Blog Farah Shahidah: Dilemma

27 August 2013

Dilemma

Assalamualaikum

Yes, aku dalam dilema . one thing yang aku paling tak suka bila mana kena memilih antara satu . kena take time untuk buat keputusan yang tepat dalam hidup. dalam masa yang sama ada perangai berbelah bagi , kata orang atas pagar tak tahu nak terjun belah mana . mana yang harus dipilih A ke B ke. nak dengar cakap siapa. ha macam gini la benda yang aku kurang gemau kata orang melaka. heh

benar aku mengaku . Aku jenis yang ada kelemahan sukar membuat keputusan. ya ku akui . bukan kata aku cerewet tapi masalah yang mana memang susah nak tentukan apa yang patut nak dipilih apa yang patut dilepaskan. rasa buruk betul perangai ini

memang kata orang, berhati-hati kalau nak buat keputusan. tapi kalau dah sampai amik masa lama terpisat-pisat/bertapi-tapi lagi/nanti dulu/ eh  tengok dulu la macam mana/ eh em entah la / kau rasa macam mana.. tak ke memberatkan kepala sendiri tu. 

Alangkah bahagianya bila diri ini senang sekali buat keputusan  tak payah refer terlalu banyak. buat isthiharah bagai. tanya sini tanya sana. end up keputusan yang dipilih itu tepat sekali yeay dan berbaloi-baloi rasa diri ini bila buat keputusan yang kau rasa tepat. tidak gitu?

okey . aku cuba mengenalpasti kenapa aku ni bila berhadapan dengan something yang harus dipilih/dibuat menjadi masalah bagi aku..haish. setelah diamati/diteliti yapp semestinya aku tak nak apa yang aku pilih tu salah dan buat aku menyesal dikemudian hari, eh perlu ke sampai menyesal?eheh. lepas tu mula la rasa sepatutny aku tak patut pilih ni..bla bla..rasa geram dengan diri sendiri pun ada kadangkalanya la. tapi perangai serupa ini kena dinyahkan dalam hidup aku. kalau tak sampai bila-bila tak reti nak buat keputusan. dush ! Baik. Take note .

Oh ya tidak lama lagi aku sudah kena cari tempat untuk berinternship. sebelum cuti semester hari tu aku mula sudah usha/riki baik punya tempat yang okay untuk intern . still on survey . Tapi yang buat aku dilema ni la . nak buat Account ke Audit ke apa ke apa ke..apa ke hal? err.. >_<

aku banyak buat referring jugak bukan tak buat . aku saja-saja usha/ menempel-nempel nak tahu pengalaman orang yang dah pergi intern apakah bagus tempat dorang tu. dengar cerita yang okay, okay la kan. yang stress kena hamon, kena baling fail , menangis-nangis. eh sengaja nak phsyco aku ke apa ni. eehhe. sini pesan weh jangan amik audit weh sana pesan baik amik audit belajar banyak.

And suddenly I was like urghh?! penyakit kelemahan tak tahu nak buat keputusan dah mula datang balik. Serious takut andai pilihan yang dibuat will end up with something yang tak boleh blah. Mana satu nak dengar ni . Apakah ni?hehh. I admitt yang depend on tempat la kan actually. tak semesti sini okay then company sana pun okay dan begitu sebaliknya


seriously I serik terlalu mendengar pandangan orang tanpa mencubanya dulu . eh tetiba ber'I' pulak. hehh. aku pernah mengalami penyakit dilema serupa ini agak teruk ya kawan-kawan masa nak pilih tempat belajar mana yang bagus lepas SPM dulu dek terkilan tak dapat pergi Matrik . Sobs. masuk Uitm . Pergi penerapan ke Degree and at last dah sampai pun kat degree. tak pernah terlintas menyesal tapi ada sedikit berbaur persoalan apakah ada hikmah disebalik pilihan yang aku buat ni actually. hmm. ayat begitu skema sedikit ya.

Jadi dalam masa yang still ada lagi ni, aku hope aku tak buat keputusan terburu-buru and terlalu fikirkan segala nya perlu perfect saja . i mean standard la kan kadang kala tak semestinya pengalaman yang seseorang tu rasa pahit, kita pun akan rasa pahit jugak.

tapi aku ni yang punya perangai walau dah pun tahu akan ada  risikonya nanti tapi aku still nak mencuba . bukan sebab aku degil tak dengar kata tapi aku mengikut kata hati. tapi memang benar tak semua kata hati kita adalah betul and tak semua pandangan orang tu betul, yapp i admit it !

but then aku serahkan pada Allah, only Allah knows the right track for me. apa yang jadi or bakal jadi pun semua Allah dah aturkan . just aku yang kena bijak atur my own strategi . satu yang aku harap, segalanya dipermudahkan bila aku chow dari Uitm nanti. segala pahit jerih tu adalah my starter for success In syaa Allah =) wuu ayat.

7 comments:

  1. Kalau akak pilih jalan satu nie dan berserah kepd Allah. InshaaAllah Allah permudahkan segala urusan akk ;)

    ReplyDelete
  2. bykkan berdoa semoga urusan dapat dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  3. hai farah..visiting u back..nak try sf beauty x? heee

    ReplyDelete
  4. sy pon kadang2 macam tu jugak..depends la yg mana elok, samada dgr pendapat org @ ikut je kata hati..hehe

    ReplyDelete
  5. selidik dan Istikharah... semoga dibukakan ilham oleh Allah

    ReplyDelete
  6. Semoga dipermudahkan urusan :) ! Dayana pun ada terfikir nk buat internship, cuma belum mendalami lagi bagaimana cara, dah tau dah rasanya nk buat dekat company apa. Hehe.

    ReplyDelete
  7. Semoga dapat membuat pilihan yang tepat dan bijak :)

    ReplyDelete

Comment please =D Thank you ^^

Blog Farah Shahidah © . Designed by MaiGraphicDesign