Blog Farah Shahidah: 2013

shushivid

02 November 2013

Tukar kelas B

Assalamualaikum

sangat rindu menaip dekat belog ni . target if dah masuk sem still nak try curik-curik masa update belog tapi hampeh belaka . sempat jengah tapi just blogwalking kadang-kadang . dah masuk pertengahan semester dah pun.. pheww.. Alhamdulillah ..nak kata busy bebenau tak ada la sepanjang masa busy. lol

okay apa nak cerita ya.. apa nak cerita ya..hmm gigit jari sekejap .hewhew..tak ada apa yang menarik sangat kot sepanjang this last semester. not for me but for them.haha.. becoz ada lagi satu sem untuk praktikal. yeay !

this sem, I masuk kelas baru. ha  dah kenapa? tak ada apa. tak pelik pun hewhew. hajat dihati tak mahu pun berpindah randah tukar kelas lain since dah sama-sama kelas dengan budak A almost 3 years lama gitueww.. walaupun nampak lama tapi keserasian tu belom 'in' overall tapi i love them all tahu? 3 tahun lebih tuuuu...sampai orang kata dah masak dengan perangai dak tu.. dah kenal dah baju dia pakai hari-hari pergi kelas, dah tau dah perfume dia bau apa,  dah tau dah dia kalau buat keje macamana . senang cerita 3 tahun lebih sudah cukup untuk buat kau rindu bila lepas ni tak jumpa dah. sobs

tapi it's normal bila mana plan yang kau buat hari ini, esok lusa kau berubah hati . and tak stick pun dengan apa yang pilihan yang kau buat. ya macam I yang pernah diajak oleh one of my bestfriend tukar kelas untuk sem 8 ni. punya lah tak mau. tapi tiba at that time, I punya pilihan sama ada mahu stick to pindah kelas or tak, tapi I tukar kelas jugak dengan alasan jadual clash. ya memang ada certain subjek clash and I malas fikir panjang nak urus itu ini, and plus dah terbiasa masuk macam-macam kelas sebelum ni, I tak kesah pun as long I rasa benda tu tak putuskan relation dengan kawan-kawan yang tersayang.ceh! haha

I mengaku I memang seorang yang pelik. pelik hape? pelik kerana selalu buat keputusan or benda yang pelik-pelik. haha. bunyi macam adventure sangat. I seorang yang tak mudah terpengaruh dengan ajakan orang actually. so normally satu keputusan yang I buat , I ikut kata hati I, walaupun dah dengar macam-macam punya nasihat bla bla semua.. I'll take it semua tu as view untuk buat decision tapi at last I akan ikut sedap hati bukan sebab si polan ni cakap bla bla, then I terus ikot dia ..bukan I. so masuk kelas lain ni decision yang I buat sendiri.

memang antara kawan-kawan I pertikaikan kenapa tukar kelas apa semua sampai penat explain pun ada rasa macam nak copy paste je. haha. okay je if I stick dengan kelas I, tapi I rasa I lagi berani keluar dari kepompong bila masuk other classes. haha. so untuk memudahkan I, and memudahkan orang lain pun tak pening, I decide masuk kelas B.

and thanx Allah everything runs smoothly, and satu I happy, bila jumpa budak kelas A, we all macam dah bertahun tak jumpa. mesti like excited panggil-panggil semua, kerumun I like retiss pulak . haha. soo sweet!hee. ada lagi yang tukar kelas not me only.hewhew

I tak jamin la pindah kelas, everything okay, wah konfem I score high final nanti ke apa, tak kesah lar mana kau duduk sekalipun kalau tak ada usaha tak ada lah hasilnya, tak salah kan environment masa I kelas A dulu. semua depend kat kita sendiri. and I percaya yang kelebihan I bukan bergantung atas paper quiz, test, or final semata. apa yang penting pengalaman how you interact with people, surrounding.. pengalaman facing with troubles, failure apa semua. hewhew

doakan perjalanan this last semester I pegang buku, buat nota, study apa semua ni berjalan dengan lancarnya dan always dipermudahkan. huu AMIN

12 September 2013

semester 8

Assalamualaikumm
my journey sepanjang berada di degree dah makin hampir nak sampai ke penamatnya...even aku ada lagi one semester untuk praktikal hujung sem nnti untuk melayak kan aku grad...yehuu..walaupun bukan on time tapi dah cukup happening dah rasa . yang penting tempoh pembelajaran kena jugak tamat this semester.  praktikal tu I dont care sebab suasana dah lain and you need to enter into real life actually .haha. bukan menghadap buku, buat nota, asgment , pergi kelas macam as usual..
okay. Alhamdulilah, bila diingat balik masa mula-mula belajar dekat degree, I was banyak kali terfikir, not me saja, most of them mesti rasa lamaaaaaa nyaa belajar. bila nak habis. since kos akaun tak macam kos lain yg bilangan semester nya 6 semester macam tu. tapi akaun 8 sem. kau hado?? like jenuh all the time. haha.
dalam pada asek fikir bila nak habis. pindah sini sana. masuk kelas itu ini. pejam celik . pejam celik. dah pun masuk sem 8. times running so fast and furiouss..haha.syukur Alhamdulilah even banyak pengalaman manis pahit kat degree ni. pahit yang banyak maybe. tapi I accept that biasa lah asam garam kehidupan. kau mesti hadapi perit/pahit/masam/kelat dulu sebelum masuk dunia realiti nanti.
sem 8 yang ku tunggu tunggu selama ni dah pun tiba. and I dont know how to mention my feeling.kahkah. excited ada lar sikit, berdebar pun ada. rindu yang membuak dekat kawan-kawan yang rapat.
more updates later about sem 8 lepas ni. hehehe. Insya Allah..doakan saya dipermudahkan segala urusan sepanjang sem 8 ni. and apa yang aku dapat sepnjang dah banyak sem aku tempuh ni, kekadang kita kena keluar daripada takuk yang lama, keluar daripada kempompong, berani cuba dan masa ni lah kena buat keputusan sendiri yang mana kau rasa betul, bukan zaman-zaman tunggu orang dah. yes pahit tu banyak mengajar aku kat degree ni.

07 September 2013

bunga telur in the making

Assalamualaikum

actually tak lama lagi one of my cousin yang agak rapat dengan aku from my mom's side nak kahwin !yeay . musim kahwin as usual . haha . dalam awal bulan 10 nanti wedding dia . okay. my cousin ni nama dia Siti Aisyah Hadaani . 21 y/o . and Alhamdulilah jodoh dia sampai awal . langkah bendol sikit dengan aku. poyo..hewhew

so mesti lah sekarang ni dah mula sibuk buat preparation apa yang patut . nak cerita yang unik sikit la, wedding my cousin ni dia nak buat style 'old school' sket. like our emak-emak and bapak-bapak kita kawen dulu . atas request ayah dia .

kalau perasan dulu-dulu zaman emak kita kawen mostly bunga telur semua buat sendiri, right?whoa kreatif and rajin jugak orang dulu nak banding sekarang yang just keluar duit beli yang dah siap . semua benda nak segera. macam- macam design / colour ada kat kedai . 

kalau dulu bunga telur orang buat untuk letak dekat pelamin / datang bertandang ke rumah lelaki and so on jugak untuk bagi  tetamu yang datang sebagai doorgift. tapi sekarang untuk doorgift / berkat orang just bagi kuih-kuih/ gula-gula or any manisan/ kerepek and etc. siap ada beg yang boleh tempah and banyak dah kedai-kedai sekarang ada sediakan service buat benda-benda ni semua .

tapi for my cousin's wedding nanti ayah dia request nak bagi doorgift bunga telur saja macam emak-emak kita kawen dulu-dulu . so mestilah bunga telur nak disediakan banyak sebanyak tetamu yang dijemput .wuu..so nak beli, rasa macam tak baloi, then ayahnya suggest buat sendiri like orang dulu-dulu buat beramai-ramai macam masa ayah dia kawen. hehh


masa ni lar nak melilit-lillit, menggunting segala , so just beli barang-barang, then apa guna ada sedara mara ramai kalau tak contribute kennss..heheh . so sesi membuat bunga telur beramai-ramai dah pun bermula .lebih kurang 2000 pcs nak buat ye. so buat yang simple- simple just tengok contoh bunga telur yang sedia ada. total beli barang-barang nak buat tak lar sampai lebih budget. so ada saving di situ.



lagi satu yang 'rare' sikit, macam dulu-dulu punya wedding jugak, untuk isi telur kita tak pakai net macam kebiasaan orang kawen sekarang, tapi pakai tampuk yang dibuat pakai kertas jepun . so telur nanti just gam dekat tampuk, ala-ala terung gituew..


ni pun tak sampai suku daripada 2000
haa..macam tampuk terung ni...
so I dont know whether sempat ke tidak nak siap kan. yepp, memang dah agak lambat sikit start buat benda-benda ni, patutnya dah kena mula awal-awal hari tu, but it's sokay, tangan ramai, Insya-Allah sempat. my cousin punya emak siap cakap, 'takpe  lar nanti kau kahwin, Aisyah pulak tolong kau 'hahaha, 

thanx for reading,
lotsoflove,
farahshahidah

05 September 2013

Spagetti Bolognaise cara saya

Assalamualaikum

Lama dah tak buat spagetti bolognaise . sebab dekat rumah ada yang tak suka sangat ada yang telan je. nak makan kena ada geng. hehh..Ada yang tanya 'eh kau buat spagetti macam mana eh' err segan pulak nak share setakat buat spagetti..err..tapi lain orang lain cara buatnya. yang ada orang tu letak ini yang orang tu letak itu. ada suka ini ada suka itu, selera manusia mana penah sama, right?

tapi cara aku buat spagetti biasa-biasa aja dong. simple as A,B,C..hehh. aku straight to the point .

bahan-bahan :

Spagetti San Remo (1 bungkus)

Prego Tomato ( 1 tin/botol)

3/4 bawang besar ( cincang dadu)

ayam/daging cincang (saya guna ayam cincang Ramly )

2/3 sudu cili boh (nak kasi pedas)

sedikit sos cili

garam secukup rasa

cara nak buatnya :

Pertama, rebus ayam cincang dalam periuk sampai  sekata. aku suka guna ayam rather than daging . siapa suka daging sila guna daging cincang. orang kata daging lagi sedap sebab berperisa. but aku kurengg sikit dengan daging . 


bila sudah rebus, angkat dan tos kan . lepas tu kasi hancur-hancur kan ayam tu. tak nak kasi kepal-kepal ya kawan-kawan .cehh. Air rebusan jangan buang. nak pakai lagi

sambil itu rebus spagetti dalam periuk lain yang di isi air .rebus la banyak mana pun. sampai mendidih kemudian letak garam secubit . rebus sampai betul lembut, tahu lembut?haa

next tumis bawang besar yang dah dicincang-cincang banyak-banyak tu dalam kuali yang dah isi minyak, dah dipanaskan pun.

bila naik bau, masuk kan cili boh sikit, kacau-kacau kejap lepas tu baru masuk prego satu tin tu. hang kacau lagi kacau lagi kacau . letak sos cili sikit . garam ikot rasa .


kacau lagi kacau lagi . berapa kali mau kacau da . baru lah letak ayam cincang yang dah siap hancurkan tu .then kasi gaul lagi gaul lagi sampai rata.

sudah sekata masuk air rebusan ayam cincang tadi , tak payah masuk semua pun tak apa. ikot suka hati nak banjir macam mana jangan jadi sampai kuah asam pedas sudah la. hehe. tak terlalu kering, tak basah sangat. betul tak aku cakap ni ye .

kacau . gaul .kacau lagi sampai mendidih . DONE ! boleh angkat




taraaaaaa ...........!!

jemput tengok =)

senang je kan. ni je cara mudah aku . Ada orang nak sedap letak meatball , cendawan butang, letak hirisan cheese sikit, macam-macam la. lain orang lain cara buatnya. depend tekak masing-masing .heheh. Selamat mencuba. Korang suka letak apa?

thanx for reading,
lotsoflove
farahshahidah

27 August 2013

Dilemma

Assalamualaikum

Yes, aku dalam dilema . one thing yang aku paling tak suka bila mana kena memilih antara satu . kena take time untuk buat keputusan yang tepat dalam hidup. dalam masa yang sama ada perangai berbelah bagi , kata orang atas pagar tak tahu nak terjun belah mana . mana yang harus dipilih A ke B ke. nak dengar cakap siapa. ha macam gini la benda yang aku kurang gemau kata orang melaka. heh

benar aku mengaku . Aku jenis yang ada kelemahan sukar membuat keputusan. ya ku akui . bukan kata aku cerewet tapi masalah yang mana memang susah nak tentukan apa yang patut nak dipilih apa yang patut dilepaskan. rasa buruk betul perangai ini

memang kata orang, berhati-hati kalau nak buat keputusan. tapi kalau dah sampai amik masa lama terpisat-pisat/bertapi-tapi lagi/nanti dulu/ eh  tengok dulu la macam mana/ eh em entah la / kau rasa macam mana.. tak ke memberatkan kepala sendiri tu. 

Alangkah bahagianya bila diri ini senang sekali buat keputusan  tak payah refer terlalu banyak. buat isthiharah bagai. tanya sini tanya sana. end up keputusan yang dipilih itu tepat sekali yeay dan berbaloi-baloi rasa diri ini bila buat keputusan yang kau rasa tepat. tidak gitu?

okey . aku cuba mengenalpasti kenapa aku ni bila berhadapan dengan something yang harus dipilih/dibuat menjadi masalah bagi aku..haish. setelah diamati/diteliti yapp semestinya aku tak nak apa yang aku pilih tu salah dan buat aku menyesal dikemudian hari, eh perlu ke sampai menyesal?eheh. lepas tu mula la rasa sepatutny aku tak patut pilih ni..bla bla..rasa geram dengan diri sendiri pun ada kadangkalanya la. tapi perangai serupa ini kena dinyahkan dalam hidup aku. kalau tak sampai bila-bila tak reti nak buat keputusan. dush ! Baik. Take note .

Oh ya tidak lama lagi aku sudah kena cari tempat untuk berinternship. sebelum cuti semester hari tu aku mula sudah usha/riki baik punya tempat yang okay untuk intern . still on survey . Tapi yang buat aku dilema ni la . nak buat Account ke Audit ke apa ke apa ke..apa ke hal? err.. >_<

aku banyak buat referring jugak bukan tak buat . aku saja-saja usha/ menempel-nempel nak tahu pengalaman orang yang dah pergi intern apakah bagus tempat dorang tu. dengar cerita yang okay, okay la kan. yang stress kena hamon, kena baling fail , menangis-nangis. eh sengaja nak phsyco aku ke apa ni. eehhe. sini pesan weh jangan amik audit weh sana pesan baik amik audit belajar banyak.

And suddenly I was like urghh?! penyakit kelemahan tak tahu nak buat keputusan dah mula datang balik. Serious takut andai pilihan yang dibuat will end up with something yang tak boleh blah. Mana satu nak dengar ni . Apakah ni?hehh. I admitt yang depend on tempat la kan actually. tak semesti sini okay then company sana pun okay dan begitu sebaliknya


seriously I serik terlalu mendengar pandangan orang tanpa mencubanya dulu . eh tetiba ber'I' pulak. hehh. aku pernah mengalami penyakit dilema serupa ini agak teruk ya kawan-kawan masa nak pilih tempat belajar mana yang bagus lepas SPM dulu dek terkilan tak dapat pergi Matrik . Sobs. masuk Uitm . Pergi penerapan ke Degree and at last dah sampai pun kat degree. tak pernah terlintas menyesal tapi ada sedikit berbaur persoalan apakah ada hikmah disebalik pilihan yang aku buat ni actually. hmm. ayat begitu skema sedikit ya.

Jadi dalam masa yang still ada lagi ni, aku hope aku tak buat keputusan terburu-buru and terlalu fikirkan segala nya perlu perfect saja . i mean standard la kan kadang kala tak semestinya pengalaman yang seseorang tu rasa pahit, kita pun akan rasa pahit jugak.

tapi aku ni yang punya perangai walau dah pun tahu akan ada  risikonya nanti tapi aku still nak mencuba . bukan sebab aku degil tak dengar kata tapi aku mengikut kata hati. tapi memang benar tak semua kata hati kita adalah betul and tak semua pandangan orang tu betul, yapp i admit it !

but then aku serahkan pada Allah, only Allah knows the right track for me. apa yang jadi or bakal jadi pun semua Allah dah aturkan . just aku yang kena bijak atur my own strategi . satu yang aku harap, segalanya dipermudahkan bila aku chow dari Uitm nanti. segala pahit jerih tu adalah my starter for success In syaa Allah =) wuu ayat.

26 August 2013

A day with London Weight Management

Assalamualaikum

sepanjang my life , untuk turun berat badan aku belum pernah lagi buat apa-apa treatment yang zaman sekarang sudah canggih pakai machine , just baring-baring, lepas tu ada orang urut-urut lepas tu eh da turun dah berat badan. dapat lagi shape badan dah jadi slim yang mana idaman semua aweks-aweks kat luar sana termasuk aku. hehh.cuma yang diperlukan  adalah money..yeah kata money is everything kan..LOL

Baik .hari tu aku dapat London Weight Management punya free treatment. tak sure apa yang menyebabkan aku dapat. aku rasa before ni aku ada jawab survey pasal one of shopping website ni. then ada lucky draw la apa entah . then ada lar dapat benefits dia. diskaun ini la diskaun itu la. and antaranya dapat free treatment LWM

so dua hari lepas pihak LWM ada call aku tanya bila boleh buat appointment. katanya untuk buat treatment 3 jam dengan aku. so aku tak sure bila boleh datang. then dia decide esoknya dia akan call aku balik. After confirmed, jadi la appointment aku dengan LWM hari senin pukul 11..

jadi aku yang mula start dengan banyak persoalan ni mula lah terfikir wah bagus benar kasi aku free treatment. nothing is for free lar kan..mesti ada rencana seterusnya nak promote baik punya dengan aku..jadi nak puaskan hati aku pun buat research, ceh kemain research lagi, google apa semua, and finally agak ramai blogger and orang yang dah penah buat free treatment dekat LWM.

so aku pun dok baca testimoni diorang, bagus jugak blogger-blogger ni cerita full detail tentang pengalaman diorang pegi LWM. ini sangat membantu okeh. that's why I love blogging so much. you shared Eveeeryyythinggg..heh. at least i'm ready before nak buat sesuatu benda ni kan..sebab kadang-kadang pengalaman / testimoni seseorang yang pernah guna / rasai tu lagi berharga and sangat diperlukan actually..ceh

semua testimoni / entry aku baca . and apa yang diorang tu cakap/ ceritakan semua betul. aku saja je nak pergi. heh..benda free, just bak kata blogger lain, kuatkan mental and fizikal je ..haha.
jadi tepat pukul 11 aku sampai dekat LWM Mahkota Parade.


sampai je disambut amoi-amoi yang super hawt and slim gituew. ramah sungguh sambut aku .lepas tunjuk IC amoi tu suruh aku tunggu sampai dorang panggil








tengah tunggu
dalam 5 minit macam tu baru lar sorang konsultan ni namanya Angie panggil aku untuk pergi timbang berat badan and ukur ketinggian. lama benar tak timbang. haha..aku ni bukan lar kategori gemuk lagi actually. tapi kalau tak jaga memang boleh ke gemuk pun. plus ketinggian tak cukup inci ni mana nak balance kalau berat naik mendadak kenss.. 

bilik konsultan
then after timbang semua, Angie ajak masuk bilik konsultan, apa lagi mahu explain more detail pasal apa punca / masalah yang aku hadapi . dia terang pasal package yang ada. then bila tahu aku student, dia kasi aku student package pulak. still beriban lagi and last dia suruh aku join membership, RM 500.. wuu, Angie cakap ukur lilit pinggang aku tak ada masalah tapi masalah bawah aku, you know what I meant like buah pear tahu?

Aku suka the way Angie terang kan kat aku sebab dia tak push-push like most konsultan lain yang aku baca kat testimoni orang lain. masa dia promote membership card tu aku dah macam goyang sikit, dek kerana sifat aku susah/ berat sikit nak cakap tak/ or nak menolak. ish. tapi pheww I berjaya tolak perlahan-lahan. Then Angie kasi offer ada satu fluid RM150 untuk pecah lemak bahagian bawah khas untuk orang yang ada masalah macam aku, masa tu iman dah tak berapa nak kuat, aku macam KIV dulu. hmm

tengah konsultan
 Angie banyak lar terang kat aku pasal apa sebab metabolisme kita rendah, tanya pasal macam mana pola pemakanan kita, etc, and lepas tu dalam bilik tu jugak, dia suruh bukak baju apa semua, just tinggal dalam-dalam (maaf entry agak censored) sebab dia nak identify betul-betul pe masalah badan kita. sebelum Angie explain dekat aku, dia siap mintak maaf dulu kalau aku terasa nanti, heh, aku kata okay je. dia dia explain la apa semua which is bagus sebenarnya kita kena tahu weh.

then suruh pakai baju balik, sambung explain lagi apa rawatan yang patut aku ambil, and berapa harga nya. lagi sekali aku goyang sikit iman. aku cakap terang-terang kat dia aku tak ada income, then dia bagi idea itu ini. last dia suruh aku guna duit simpanan. begitu clever Angie cari penyelesaian. heh. kau cakap alasan apa pun, Angie ada je suggest.

ruang nak ke bilik rawatan
 lepas tu ada amoi lain pulak panggil masuk bilik rawatan, sorry tak sempat berkenalan pulak dengan amoi lagi sorang tu. dia suruh pi tukar baju just pakai towel then start lar dengan rawatan :


  • mandi wap
aku diberi tuala kecil, then duduk dalam satu bilik wap . kasi panas badan. lebih kurang 15 minit macam tu aku duduk kejap bersila kejap begini begitu.
  • Hot blanket
dia sapu scrub satu badan, then dia balut badan aku dengan plastik, lepas tu dengan ada satu blanket khas, then dia selimutkan aku like nak suruh tidur hari sudah malam. haha. amoi tu suruh rilex dalam 20 minit. masa ni syok sikit sebab rasa macam nak tidur pun ada. rasa badan dah panas-panas. after 20 minit tu, amoi tu datang bukak blanket, and aku tengok kemain banyak air bertakung atas plastik yang balut badan aku tu. pehh.apa lagi peluh aku la tu kot.

  • machine treatment
lepas pergi mandi bersih kan badan dek habis singkirkan segala peluh tu, siap syampu, conditioner then guna pengering rambut lagi, amoi tu suruh masuk ada satu bilik tu then dia ambil ukur lilit pinggang, breast, lengan, peha, pinggul. then dia sapu ubat fluid yang Angie promote kat aku tu yang harga RM 150 tu. biasa orang lain tak di sapu pun, tapi Angie baik bagi aku, then baru lar lekatkan pelekat vibrate kat tempat yang bermasalah. lebih kurang 20 minit jugak, rasa vibrate kaw-kaw punya. macam nak kejang-kejang pun ada rasa.haha.



tu machine vibrate
 lepas settle semua treatment, amoi tu ukur balik nak tengok hasil lepas treatment, and memang ada perubahan..hehh, pergi timbang berat, turun 1 kilo . boleh tahan.hehe.. tapi sepanjang treatment, amoi tu ada la bebel sikit. mentang free treatment dia tanya itu ini. siap tanya aku ada boyfriend ke tak. motif?nak cakap kalau badan tak slim macam mana nak ada boyfriend la tu. hehh

tukar baju nak balik dah
Amoi tu macam tak ada la push-push aku suruh teruskan treatment ni, tapi aku ni nak menyedapkan hati so aku pun ambil la satu cream fluid ni sebab ada promotion 79% off. so harga dia RM 28 je. haha. then dapat satu free gift ada 3 barang comel dalam 1 beg merah.. hewhew


free gift
so aku keluar from LWM tu dengan senyuman kelegaan rasa macam I berjaya melawan ajakan/ pengaruh-pengaruh/ pujuk rayu apa semua. aku tak kata LWM ni tak bagus. bagus actually untuk turun berat badan dengan cepat plus dia bantu kita settlekan masalah yang kritikal macam selulit, body bentuk pear, gemuk air semua. tapi if you ada modal beriban tak sabar nak tunggu result dengan cepat. sila kan pergi.. but for me, daripada habis beriban, baik diet cara sihat. tanpa ada orang asing komen  / tengok  figure badan korang setiap sudut semua. huh. harap maklum


23 August 2013

Nuffnang FoodFest 2013

Assalamualaikum 

semalam, eh bila entah dalam dua tiga hari if I'm not mistaken (hesh..! baru berapa hari sudah lupa) aku buka email . wahh! sekarang rajin sungguh bukak email .hee..bukak-bukak suddenly I got one email from Nuffnang .yeahh Nuffnang buat event baru ya kamu-kamu semua..called Nuffnang Food Fest 2013.

klik untuk lebih besar
All bloggers yang di invited should RSVP first sama ada nak pergi / tidak.

Jadi , ada tak blogger sekalian yang cantik/ manis kacak bergaya sekalian dapat jugak invitation serupa ini ?. sila check email korang ya :) . aku pun dalam berkira-kira nak pergi ke tidak. suka benar main kira-kira aku ni.

for more information details boleh pergi jalan-jalan tengok laman web http://www.nnfoodfest.com/

Do comment ya =) nak tau jugak siapa nak pergi siapa dapat email .ehee !

thanx for reading
lotsoflove
farahshahidah


my cat named LONA

Assalamualaikum

Previous entry pernah aku cerita kan pasal si Lona yang aku sayaaangi mushuk-musyuk anje anje oh my kucing..yapp satu-satunya kucing yang aku ada/bela sampai ke hari ini..bukan kucing siam/persian or apa-apa kacukan tapi kucing biasa yang mana orang biasa panggil kucing kampung walaupun tak pernah tinggal dekat kampung.ehhe..


my name is Lona . bukan Luna Maya juga bukan Luna Latisya dalam Filem Cun. I'm Lona The Cat. hehh. welcome to my story

sekarang Lona sudah besar sudah beranak dua kali kejap gemuk kejap kurus eh sekarang sudah gemuk balik tak tahu kenapa. tapi Alhamdulilah Luna sentiasa sihat wal afiat tidak pernah demam/selsema mahupun batuk-batuk. erk?! ni lah sebab kenapa aku suka bela kucing biasa daripada kucing yang berbulu-bulu lebat itu. kacuk sini sana tapi sayang seribu kali sayang tidak seaktif kucing biasa..hmm

kami semua satu rumah dah sayang bebeno dengan Lona . Emak yang pada mula bukan penggemar kucing tegar macam aku pun sikit-sikit kasi jugak chance bela kucing tapi dengan syarat dia tak amek port perihal kucing .sendiri bela sendiri urus. cuma emak bagi duit beli makanan kucing/ sponsor sekilo ikan kembung/peda untuk santapan harian Lona. Hati mulai lembut ketika itu. Tapi sekarang emak sudah sayang sama Lona tapi buat-buat tak nak tunjuk, cehh padahal :P

tiba-tiba rasa telinga ku tegang semacam. geli geman dah kenapa


begitu jugak dengan ayah. lagi langsung tak amik port pasal Lona. Tapi lama-lama hati lembut layan jugak kerenah Lona . shoo shuweett. and baru-baru ni ayah untuk pertama kalinya jerit nama Lona dengan tidak semena-menanya bila nampak Lona begitu khusyuk kejar anak ayam siapa entah. satu anjakan paradigma disitu. bermakna Lona sudah diterima sepenuhnya dalam family aku ..haha

pernah adik aku yang second dah berapa kali plan nak bawak balik kucing siam tapi tetiba aku macam tak sampai hati biar Lona rasa seperti di dua kan..ceh..ayat !Dia kucing biasa terpaksa kongsi kasih dengan kucing yang lain yang ada kacuk-kacuk pulak tu..begitu sekali imaginasi aku..ish3

apo pandang-pandang? ekau hado?

Lona pembersih..serious pembersih. tak pernah pulak jumpa kucing pembersih macam dia ni. heh. tak payah mandi dia bersihkan diri sendiri. tak main kotor punya kucing. kerana dia pembersih jugak lar dah meyakinkan mak aku nak bela dia. dekat kepala dia ada tanda smile macam ini :) .kaki sebelah putih sebelah tidak . senang kalau hilang ada petanda dah.

Lona tak buat apa-apa kalau kita warn kat dia jangan buat itu ini..dengar kata ini Lona. if ikan depan mata dia takkan ambil without permission kalau dia lapar macam mana pun. oh jujur sungguh Lona. tak suka dipeluk lama-lama. selalu kejut aku subuh. baik kan Lona. jadi bodyguard dekat dapur like standing berjam-jam gitu tengok kalau ada encik tikus masuk dapur. Ada Lona aman betul rumah. sangat takut dekat adik aku yang last Tasya yang 6 tahun tu. Tasya dah macam budak pengganas dalam cerita Finding Nemo tu kalau siapa-siapa ada perasan..haha

tengok ni I kena cium you tau

cukup la Lona je kucing yang aku ada. tak mahu cari peganti actually. wah !dah macam jadi apart of our family pulak dah kan. bak kata adik aku 'nanti ambil gambar family letak Lona sekali anak angkat emak ni'..haha. anak Lona tah mana hilang diambil orang. sekarang Lona macam merajuk tak nak beranak dah aku rasa. ke husband dah lari?tak terbayang one day nanti kehilangan dia. kena nyanyi lagu Firman- Kehilangan la nampaknya.

thanx for reading
lotsoflove
farahshahidah

21 August 2013

workout dalam rumah

Assalamualaikum

nak dapat badan sihat kena work out..nak turun berat badan pun kena work out...nak maintain body kena work out..nak amalkan kehidupan sihat pun kena work out...senang cerita badan kena keluar peluh..tak keluar peluh tak sihat..nampak tak tu.


aku suka jogging actually..tapi si budak pemalu kununnya ini yang mana segan orang nampak 'weird' bila jog keliling taman perumahan gara-gara trend orang dekat sini memang susah nak nampak pergi jog..macam mana nak hidup gaya sihat kalau ada seribu orang macam aku.haish !

Baik . Dekat rumah sewa rajin je pergi jog tapi mesti nak ada kaki..kaki apa? geng untuk pergi jog sekali..bila ada geng tiap hari pergi jog setiap petang pun tak apa..apa ada hal..tapi bila tak ada kaki..tak berjalan la aku..dah kenapa tak pergi sorang je..ha itu la masalahnya ! itu kalau dekat rumah sewa

Jadi dek kerana almost sehari suntuk duduk di rumah dalam berkira-kira hari mahu masuk semester semula..aku lar jadi bibik sepenuh masa di rumah..sepenuh masa ke?turut dibantu emak la. Jadi dalam pada buat kerja rumah hari-hari walaupun tak sekencang mak buat kerja..plus emak pergi kerja, ayah pergi kerja,adik sekolah/kerja..da latest emak demam pulak..maka diri ini mengambil semua tugas rumah..wuu..bajet sungguh ayat

punya lar aku plan baik kunun-kununnya mahu pergi jog lepas puas beraya...sebab dah makan macam-macam tolak batu dengan kayu..segala air gas aku telan..rendang segala benda manis aku godak...rasa mahu back to normal balik..heww..so set jam pagi-pagi pergi jog konon nak jog time orang tak ada kat luar rumah..Hampeh !

maka aku menjumpai satu solusi dimana tak payah jog dekat luar pun tak apa..cuma pakai penyapu/ mop /segala berus ..membersih rumah sambil workout..yeay ! haha..kalau kemas rumah setiap sudut ambil kira ..believe me..peluh keluar jangan cakap..macam pergi work out dekat gym..seriously



ya nak workout dekat rumah boleh menari-nari sambil pasang lagu techno/shuffle/ poco-poco pun boleh..takpun buat senaman sambil tonton video dekat youtube takpun dekat rumah dah ada treadmill/apa alat-alat bersenam dah mudah dah takpayah keluar rumah..tapi selain boleh buat aktiviti ini :

sapu satu rumah (dapur sampai ke luar rumah)
susun-susun barang
kemas dapur (basuh pinggan mangkok belanga and etc)
mop satu rumah
basuh toilet (paling menetes-netes peluh keluar )
basuh baju (sambil-sambil kemas)
sidai baju


dengan buat semua task yang basic ni je..zzerriiouslyy..peluh jangan cakap..feeling like you work out sambil tengok video dekat youtube tiru dorang senaman..haha..tak pun rasa macam baru lepas buat treadmill/jog 2/3 round..*hiperbola..tapi buat kena la bersunguh-sungguh baru ada nampak betapa gigihnya kau work out..kalau macam lepaskan batuk kat tangga/macam tak makan 3/4 hari memang tak akan feel..kasi kilat kasi bersih kasi sapu semua..mau makan 2 jam camtu

tapi tu lah kenyataan and kalau emak-emak kita boleh buat why not kita yang ada kudrat banyak tak terguna ni..heheh..badan pun sihat hari-hari keluar peluh..rumah pun bersih and kemas..fuhh !tak kesah la jenis rumah tu kecil ke besar ke still can apply
that's why tangan emak-emak lebih kuat sebenarnya..tak percaya sila test ajak pergi bowling..hahah..eh boleh pulak :P

thanx for reading
lotsoflove
farahshahidah
sumber gambar :google


nasihat Syeikh Muszaphar shukor

Assalamualaikum

suatu hari yang hening (aku tak ingat waktu bila) , aku telah tonton satu rancangan yang berbentuk motivasi gitueww..tak ingat channel berapa and rancangan apa..dah tu apa yang aku ingat?haha..owh yang aku ingat rancangan tu ada Sheikh Muszaphar Shukor yang hensem lagi bijaksana tu..siapa lagi kalau bukan angkawasan negara kita..heh..baik..mesti semua dah sedia maklum..eehe..


rancangan tu was like ada unsur motivasi and beliau banyak lar bagi tips-tips berguna..biasa lah orang berjaya should share everything kan..so masa tengok pada mula nya aku kurang fokus apa yang beliau cakap sebab dok sibuk buat benda lain..tapi satu benda yang tertangkap masuk dalam kepala aku ialah
beliau pesan ini :

PERTAMA
Kalau nak berjaya tak kesah la nak berjaya dalam apa pun yang kita buat kena la buang sifat takut dalam diri kita..kenal pasti apa yang kita takut tu dulu then cuba lawan balik apa sahaja yang kita takutkan
sebagai contoh macam beliau sendiri : beliau takut/gugup akan tempat yang sangat tinggi..macam dekat atas bangunan means agak gayat disitu..tapi cara beliau lawan ialah beliau cuba buat bumping jumping untuk 'pure' kan penyakit takut tu..

KEDUA
jangan kata kita tak ada masa...semua orang ada masa yang cukup sebenarnya nak buat semua benda..nak kurus jangan kata tak ada masa nak joging lar sebab sibuk/ tak ada masa nak buat itu ini then dah tertangguh ..sebab beliau kata masa 24 jam adalah sangat cukup sebenarnya nak buat macam-macam task..
macam beliau sendiri : beliau boleh joging pukul 1/2 pagi kalau waktu siangnya memang padat..rajin sungguh!

baik.actually rancangan ni dah lama dah aku tengok..I think since tahun lepas or dua tahun lepas tapi dah lama dah kan.. but aku tak tahu dalam banyak-banyak tips dia bagi dalam pada acuh tak acuh dengar tu.. dua benda ni je yang aku betul-betul ingat sampai sekarang..wahh

memang sangat terkesan dihati sebenarnya even hakikatnya aku kesan dihati tapi pada perbuatan tak lagi..hee..maafkan saya >_

so untuk ikut pesanan beliau..I suggest :

LAWAN TAKUT
  • estimate/list kan benda apa yang kita paling takut/takut sikit/takut banyak and sewaktu dengannya (like me cthnya : takut ular-memang satu-satunya binatang yang aku takut/geli..tengok pun takut inikan pegang)
  • cari jalan macam mana nak lawan takut (cth : plan pergi zoo untuk tengok depan-depan/pergi kedai souvenier dekat A'famosa Waterworld sana tu ha..beli barang RM20 ke atas dapat ambil gambar pegang ular)
  • fight the fear (cth : tenung ular lama-lama/ ambil gambar pegang ular dengan selamba nya and Alhamdulilah dalam pada takut-takut berani jugak aku pegang ular sawa Albino dengan rileks nya..weehuu..ular kuning boleh lar cerita gebang..kasi ular lain..hmm)

URUS MASA

ha yang ni depend on person itu sendiri..how smart dia manage their own time..masa tu ada je tapi kita yang kena pandai cari..semua orang boleh multitasking sebenarnya..tinggal rajin dengan tak rajin je.aku bukan sentuh dalam bab belajar je..yelar biasa kalau masa je mesti nak kait dengan student..bukan student semata-mata ya kawan-kawan tapi apa-apa je akiviti sepanjang hidup kita ..yang bekerja.surirumah ke sesiapa saja=)

mungkin aku akan ingat benda ni sampai bila-bila..and lepas je tengok channel tu memang kagum habis dengan dia actually..harhar..just for sharing =)

thanx for reading
lotsoflove
farahshahidah


20 August 2013

My Raya 2013 : penutup

Assalamualaikum !

Raya memang sebulan sekali...tapi perasan tak makin lama raya kurang menyengat..tak tahu laa raya aku je atau semua orang...kalau dulu aku perasan kalau sebulan raya...sepanjang sebulan tu jugak laa kemeriahan tu still terasa...still nampak macam beraya lagi...dengan orang tak putus-putus datang beraya..open house sini sana...sebulan tu ugak la bakar mercun/bunga api lagi..but now, semakin slow..

okay main point disini hanya la nak cakap yang actually nya aku sekarang pun dah tak feeling nak raya dah..if ada kawan ajak pergi beraya time-time macam nih..rasa macam 'eh boleh raya lagi ke?'..hahaha..dah kenapa tak boleh raya.. kan sebulan..rumah aku pun dah tak terima kunjungan tetamu dah..hehh.. now dah menjalankan aktiviti kat rumah macam biasa...kuih raya tinggal saki baki je..bukan banyak orang makan...banyak aku dengan adik-adik aku makan..hahaha..baju raya dah pun boleh simpan..kalau keluar kan pun just untuk pergi orang kawin..yeahh orang kahwin..sedang musim orang tunang/kahwin ye sekarang ni..hmm

sekolah pun dah mula bukak...so kepada adik-adik sekalian sila buka buku sekolah and..no more raya keep studying..harhar..say bubye to baju raya and say hye to baju sekolah semula...cakap macam tak sedar yang aku ni belajar lagi..eehee..aku ada dalam 20 hari macam tu laa untuk back to the position as student..selagi aku being as student selagi tu aku rasa my raya was like hambar..tahu?tak pe biar aku je yang tahu..heheh...

next semester In syaa Allah semester akhir aku belajar dalam kelas..and awal tahun depan internship..and dalam pertengahan tahun depan GRAD !!Insyaa Allah..doakan aku pelissss ! I'm begging you..dipermudahkan urusan...amin...In syaa Allah jugak my raya tahun depan akan ada kelainan sikit..apa yang lainnya?dah tak jadi student mungkin..eehee..

pinjam spek sekejap..makin berusia dah aku ni..haha

so to those yang still beraya lagi...have fun kayh !ni la masa nak mengerat silaturahim kan..hehehe.and wanna say Selamat Hari Raya again !! =)

thanx for reading
lotsoflove
farahshahidah

The Lost World of Tambun with The Butterfly Project Malaysia

Assalamualaikum =)

Mesti korang familiar dengan satu tempat pelancongan ni iaitu The Lost World of Tambun which is located in Ipoh, Perak..seriously ia adalah sebuah taman tema yang terbesar di utara tanah air dan mempunyai pelbagai tarikan pelancong..dan telah tercatat antara 10 Destinasi Pelancongan Terbaik untuk tahun 2013...wahh !



kalau ditanya "Why you want to go to The Lost World of Tambun "..here will be my the answers..hehehe

Belum pernah pergi The Lost World of Tambun

yepp since aku pernah je dengar tempat ni, selalu dengar cakap orang yang tempat ni best, memang puas hati lar kalau holiday kat sini..pernah plan dengan kawan-kawan untuk ke sini tapi sayang plan selalu tak menjadi..till now belum pernah jejak kaki lagi ke sana..so sad !hew...


Suka akan aktiviti air

 dekat The Lost of Tambun ni banyak disediakan pelbagai aktiviti yang superb best and sangat-sangat aku nak try buat...nama pun taman tema air mesti la most aktivitinya melibatkan air and I love it! hehh
ada Waterpark yang mana provide banyak aktiviti air like Jungle Wave Pool, Cliff Racer, Tube Riders and so on...boleh main sepuas-puasnya..selalu dengar orang kata best and nak sendiri rasa experience tu




ada banyak adventurous activities yang sangat superb !

selain aktiviti air, ada jugak provide with aktiviti kering yang sangat adventure and aku memang suka buat aktiviti yang adventure and thriller ni..takut memang takut..tapi lagi takut lagi nak try..hahah..sebab main benda-benda yang mencabar ni bagi kepuasan actually..bila diberi peluang, aku nak try sangat-sangat..so kat sini ada Amusement Park yang mana ada aktiviti macam Dragon Flight, Storm Rider, Lupe's Adventure (nak sangaaaat naik)


suka pada haiwan

macam pencinta haiwan macam aku..kat sini, boleh la aku lepaskan peluang tengok secara live dengan encik harimau kat Tiger Valley..selain itu dapat peluang spending time dengan banyak binatang almost 4000 binatang daripada 55 spesis dekat Lost World Petting Zoo..wahh sangat bahagia rasanya..boleh tengok and pegang-pegang binatang yang tak pernah dipegang lagi..boleh bagi makan..ada Rabbit Wonderland, Bird Paradise, and Turtoise Kingdom and so on..what a sweet experience.Lol =p



mahu rasa spa di The Lost of Tambun

since dekat situ ada provide 100% natural mineral hot spring, aku nak sangat rasa berendam dalam tu..sedar diri in tak pernah sekali memanja kan diri dekat spa..hehh..kalau pernah pun berendam dalam kolam air panas semula jadi....tapi dekat sini ada macam-macam jenis hot springs and spa ada ...boleh berendam dalam Crystal Pool, rendam kaki dalam Foot Spa, boleh buat body therapy di Crystal Spa and banyak lagi..


Hotel dan resort yang modern/selesa

berdekatan dengan taman tema itu sendiri..Hotel dan resortnya dikelilingi alam semula jadi yang fresh and buat pengunjung lebih selesa..itu yang paling penting,..heheh..we should try it !


mahu naik keretapi like old school style..hehe

seumur hidup sekali je kot naik keretapi ..tu pun tah bila..so boleh keThe Lost of Tambun dengan menaiki train ETS Malaysia yang akan bawa kita from KL Sentral to Ipoh..huu..ya mungkin akan lebih seronok pergi menaiki train..nampak lagi adventure la kan..heheh..naik train yang laju kemain tu and dengar cerita mungkin memakan masa 2 jam sampai ke sana.


Gathering with bloggers

I love to meet new friends..share anything with them..that's why I keep blogging..bagi aku blogger mempunyai ciri-ciri yang sama actually..suka berkenalan..tak sombong and suka kan gathering..so kalau dapat pergi sana beramai-ramai..dengan blogger lain pulak..adalah satu benda yang sangat happening okeh!serius akan jadi moment yang best nanti..believe me ! =)

so semua reasons yang aku nyatakan adalah sebab kenapa aku nak join The Lost of Tambun Getaway with The Butterfly Project Malaysia yang bakal diadakan baru-baru ni..since aku suka sesuatu yang baru, suka mencuba..suka travel, sukakan adventures, gathering with new friends and paling penting aku sangat sukakan anything yang melibatkan semula jadi..hehh..that's why I prefer to join this getaway...In syaa Allah =)

sumber : http://www.sunwaylostworldoftambun.com
https://www.google.com.my






Blog Farah Shahidah © . Designed by MaiGraphicDesign