Iftar kali ini

Assalamualaikum !

kali ni sekali saja pegi iftar dengan kawan-kawan...itu pun dah dekat nak raya baru plan...kalau sebut iftar dengan kawan-kawan mesti lah kawan lama..kadang-kadang orang buat reunion sekolah, universiti masa iftar ..

iftar aku kali ini dengan kawan-kawan masa zaman sekolah dahulu..ya masa aku sekolah menengah..and Alhamdulilah our friendship still hingga ke hari ini...walaupun masing-masing sekarang dah belajar kat U lain-lain...tapi still ada masa untuk lepakingg bersama..hewhew

ini satu iftar aku untuk tahun ini..tak tahu kenapa banyak plan tak menjadi..and banyak menghabiskan masa dengan family je kali ini...so atleast ada lar iftar dengan mereka ini...

Plan asalnya mahu pegi makan steamboat and grill sekenyang-kenyang sampai leh muntah bak kata Acab Khamal (Alien)..dekat Chucuk Chucuk yang dulu nya ada dekat Bukit Beruang...sekarang sudah pindah ke Kota Laksamana..plan menjadi tapi bila nak booking sudah penuh..plan mahu steamboat and grill jugak tapi dekat Api-Api pulak..tapi penuh jugak..so kami stay dengan Chucuk Chucuk then lepaskan maghrib dulu..then after orang semua dah makan baru kami datang..hehh

Ini aween..kawan sekolah menengah dulu..kawan satu dorm..
dia budak Bio..aku akaun tapi kitorang boleh balaja sama..hee


untuk kasi alas perut ketika berbuka, we all just beli makanan ringan-ringan dulu dekat bazar Taman Cempaka and then bergegas ke Pantai Eye One Malaysia..makan dekat atas batu sambil melihat sunset laa kununnya...haha..then maghrib di masjid yang sangat menarik perhatian aku..iaitu Masjid Selat...

Plan tetiba bertukar bila kitorang merasa kenyang ya amat padahal makan kuih je pun..so rasa macam eh tak berbaloi nak makan steamboat puas-puas..Jadi plan bertukar kepada makan kat Pak Putra Roti Nan..dekat area Kota Laksamana..Kepala mula dah terbayang Nan Cheese yang memang peberet gua sampai bila-bila..tapi sayang kedai tutup..omaahgaadd ! lastly plan bertukar lagi makan kat Windmill je laa senang oi !ehee....tengok berapa banyak tempat we all dah tukar..haha...so kalau anda plan nak cari makan kat Melaka...haa boleh dah ikut suggestion yang aku dah nyatakan nih..haha


>__<

Yap and Alien


kali ni Aten and Amin tak ikot iftar bersama..biasa nya antara kitorang 6 orang akan gather bersama..Alien, Yap, Amin, aku, Aten and Aween.even semua ada haluan masing-masing...tapi still ada masa jugak untuk spent masa sama...iftar kali actually after dah berbulan-bulan tak nampak batang hidung diorang ni..haha..lama sangat dah...Alhamdulilah iftar kali ni menjadi walaupun buat dah hujung nak raya masa tengah banyak kerja kat rumah..eehee..Happy lepaking with them ! =D

KAMI

thanx for reading,
Lotsoflove,
farahshahidah




Comments

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri :D
    http://storystorynadya.blogspot.com/2013/08/selamat-hari-raya.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Comment please =D Thank you ^^

Popular Posts