Apa yang menariknya kat UPNM tu...

Assalamualaikom...!

1 /2/2013 bersamaan hari Jumaat merupakan hari pertama aku kerja with my bibik as I mentioned in previous entry..so baru start kerja..aku dah cuti sabtu ahad..haha..and aku ada 'deal with my kawan, Janna...dia ni merangkap kawan sekolah menengah aku and sama diploma dulu...Dia ajak aku pergi UPNM...kawan dia ada majlis pentauliahan siswa kat sana..so aku okay je sebab bab-bab berjalan ke sana sini memang dalam feveret list aku..harhar....

Actually aku tak tau apa tu UPNM??haha..dengar macam kat Pahang je..Eh salah rupanya..kui kui..lepas Janna roger aku...siap pulak aku google nak tau apakah namanya universiti ituew..hewhew.. rupanya UPNM  (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia) tu dahulunya ATMA (Akademi Tentera Malaysia)...owh ATMA tu aku pernah dengar lar...and tau lar jugak...sebab masa sekolah-sekolah dulu...ada lar cakap-cakap kosong nak masuk ATMA bagai..haha...So sekarang dah pakai nama UPNM..U tu kira macam cara pembelajaran dia ada latihan ketenteraan tapi ada bidang akademik sekali lar ..and U kat Sungai Besi...hoho...

so aku sangat teruja la..eh teruja ke?hehe..sebab mesti lah best melawat universiti orang...sebab lain universiti lain stylenya...hehe..kitorang bergerak sikit main awal lagi...subuh-subuh dah jalan...mulanya Janna nak tidur rumah aku.then tak jadi pulak...pagi-pagi datang amek aku kt umah...gilez zemangatss aku siap pepagi buta takut celik-celik mata je Janna dah terpacak depan umah..haha...

so perjalanan amek masa sejam lebih macam tu la...7.15 pagi dah sampai tol Sungai Besi...tak banyak kereta boleh la cerita...haha...tapi tu pun nak kira lambat tau kitorang sampai sebab 7.30 dah kena ada dah...kena sampai before Yang Dipertuan Agong datang...


yeahh...da shampai dah itew
then dah sampai tu kitorang cepat-cepat lar cari parking...kalau boleh tak nak terlambat sebab nanti tak boleh bawak kereta masuk sampai dalam UPNM..tapi tak dapat masuk jugak...cepat bebenau orang-orang kat UPNM tu tutup pagar...so kitorang just parking kat pintu paling hadapaaaannn sekali..and kena tunggu bas amek bawak pergi kat tempat majlis tu diadakan....

family-family tunggu bas UPNM amek

rata-rata yang datang of course lar mak ayah..abang kakak adik makcik-makcik diorang kan...tetiba tersembul pulak kitorang...hehehe..tapi buat muka cam tak kesah konon-konon kalangan family jugak lar ni..hehe...bayangkan lar masa naik bas tu...kena lar berhimpit ngan macik-macik sekali..hehe...patutlah Janna kalau boleh nak bawak kereta sampai atas..sebab senang tak yah nak satu bas ngan ramai-ramai orang ni..
tapi nak buat cemana..parking atas limited,,and untuk elakkan kesesakan jugak tu.....

sampai je kat atas tu....kena jalan kaki sikit ke stadium,...masam tu Janna dah tak boleh nak contact membe dia dah...sebab majlis pentauliahan dia ni ada majlis pembukaan dan penutup...and satu batch yang akan berkawad...so handphone,jam semua tak boley pakai dah...

masuk je U ni aku dah rasa macam wah betapa awesome nya U ni..ada bidang akademik..ada kawad-kawad semua.. sangat smart la U ni..which is aku sangat sukakannya..!!!and buat aku rasa eh apesal dulu aku tak pernah nak apply U ni..haha..mula lar bermonolog dalaman..

otw after turun dari bas nak ke stadium tu...

see??dah ramaiiii orang dah kan??sure takada tempat duduk



yes..memang betu tak ada tempat duduk pun...berdiri pun berdiri la...

 tak lama lepas kitorang sampai tu...majlis pun mula...and kitorang dapat tengok barisan-barisan kawad masuk kat padang kawad...masa tu rasa fuyooo semaaart gila budak-budak ni kawad...plus ngan pakaian seragam diorang memang superb...aku mula terimbau-imbau kenangan masa berkawad KRS bertahun-tahun masa sekolah dulu..haha... memang dulu aku obses kawad..dulu kononnya tak kesah muka hitam..berjemur berjam-jam pun tak apa...sebab berkawad ni sangat best sebenarnya...hanya orang yang suka kawad je tau how it's feel..ceyh..haha..siyesslyy..satu kepuasan yang tak tau nak cakap cemana...tapi sekarang kalau disuruh berjemur lama-lama tengah panas...em mungkin fikir banyak kali kot..haha..


tu dia dorang dah masuk padang kawad..dapat amek dari jauh je..sob3


semua ngah tunggu kedatangan Yang Dipertuan Agung and VVIP yang lain..

ni dia mak ayah yang datang..semua bangga nak tengok performance anak-anak diorang...
 okay briefing sket..as I mentioned U ni kan ada menyediakan akademik disamping latihan ketenteraan kan... so kat sini ada je macam-macam kos...macam Sains Komputer..Farmasi...Perubatan..Kejuruteraan Awam..and macam-macam lagi lar...and diorang diwajibkan jalani Latihan Ketenteraan yang mana dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pertahanan..tu yang untungnya...

so after diorang lulus akademikpengajian diorang kat sini...diorang akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda serta dapat Tauliah jangka pendek. then after pentauliahan, diorang akan berkhidmat sebagai pegawai berpangkat Leftenan Muda dalam Angkatan Tentera Malaysia. So kiranya macam keluar je dah ada kerja....one more thing yang best nya ialah elaun diorang sangat tinggi laa...hewhew..dah macam dapat gaji bulanan jugak la..
dah mula kawad..

kitorang yang tengok dalam kepanasan...

so bila dah berjemur tengah-tengah panas sure lar...muka pun naik gelap dibuatnya...nama pun ketenteraan kan..so semua tu tolak tepi...aku ada jugak usha-usha banyak tak student perempuan..macam tak ramai..macam boleh kira la.hehe...aku ada rakam video diorang kawad..tapi tak upload la..memang semart...!

pegi toilet diorang pun nampak semarrtt

cuci mata


ni dia Janna
kitorang tengok masa diorang kawad je..masa pembahagian watikah tu tak tengok pun..sebab sangat lama..ye la Yang Dipertuan Agong nak kena bagikan satu per satu kat beratus yang dapat pentauliahan tu..lebih kurang kol 11 lebih majlis tamat...and kena bas untuk bergerak kat tempat lain pulak...nak berjalan kat sekitar U tu memang kena bertransport..huu

berderet-deret orang tunggu bas datang...

haa..yang berlonggok tu budak-budak junior UPNM..


after that kitorang pergi dewan UPNM...tapi tak masuk dalam pun sebab kitorang bukan salah satu keluar student-student ni kan...so just lepaking kat luar sampai tengok-tengok tempat tu...hehe..kitorang majlis tu kat dewan tamat....and after that tu baru laa dapat jumpa kawan si Janna ni...

tamat majlis...semua nak posing-posing atas pentas...sampai bunga hidup yang hias kat pentas tu pon dirembat..hehe


haa tu kawan Janna...
 Lepas dah jumpa kawan Janna tu dapat lar dibawa jalan-jalan kat sekitar UPNM..kiranya U ni agak baru lar jugak sebebnarnya...diorang tak boring lar sebab macamam-macam ada kat dalam ni...ada kolam renang...pusat karoke...snuker..taman-taman pun cantik..ada court...padang yang besar..tempat makan pun senang cari...and everything selesa...

kemudahan-kemudahan kat UPNM



then puas jalan-jalan cuci mata kat kampus tu...kitorang hangout pulak bertiga...alang-alang dah sampai KL...pegi Midvalley...tapi seriously..kalau korang ada adik-adik yang suka benda-benda yang macam ni..nak cari tempat yang adventure sikit ke...nak kerja yang berpakaian seragam...boleh la daftar masuk U ni ye kawan-kawan..hewhew..everything terjamin..hehe...tak tau lar pada korang macam mana..tapi pengalaman masuk jenguk kat U ni buat aku rasa terjeles sikit je okay sikit je...hehe...




 thanks for reading this entry..

 love,
farahshahidah

Comments

  1. ouh ad majlis pertauliahan rupanya...kawan kiter pun ad pergi situ sbb abang terlibat..hehe..salam perkenalan

    ReplyDelete
  2. UPNM..butik dan unik :) kehidupan universiti yg lain dr yg lain..

    ReplyDelete
  3. bestnye u nie....but cam ne nk apply msuk??

    ReplyDelete
  4. Boleh apply same cam u lain .. Kalau scroll down kat senarai pilihan u tu, akan ada upnm..

    ReplyDelete
  5. UPNM universiti penat nak mampus..., ditadbir secara ketenteraan oleh pegawai2 tentera yg meletakkan otak mereka di lutut... Sesiapa yg bercadang nak apply, siasat dulu dari pelbagai sumber...

    ReplyDelete
  6. Kamon la brada..kau banyak lost ni.sebab tuu kau ckap macam tuu..aku tengok budak2 kadet member2 aku rilek je..banyak secure kau ni.kurang kena taji ni.sr kau tak ajar ni.hahah

    ReplyDelete
  7. mana ada penat nak mampus pun?? ok je.. enjoykan diri dlm sesuatu institusi,ikhlaskan diri..mana ada yg perfect dlm dunia ni..sentiasa positif beb..actually UPNM ni universiti penuh nikmat dan mahabbah, bkn universiti penat nak mampus..aq bangga kot belajar kat situ..

    ReplyDelete
  8. sy pun bangga walaupun upnm x lg femes mcm mane um bagai..tp kite berbeza..kehidupan kite lain dr u yg lain...kemudahan pun sng..everything pun ad..:)

    ReplyDelete
  9. Kalau rabun power 200 lebih boleh masuk tak kalau nak jadi pegawai kadet ? Sbb nak sgt jadi pegawai kadet ni ..

    ReplyDelete

Post a Comment

Comment please =D Thank you ^^

Popular Posts