yang untungnya...

so after diorang lulus akademikpengajian diorang kat sini...diorang akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda serta dapat Tauliah jangka pendek. then after pentauliahan, diorang akan berkhidmat sebagai pegawai berpangkat Leftenan Muda dalam Angkatan Tentera Malaysia. So kiranya macam keluar je dah ada kerja....one more thing yang best nya ialah elaun diorang sangat tinggi laa...hewhew..dah macam dapat gaji bulanan jugak la..
dah mula kawad..

kitorang yang tengok dalam kepanasan...

so bila dah berjemur tengah-tengah panas sure lar...muka pun naik gelap dibuatnya...nama pun ketenteraan kan..so semua tu tolak tepi...aku ada jugak usha-usha banyak tak student perempuan..macam tak ramai..macam boleh kira la.hehe...aku ada rakam video diorang kawad..tapi tak upload la..memang semart...!

pegi toilet diorang pun nampak semarrtt

cuci mata


ni dia Janna
kitorang tengok masa diorang kawad je..masa pembahagian watikah tu tak tengok pun..sebab sangat lama..ye la Yang Dipertuan Agong nak kena bagikan satu per satu kat beratus yang dapat pentauliahan tu..lebih kurang kol 11 lebih majlis tamat...and kena bas untuk bergerak kat tempat lain pulak...nak berjalan kat sekitar U tu memang kena bertransport..huu

berderet-deret orang tunggu bas datang...

haa..yang berlonggok tu budak-budak junior UPNM..


after that kitorang pergi dewan UPNM...tapi tak masuk dalam pun sebab kitorang bukan salah satu keluar student-student ni kan...so just lepaking kat luar sampai tengok-tengok tempat tu...hehe..kitorang majlis tu kat dewan tamat....and after that tu baru laa dapat jumpa kawan si Janna ni...

tamat majlis...semua nak posing-posing atas pentas...sampai bunga hidup yang hias kat pentas tu pon dirembat..hehe


haa tu kawan Janna...
 Lepas dah jumpa kawan Janna tu dapat lar dibawa jalan-jalan kat sekitar UPNM..kiranya U ni agak baru lar jugak sebebnarnya...diorang tak boring lar sebab macamam-macam ada kat dalam ni...ada kolam renang...pusat karoke...snuker..taman-taman pun cantik..ada court...padang yang besar..tempat makan pun senang cari...and everything selesa...

kemudahan-kemudahan kat UPNM



then puas jalan-jalan cuci mata kat kampus tu...kitorang hangout pulak bertiga...alang-alang dah sampai KL...pegi Midvalley...tapi seriously..kalau korang ada adik-adik yang suka benda-benda yang macam ni..nak cari tempat yang adventure sikit ke...nak kerja yang berpakaian seragam...boleh la daftar masuk U ni ye kawan-kawan..hewhew..everything terjamin..hehe...tak tau lar pada korang macam mana..tapi pengalaman masuk jenguk kat U ni buat aku rasa terjeles sikit je okay sikit je...hehe...




 thanks for reading this entry..

 love,
farahshahidah

07 February 2013

Blogger Belia Blogger Cool

Assalamualaikom =)



hai semua..!! that's me Farah Shahidah Binti Mat Hashim...here my blog yang simple but still menjadi teman setia saya untuk mencatat semua perkara-perkara manis dan pahit dalam hidup saya...

fashapurple.blogspot.com

umur saya : 23 tahun sudah ..!!

saya adalah blogger belia yang cool !! =)
kerana saya suka tentang perkara- perkara yang manis yang pernah berlaku dalam hidup saya...
setiap perkara happy yang berlaku..saya suka nak share dengan orang lain..huu..
mungkin hidup kita berbeza-beza...therefore dengan berblogwalking...buat saya rasa lebih cool and dapat belajar macam-macam perkara..i don't need any MUSUH... but I love to make colourset of FRIENDS =D

love,
farahshahidah

yeay..saya dah ada keje part time untuk kali ini

Assalamualaikom...

FYI..sekarang  ni adalah musim cuti sem buat aku..tak ada lar lama sangat...
actually sekarang ni sepatutunya aku dah mula praktikal..but setelah difikirkan sedalam-dalamnya..
aku buat keputusan untuk extend my semester...and aku akan buat pratikal hujung semester nanti..
aku okey je..and aku rasa InsyaAllah dalam tempoh ni..aku akan lebih bersedia for praktikal ni...
and kemungkinan kalau ada rezeki aku...habis je praktikal bolehlah aku diserap terus kat company tu..
manalah tau kan...doakan saya ye?heee


so aku ada dalam 2 semester lagi camtu lar untuk belajar..belajar...kat Uitm Banda Melaka tu..hewhew..
so ada lar beberapa orang juga cluzmate aku yang buat praktikal hujung sem nanti..so cuti kali ini..still cam biasa pada mulanya..tapi tak lama pun..just around sebulan lebih gitu..then aku decide tak nak keje kot..tapi eh..mana boleh tak keje..tak seronok lar pulak..duduk-duduk tapi tak ada income masuk...tapi sape nak ambil kerja untuk sebulan je???

my mom okay je kalau aku nak kerja kali ni..dia pun tak larat nak tengok aku terperap kat rumah 24 hours kan...so ada lar my mom rekemen kerja cashier Petronas lar..kerja kat tempat lama aku ..cashier Family Store la..but aku rasa macam nak kerja 'bibik' sepenuh masa je kat rumah...whereby aku kemas the whole house...basuh baju..masak nasi..bla..bla..bla..and etc...sebab aku da ada buat list dah apa benda yang bermanfaat aku nak buat untuk cuti kali ni..heheh..macam-macam okey...

aku mula lar hidupkan internet balik..so senang aku nak google apa yang patut...stalker-stalker apa yang patut..berblogging lagi dan lagi..haha..aku ingat nak isi laa cuti aku dengan hobi-hobi yang menarik..heheh..eh menarik ke??hewhew...macam buat jahit manik ke..buat gubahan bunga..tanam pokok like buat mini tanaman...apa-apa je lar..asalkan benda tu menarik perhatian aku..hoho..

abes final sampai lar hujung bulan satu aku just spend da whole day kat rumah..rumah..and rumah je..
menjalankan tanggungjawab as 'bibik' yang cuma berbayar untuk makan and tidur..haha..kalau ada keluar pun just ke rumah atok aku..umah sedara tengok orang bersalin..or just pergi pasar malam je..ha macam tu lar..suddenly..malam 1 hb tu..my makcik or aku panggil dia 'bibik' okay..(sebab adik beradik mak aku ramai sangat sampai dah tak tau nak buat nama panggilan apa..haha..)..dia ada kol aku ..dia ajak aku kerja untuk sebulan kat ofis dia..bagai orang mengantuk disorongkan bantal gitu..haha..so aku on je laa..aku rasa kalau nak kerja ofis hour ni okay je kot..


so my bibik said..okay besok start 1 haribulan 2..aku dah kena follow dia pergi kerja..memandangkan aku tak ada transport..Alhamdullilah rezeki Allah namanya...okay nak tau aku kerja apa??aku kerja kat Japerun Bukit Baru.. kiranya ofis ni mengendalikan kerja-kerja kebajikan lar... so sekarang memang nak time pembahagian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).. so tempat my bibik ni lar yang akan kendalikan pembahagian duit ni kat semua orang awam tapi bahagian Dun Bukit Baru je lar..

waiting for my bibik amek saya..


so kerja untuk sebulan ni... aku kena jadi operator kena call semua surat yang layak dapat...suruh diorang datang ofis Japerun Bukit Baru untuk ambil surat.. and aku kena semak nama-nama yang datang kat ofis tu sama ada diorang dapat tak..setakat ni aku menguruskan nama-nama yang dapat untuk kelompok 1 je...
actually aku dah pernah lar kerja tolong-tolong key - in data kat ofis tu sebelum ni..and now almaklum kerja sudah melambak..so memang memerlukan orang luar untuk bantu sementara...

macam chubby pulak time-time first day keje ni..time sorang-sorang kat ofis



hari pertama kerja agak awesome.. mostly kakitangan ofis tu dah pernah kenal aku sebelum ni..sebab aku kan anak buah makcik aku..and pernah lar datang kat ofis tu...huu mereka semua baik-baik je.. and suweet like sugar..harhar.. yang membuatkan aku suka kerja kat sini...ye lar kerja kebajikan kan..so of course kita kena meet ramai orang.. so from that aku boleh adapt kan diri how to face dengan pelbagai ragam manusia..
serious,..macam-macam kerenah okay...patut lah tak cukup tangan makcik aku dibuatnya..haha...aku boleh menjawab pertanyaan orang dengan rileks..sometimes tu asyik refer makcik aku jugak..haha...

ni la view kat ofis ituew..huu


so I really hope sepanjang sebulan ni aku dapat membiasakan diri membuat  pelbagai kerja...dapat train diri work in smart and pantas...berani..and really hardworking..haha..AMIN..


love,
farahshahidah

Blog Farah Shahidah © . Designed by MaiGraphicDesign