Diari Hamil : Consume supplemen apa masa first and second trimester?

Assalamualaikum and Hi

siapa belum join Segmen Bloglist masih boleh join lagi since kita extend sampai pertengahan bulan April. Sila klik SINI

To anak umi,

Masa ni, ramai kengkawan, family umi pesan macam2 dekat umi..banyak betul tips yang diperturunkan memandangkan mereka semua da berpengalaman. Ramai jugak kawan2 umi dah jadi ibu dah pun. Bila banyak sangat tips tak terikut semua pulak.

Memula memang blur apa patut buat, apa patut makan. Lol. Dah umi jauh daripada keluarga. Survive sendiri kat JB. Nak tau pape just google. Ada tu tau daripada kengkawan rapat. Fizah, pijot, murni.. Banyak la share.

Masa first trimester, umi cuma makan supplemen yang klinik kesihatan bagi je.. Asid Folic. Before kahwin lagi memang dah makan acid folic. Elak minum kafein. Try minum susu kambing sebab memang sangat bagus untuk ibu mengandung. Tapi sayangnya umi ni fail sikit bab minum susu.Lol. Abi dah beli dua botol susu tapi terbuang basi macam tu je. Sigh! Yang lain cuma makan supplemen untuk kuatkan rahim yang doc swasta suggestkan. Sebab memula tu macam ada rasa sakit2 sikit kat kiri and kanan perut.

Second trimester was so legaaa.. Umi rasa lebih sihat bertenaga then before. No more lembik2. Supplemen pun dah bertambah. Selain acid folic dah kena makan dengan B-complex, vitamin C dan zinc. Mulanya Hb umi cantik je. Tapi tetiba jatuh pulak. So doc suggestkan umi makan zinc tu tambahkan lagi jadi dua biji.

Zinc untuk tambah darah. Selain tu boleh makan benda yg tambah darah like kerang, jambu batu and etc. Adakala bila abi balik kerja, he bought me jambu batu untuk buat kudap2. Doc sarankan makan buah  jambu tu jangan dibuang kulitnya. Selain itu, umi ada consume ESP Shaklee jugak. Dulu2 penah consume untuk jaga kulit. And now berminat nak consume balik semuanya untuk anak umi supaya kulit cantik. Hee.
Acid Folic, B-complex, Vitamin C dan Iron tablet
Disebabkan umi tak minum susu, I need to think another alternative untuk dapatkan sumber kalsium untuk awak. Umi ada tanya one of kawan umi, Nurul memandangkan dia ada farmasi. Umi mintak dia suggestkan pil kalsium apa yang ok. And now setiap hari umi akan telan pil kalsium tu buat ganti susu. Alhamdulilah cukup la nutrisi untuk awk setakat ni. Mungkin dah masuk third trimester dah lain pulak. Sebab umi kena la makan untuk minda awak. Umi baru nak order set shaklee. Agak mahal tapi lebih kurang dengan apa yang klinik kesihatan bagi. So umi terus proceed.

Ni je susu yang mampu lalu kat tekak.hee

One more thing, ada jugak umi amalkan makan coklat and kacang pistachio. Coklat mampu buat anak yang bakal lahir, seorang yang happy go lucky. Kacang pistachio untuk minda baby. InsyaAllah. Jus oren dan hot chocolate adalah favourite umi ketika ini. Hehh. Walaupun tak berapa digalakkan minum kafein ketika ini, umi cuba kurangkan tapi kekadang rasa nak mengopi sangat. So umi akam jarakkan masa makan supplement.


kacang pistachi atau orang panggil kacang cerdik

Umi cuba jaga makan, sebab apa yang umi makan, you'll get it. Masa first umi sangat tak berselera nak makan and now sangat suka makan. Umpama tolak batu dengan kayu. I really enjoy eating. Masa ni la boleh makan puas2. Lepas ni nak kena diet kaw2 dah. Hehheh. Sampai berat umi makan naik pada tahap yang paling umi tak pernah jangka. Phew.

InsyaAllah umi cuba lakukan yang terbaik untuk anak umi yang sorang ni. I really enjoy all moments mengandungkan awak. Setiap satu yang berlaku adalah pengalamn paling berharga umi dan abi. Membesar dengan sihat yaa :-)

Love you,
Anak umi abi.

Comments

Popular Posts