Blog Farah Shahidah: April 2017

shushivid

14 April 2017

Hampir kena tipu dengan buyer oversea

Assalamualaikum and hai ! =)

Mungkin post ini lebih menjurus kepada online seller sekarang. I nak share one bad experience hampir kena tipu dengan buyers yang actually bukan lah buyer pun. tapi acah2 interested dengan produk kita. LOL. Luckily, ada google, and ada jugak blogger lain yang figure out pasal ni. tu yang suka pasal blog ni. You can share everything benda yang you experience, at least can tell others too.

Okay, as my previous post, I berniaga Basic Skirt. normally I advertise dekat my page sahaja and Instashop. just dua tu je medium niaga yang I gunakan. Standard nak kembang kan lagi sale, I godek2 la apa medium lain yang boleh buat sale. So I found out, website lain macam Carousell and Shopee.my pun boleh jual. Sesaje advertise kat situ nak tengok boleh market tak. Then malam tu I start post, pagi subuh tu I've got one message from someone yang acah2 buyer ni dekat Carousell.

memang dekat Couresell boleh chat dengan buyer. So bila that person tu tinggalkan number phone suruh I pm dia, I pun terus la direct WA dia. Okay then dia dok speaking bagai la dengan I. tanya color apa ada. nak tengok size semua. So I layan macam customer lain jugak. Tup tup terus dia berminat nak 4 skirt terus. WOW. macam dah suspect something. biasanya customer yang I layan punya la cerewet nak decide beli skirt, tapi ni sekali beli trus jadi.

I macam bersyukur la jugak walau dalam masa yang sama ada rasa tak berapa nak yakin. Siap cakap dekat husband, ada orang nak beli 4 terus !macam rasa dia bukan orang local walaupun dia bagi nama melayu and tanya boleh send to Perak tak.After bagi payment method semua, I cakap after transfer let me know ya.Esok nya takada pulak dia sent. Then one time tu, I sendiri message dia, Are you make the payment already? Dia kan will transfer in the morning. then finally dia message la pagi maka bermula drama swasta dia.

I capture this message je la eh. panjang sangat.

lepas I check email.ada  dapat email from Barclays

Tapi seriously I mula pelik bila dia kata Bank Barclay tu tak boleh transfer minima amount yang I suruh. So untuk transfer, I yang kena transfer kat dia RM700, baru boleh dapat jumlah penuh termasuk harga barang tu,LOL. Siap ada sent something dekat email. I check Maybank, memang tak ada amount masuk. Bukak email ada message from Barclays.


I pun acah-acah percaya la. I tanya owh thats mean I should transfer first the balance ya?Then dia reply yes dia gerenti after I transfer 700 tu, dalam 5 seconds akan dapat duit I balik, Apak penipu gila ! Dah tak sedap hati, I google terus pasal transfer duit ke barclay . Then memang ada jumpa post pasal orang kena tipu dengan orang oversea ni. Mereka ni akan cari seller2 dekat mudah.my, couresell macam2 website yang jual barang-barang wholesale ni la. Nyamar konon interested dengan produk kita, pastu suruh post kat satu negeri tu. pastu bila bab payment mula la drama.konon dia kat oversea so ada problem nak transfer payment.Jahat betul perangai.

Dia ingat orang Malaysia bodoh macam dia sangka gaknya, Siapa pulak nak berniaga, nak suruh customer bayar, tapi kita pulak kena dulukan duit dulu. LOL. ada yang nak percaya ke? Kalau kita transfer jugak ikut apa yang dia kata tu., duit pun lesap, and silap2 dia boleh access freely ke akaun kita. Then I reply, I cant do that. pastu siap dia kasi message daripada bank kengkonon kalau I tak buat benda tu, akaun I kena blocked and akan dikenakan tindakan. LOL. ape jadahnya. Geram pulak !


Yang tak tahan siap guna nama Allah Almighty lagi. I swear never lie to you. bla..blaa..Siap nak bagi IC dia semua untuk urusan dengan bank kalau I tak percaya.LOLOL.lagi tak pandai nak menipu, Aritu kata nama dia Norshida Binti Mohd Yasin. Tapi sekali kantoi tukar gambar dp whatsapp, gambar lelaki penyangak oversea mana tah. Lepas tu terus I tak reply. and last word cuma dia tanya Are you there? Rasa nak hamun je dia. tapi I terus blocked. Ish memang betul dalam berniaga akan rasa macam-macam pengalaman.

So siapa penah experience macam ni just let me know dekat komen. As my research before ni, sebelum ni ada yang guna ada Scotia Bank la. pastu orang Nigeria yang banyak tipu. pastu website yang selalu kena mudah.my. yang terbaru ni carousell pulak.Kalau boleh jangan la ada lurus bendul pegi transfer dulu duit kat dia dengan harapan dapat balik duit tu dengan duit jual barang sekali. Silap-silap duit dalam bank semua lesap. Kalau ada orang yang mencurigakan make sure serang hendap dulu. tengokkan dulu permainan dia. Macam mangkuk ni pun I buat2 tunjuk macam I dok percaya dekat dia. padahal nak tengok apa lagi dia nak drama dekat kita. Walaupun ada unsur ugutan kengkonon I buat tak tau je. dia tak boleh buat apa pun.

So tergendala la plan nak try market dekat website lain. Biar lah I guna FB ads dengan IG je setakat ni. haha.more trusted InsyaAllah.So please LIKE ENCHANTED BY FS and FOLLOW INSTAGRAM FLOWYBASICSKIRT ya ! thank you. =)






08 April 2017

#sayajualskirt : Katalog Satin Basic Skirt Enchanted by FS

Assalamualaikum and Hi !
'
Last time ada bagi teaser my first skirt release ever ! Daripada jadi habit pakai skirt, cakap-cakap kosong saja, tetiba jadi je plan nak buat skirt sendiri. Alhamdulilah, even ada delay to release, secara suka-suka, finally dapat juga siap kan. All is tailor made. I start with basic first sebab for me, macam mana pun orang tetap cari yang basic bottom. Boleh match dengan macam2 blouse or baju.


Untuk kali ni ada 9 COLOR menarik ya !
Semua color yang tak ada masalah nak match. nama pun basic kan? ehee. So boleh refer katalog kat bawah.
 ALL SKIRT PRICE RM 59 ONLY

#FlowyCutBasicSkirt

**Material jenis Dull Satin, 
**Ada zip dibahagiaN tepi
**FREE SIZE (Fit S-M). Sila refer table di bawah.
**TAK JARANG, TAK PANAS
**Ada 5 color . Sila refer gaambar
Olive Green
Dark Brown


Teal Blue

Tangerine

Rose Brown


SAIZ DETAILING 

#BasicSkirtACut
**Material jenis Italian Satin
**Ada dua saiz (Fit S-M) / (Fit L-XL) -Sila refer table dibawah
**Pinggang half getah. No zip
** TAK JARANG, TAK PANAS
**Ada 4 color-sila refer gambar

Dusty Pink

Orange

Black

Emerald Green

SIZE DETAILING

I sell and I wear it. so those yang nak tambah koleksi wardrobe selain daripada pakai seluar jeans, palazo RM59 SAHAJA ke, boleh la cuci mata tengok skirt2 yang ada ni. hee. Di ulang, harga cuma TERMASUK POS ya ! Kalau awak cari dekat butik or memana kedai pun lebih kurang je macam harga ni.

To all buyers, boleh share OOTD awak-awak pakai Basic Skirt and those who lucky ada some giveaway daripada kiter ! heheh..

Lepas ni boleh LIKE PAGE EnchantedbyFS OR FOLLOW IG Enchantedbyfs or DIRECT CLICK LINK WHATSAPP ni http://www.wasap.my/60132916016 FOR FAST RESPONSE  DEAR.

Do put any comment ya ! And please share to your friends, family, etc. thank you =)

Thanks for reading this entry.


03 April 2017

#sayajualskirt : Satin Basic Skirt by EnchantedbyFS

Assalamualaikum and hai !

Dulu, zaman bebudak baru nak up memang keluar pergi mana berseluar jeans. Lebih mudah..match aje dengan tshirt lengan panjang tak pun lengan pendek tapi bercardigan. Teringat jugak masa tu I suka sangat pakai dress bertali kat bahu ala2 amoi tu,then pakai dengan cardigan. Masa tu tengah in jugak. haha.Lol.

Makin lama makin mula nak berisi dek faktor umur meningkat mungkin. Selera, hormon berubah mana tak nya. So, pemakaian jeans, or any seluar bukan pemilihan utama dah. Kena cari alternatif lain. Mungkin tak pada orang lain tapi diri sendiri tak yakin nak keluar pakai seluar. Heh.

Sampai la satu tahap, mula rasa selesa pakai kain di lawankan dengan tshirt or blouse. Seingat dulu belum trend pakai skirt sangat so, nak jumpa skirt2 or kain labuh yang cantik tu jarang la. Kalau ada mahal nau. Tapi kalau cari bebetul banyak je skirt murah2. Lama2 daripada ada satu skirt, bertambah2 koleksi skirt. Seluar jeans yang ada terus dipandang sepi gitu. Walau pun tak banyak mana pun skirt, tapi mula nampak kekerapan pakai skirt makin hari.

Masa tu I rasa pakai skirt adalah lebih selamat. Boleh cover badan. Rasanya la. haha. So berterusan la sampai habis universiti, musim kerja, tunang, and sampai dah kahwin pun sekarang ni, Cuma ada seluar tidur, track-suit pun nasib-nasib la ada tu pun masa tengah layan gym before ni. memang dah stop beli seluar. Perasan jugak bila kemas-kemas almari terjumpa seluar jean tak pernah pakai, tak sempat potong lagi. Rezeki siapa la ni. heheh.

Masa time kerja pun pakaian rasmi adalah seluar, tapi boleh slumber pakai skirt. Punya tak nak pakai seluar kan.

So, lama2 I rasa skirt ni dah macam trademark diri dah. Rasa seronok pulak kalau shopping dapat cari skirt cantik. tapi tu lah biasanya range skirt mahal-mahal. Skirt je pun belum masuk baju. Jumpa murah-murah memang banyak, tapi kualiti kain pulak out ! Ada tu jarang, ketat, kain jenis strechable ikut bentuk badan. Susah jugak nak jumpa yang berkenan kat hati. 

Then, I dapat satu ilham untuk buat skirt sendiri. Berangan sangat ada koleksi skirt sendiri macam-macam color. heh. Macam mana rupa skirt yang kita nak tu boleh dapat dan share dengan orang lain jugak. Mungkin nampak macam tak yakin nak buat, tapi hakikatnya I plan and berangan nak buat benda ni daripada habis belajar lagi. Orang kata kena modal yang besar, Eh tak semestinya. Silap I tak yakin buat sorang-sorang masa tu.

Benda tu jadi bertangguh sampai la kahwin, and preggy. I cerita kan hasrat ni nak dekat husband. Berbekalkan modal simpanan sendiri sikit, Daripada habis macam tu baik invest, plus husband topup sikit, nekadkan diri untuk release my first Basic Skirt ! Pelbagai rintangan hampir makan bulan jugak nak release. Tambah dengan masalah dekat production, nak siapkan pelbagai procedure lagi. tambah dengan tengah mak buyung lagi. Tapi ramai kata rezeki anak. InsyaAllah =)

Nampak macam syok sendiri je kan? tapi percaya dengan rezeki Allah, disamping berkongsi minat dengan orang lain. Memang tak semua suka nak pakai skirt. Ada yang rasa macam bajet-bajet cun je. macam ladies benor pakai skirt. Ada cakap yang jenis jalan bersepah ni boleh ke pakai skirt. memang nak puaskan hati semua orang tak mudah. tapi percaya disebalik suara-suara tu ramai je lagi yang ada minat yang sama macam kita pakai skirt. 

I choose skirt sebab lebih sopan nak gayakan. Macam selamat je pakai, kalau boleh material biar tak panas, and tak jarang. Untuk itu, I release 9 color cantik2 dan senang nak match untuk kali ni. Later, I will publish the list of skirt in next post ya !
#FlowyCutBasicSkirt

#BasicSkirtACut
For more info OR nak try cuci mata boleh LIKE FB Enchantedbyfs atau FOLLOW INSTAGRAM EnchantedbyFS

Apa yang best for offer kali ni :-

>>>Harga RM59.00 SAHAJA TERMASUK POS.
>>> Setiap pembelian, akan dapat additional 15% OFF untuk next pembelian
>>>Boleh SHARE gambar OOTD dan menang giveaway untuk pembeli bertuah.

Do support me ya, boleh la beri komen-komen yang bernas atau any idea untuk perbaiki my first release kali ni. I do accept any comments dengan hati yang sangat terbuka ! Seriously!

Thank you for reading this entry !




Diari Hamil : Consume supplemen apa masa first and second trimester?

Assalamualaikum and Hi

siapa belum join Segmen Bloglist masih boleh join lagi since kita extend sampai pertengahan bulan April. Sila klik SINI

To anak umi,

Masa ni, ramai kengkawan, family umi pesan macam2 dekat umi..banyak betul tips yang diperturunkan memandangkan mereka semua da berpengalaman. Ramai jugak kawan2 umi dah jadi ibu dah pun. Bila banyak sangat tips tak terikut semua pulak.

Memula memang blur apa patut buat, apa patut makan. Lol. Dah umi jauh daripada keluarga. Survive sendiri kat JB. Nak tau pape just google. Ada tu tau daripada kengkawan rapat. Fizah, pijot, murni.. Banyak la share.

Masa first trimester, umi cuma makan supplemen yang klinik kesihatan bagi je.. Asid Folic. Before kahwin lagi memang dah makan acid folic. Elak minum kafein. Try minum susu kambing sebab memang sangat bagus untuk ibu mengandung. Tapi sayangnya umi ni fail sikit bab minum susu.Lol. Abi dah beli dua botol susu tapi terbuang basi macam tu je. Sigh! Yang lain cuma makan supplemen untuk kuatkan rahim yang doc swasta suggestkan. Sebab memula tu macam ada rasa sakit2 sikit kat kiri and kanan perut.

Second trimester was so legaaa.. Umi rasa lebih sihat bertenaga then before. No more lembik2. Supplemen pun dah bertambah. Selain acid folic dah kena makan dengan B-complex, vitamin C dan zinc. Mulanya Hb umi cantik je. Tapi tetiba jatuh pulak. So doc suggestkan umi makan zinc tu tambahkan lagi jadi dua biji.

Zinc untuk tambah darah. Selain tu boleh makan benda yg tambah darah like kerang, jambu batu and etc. Adakala bila abi balik kerja, he bought me jambu batu untuk buat kudap2. Doc sarankan makan buah  jambu tu jangan dibuang kulitnya. Selain itu, umi ada consume ESP Shaklee jugak. Dulu2 penah consume untuk jaga kulit. And now berminat nak consume balik semuanya untuk anak umi supaya kulit cantik. Hee.
Acid Folic, B-complex, Vitamin C dan Iron tablet
Disebabkan umi tak minum susu, I need to think another alternative untuk dapatkan sumber kalsium untuk awak. Umi ada tanya one of kawan umi, Nurul memandangkan dia ada farmasi. Umi mintak dia suggestkan pil kalsium apa yang ok. And now setiap hari umi akan telan pil kalsium tu buat ganti susu. Alhamdulilah cukup la nutrisi untuk awk setakat ni. Mungkin dah masuk third trimester dah lain pulak. Sebab umi kena la makan untuk minda awak. Umi baru nak order set shaklee. Agak mahal tapi lebih kurang dengan apa yang klinik kesihatan bagi. So umi terus proceed.

Ni je susu yang mampu lalu kat tekak.hee

One more thing, ada jugak umi amalkan makan coklat and kacang pistachio. Coklat mampu buat anak yang bakal lahir, seorang yang happy go lucky. Kacang pistachio untuk minda baby. InsyaAllah. Jus oren dan hot chocolate adalah favourite umi ketika ini. Hehh. Walaupun tak berapa digalakkan minum kafein ketika ini, umi cuba kurangkan tapi kekadang rasa nak mengopi sangat. So umi akam jarakkan masa makan supplement.


kacang pistachi atau orang panggil kacang cerdik

Umi cuba jaga makan, sebab apa yang umi makan, you'll get it. Masa first umi sangat tak berselera nak makan and now sangat suka makan. Umpama tolak batu dengan kayu. I really enjoy eating. Masa ni la boleh makan puas2. Lepas ni nak kena diet kaw2 dah. Hehheh. Sampai berat umi makan naik pada tahap yang paling umi tak pernah jangka. Phew.

InsyaAllah umi cuba lakukan yang terbaik untuk anak umi yang sorang ni. I really enjoy all moments mengandungkan awak. Setiap satu yang berlaku adalah pengalamn paling berharga umi dan abi. Membesar dengan sihat yaa :-)

Love you,
Anak umi abi.
Blog Farah Shahidah © . Designed by MaiGraphicDesign