Blog Farah Shahidah: Selamat Hari Raya !

08 August 2013

Selamat Hari Raya !

Assalamualaikum !

Hari sebelum raya sebuk bukan main lagi aih ! pakat satu family kemas rumah habis-habisan..touch up apa yang nak di tacapnya..susun-susun,gantung-gantung, pasang itu ini..pheww..tambahan dengan puasa nya lagi..ceh macam orang lain tak puasa pulak..err.

malam raya kali ni untuk pertama kalinya family belah mak masak lemang beramai-ramai...almaklum semenjak dapat pakcik baru dalam family kitorang, taukeh lemang pulak tu...sure boleh lead nak buat lemang banyak-banyak ni...lebih 200 batang jugak laa...macam boleh meniaga pun ada...nak buat macamana adik beradik mak ramai..tadi aku try aku total semua family mak aku termasuk atuk, adik beradik mak,campur cucu-cucu,cicit 3 orang semuanya ada 85 orang !!wah! baru sedar !

selain masak lemang..macam biasa masak rendang ayam, rendang daging, sambal daging, lodeh segala semuanya laa..masak beramai-ramai..after settle semuanya baru balik rumah..kerja aku pulak nak iron semua baju satu family.. kali ni tema family aku Light Purple..semua benda nak purple aku ni..haha...

apa-apa pun nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR BATIN 
pada semua readers, followers mahupun stalkers belog picisan aku ni...komen korang sangat-sangat aku hargai..I wish moga lebaran kali ni memberi seribu makna buat korang... =)


thanx for reading =D
lotsoflove,
farahshahidah



1 comment:

Comment please =D Thank you ^^

Blog Farah Shahidah © . Designed by MaiGraphicDesign