Blog Farah Shahidah: Jenis-jenis kawan..kamu yang macam mana?

shushivid

15 August 2013

Jenis-jenis kawan..kamu yang macam mana?

Assalamualaikum

Dalam hidup kita kena ada kawan..sekurang-kurangnya seorang..ada orang mengatakan tak ada kawan pun bukannya tak boleh hidup...ya memang boleh hidup..tapi kawan jugak antara medium dimana korang boleh mengenal pahit manis kehidupan kat dunia yang fana ni..heh ..macam mana nak kenal itu kawan ke lawan?

kawan bila mana kita mula kenal..do things together, berbual bersama..senang cerita orang yang selalu bersama kita..kadang-kadang kita baru kenal sehari tapi boleh share everything itu pun dah digelar kawan..kawan sepejabat,kawan satu course..kawan satu sekolah..kawan sekelas..kawan kenal masa ambil ujian memandu...kawan masa kolej..kawan kenal dalam blog...kawan itu ini...jelas betapa senang nya anda mendapat kawan..

kawan baik Fatin Liyana.. Datin...suka tengok friendhip diorang

Hanis Zalikha #keknis berkawan rapat dengan Lisa Surihani..dua-dua superb cantik..heh


kawan ni ada banyak jenisnya..semakin banyak kawan yang kamu ada semakin banyak 'pattern' yang kita boleh jumpa dan merekalah jugak antara yang mewarna warni hari anda sebenarnya..macam mana rupa mahupun pelbagai variety nya kawan itu...kawan adalah tetap kawan...

jenis-jenis kawan yang biasa kita jumpa :

  • meminjam kan telinga nya untuk kita
bukan kasi potong telinga untuk bagi kita pinjam..heheh..tapi menjadi pendengar yang baik masalah kita mahupun luahan hati kita..ada sesetengah orang memang boleh jadi pendengar baik..biasa nya pendengar yang baik ni jarang sekali dia nak luah kan masalah dia beriya-iya kat orang..mereka yang seperti ni kalau kita cerita panjang macamana pun dia faham flows of the story sampai habis..

  • teman untuk berjimba/bergumbira
kawan seperti ini memang suka having fun..tak suka memikirkan masalah yang lebih-lebih...senang diajak nak pergi mana..bila duduk dengan nya memang tak ingat masalah segala...lupa habis..so jenis mereka ni tak sesuai sangat untuk kita bercerita masalah..mungkin mereka bukan pendengar masalah yang baik..so tak payah penat-penat cerita masalah dengan diorang..mungkin respons yang akan diorang bagi agak hambar je..tak pun mereka respons sekadar menjaga hati korang..

  • suka menolong bila kita ada masalah
agak berbeza sedikit dengan point pertama tadi..yang mana hanya menjadi pendengar yang baik sahaja..mungkin tiada daya untuk bagi pertolongan kat kita...itu sudah cukup membahagiakan kita actually..tapi mereka yang seperti ini..selagi mampu untuk menolong dia akan cuba tolong..kerana orang seprti ini dia sedar suatu hari nanti bila tiba hari dia pulak...mesti dia jugak perlu kan pertolongan kawan..it's karma...once kita cuba bantu orang...one day..orang pasti tolong kita.. Insyaa-Allah.

  • kawan yang sangat mengenal siapa kita
kadang-kadang kawan rapat pun belum tentu kenal siapa kita...seriously..tapi dalam banyak-banyak kawan..akan ada kawan yang tahu siapa, macam mana perangai kita...baik buruk tentang kita..apa kita suka dan tak suka..and sangat paham kerenah kita and tak akan buat benda yang kita tak suka once dia dah faham sangat dengan kita..

  • berkongsi hobi yang sama
boleh jadi kawan yang kamceng bila mana kita suka hobi yang sama..orang kata bila suka hobi yang sama ni ada 'good chemistry' antara mereka actually...senang cerita boleh masuk laa kalau berkawan ni..

  • mampu bagi kesedaran dan membawa kebaikan pada kita
haa yang ini memang sukar dicari...kita selalu dengar nak cari kawan..cari lah kawan yang boleh bawa kebaikan kepada kita...kebaikan apa?bukan kebaikan kau boleh pau dia ke, heh...tapi kebaikan yang ingatkan kau bila mana kita ada buat silap dalam hidup...bila kau cerita kan masalah..dia bagi respons bukan respon yang lagi menambahkan bara yang ada..tapi respons yang positif and cuba untuk membetul kan keadaan..

mungkin banyak lagi jenis kawan yang boleh kita jumpa..kawan ini akan mencerminkan siapa diri kita...kalau kawan kita bagus kita pun bagus In syaa Allah...begitu lah sebaliknya..kalau dalam banyak-banyak kawan kita ada yang begitu menyakitkan hati kita contohnya..tak semua busuk je pasal dia..ada jugak kebaikan dia yang kita tak nampak..

jadi anda kawan yang bagaimana agak nya kepada kawan anda?mungkin lain kawan lain cara anda treat mereka...


thanx for reading,
lotsoflove,
farahshahidah

6 comments:

  1. kawan?
    x memilh sgt bab2 nk kawan nie..
    asalkan ada..
    tp kalu bab memilih nak kawin semestinyer perlu ada kesemua ciri diatas tu..
    hehe :)
    peace~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..boleh jugak nak apply benda ni dalam pilih jodoh..heheh

      Delete
  2. Pernah serik ada kawan baik. Sampai sekarang dah xde yg special dah. Ayat macam bercinta je padahal kawan je pun hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kadang2 treat kawan pon macam kite treat boyfren jugak..heh

      Delete
  3. Kwn ni mcm2 pesen,kdg2 time nk bjimba dia ade time kita ade mslh trs snyap pon ade..prinsip ayu bkwn je ngan sape2 asal tak pijak kpala kita kan kan..

    ReplyDelete
  4. memang betul..biar ramai kawan..tpi mke sure kte pndai jge dri and treat kawan

    ReplyDelete

Comment please =D Thank you ^^

Blog Farah Shahidah © . Designed by MaiGraphicDesign