boleh ke tengok wayang time puasa?

Assalamualaikum ! :-)
Aku bukan la jenis kaki wayang punya orang..tapi jenis layan lar..ye sedar diri ini memang sangat suka berjimba..pantang tension sket...bosan sket..mulalah idea nak me'release' tension tu datang dengan lajunya...walaupun tengok wayang ni termasuk jugak dalam list for having fun...tapi aku tak ada lar sampai ke tahap obses yang bila mana pantang cerita baru keluar..aku dah serbu dulu panggung wayang...bukan wokeh!hee
tapi kalau memang ada cerita wayang baru yang agak meletopss keinginan nak tengok wayang tu memang hado..ada kaki yang mengajak...so 'on' aje lar..tapi kalau cerita tu macam tak menarik perhatianku or mood tengok wayang tu tak sampai2 lagi..so main tarik2 tali jugak lar nak tengok ke tidak..hehh...
..seriouslyy...aku tak pernah pon before ni pergi tengok wayang time bulan puasa..orang kata agak2 lar weh nak tengok time2 bulan puasa ni..kira macam tempat 'lagha'.. err...so aku pon cam sure tak sure...tak ape ke..em.boleh kee..lagi pun bukan nya buat ape2 pon...macam kita tengok movie kat rumah jugak kan...pepandai aku buat assumption sendiri...
so haritu.. Janna..exskulmate aku tetiba kebosanan and suddenly me'whatsup'aku ajak pegi tengok wayang..Janna ni kalau bosan2..ada cerita baru kuar ke..or yang ada pelakon peberet dia ke..dia mesti nak pi tengok wayang..so aku pi teman je lar...siap dah review cerita apa ngah panas skang...sedangkan aku cerita baru tengah hawt skang pon aku perasan tak perasan je..hewhew...kitorang pegi tengok cerita Red 2..wee...
so kitorang dalam sure tak sure tu pegi jugak..hee.. and balik tu aku ada lar refer2 to yang arif...mengikut seorang cendikiawan terulung Yusuf al- Qardhawi...
kami berpendapat bahawa panggung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud.." Dengan itu kami berpendapat bahawa panggung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud"
syarat-syaratnya ialah :
1.tajuk dan isinya mestilah tak mengandungi unsur-unsur seks, mengajak pada jenayah..ajaran sesat..and so on..means tak bertentangan dengan akidah..
2.mestilah tak melanggar waktu-waktu ibadah wajib..contohnya solat 5 waktu..wayang..wayang jugak..solat..solat jugak..
3.mesti lah tidak dalam keadaan tidak bergaul dengan ajnabi..dalam keadaan gelap dan boleh timbulnya fitnah...
so Alhamdulilah aku clear lar jugak from ragu-ragu tu..sekali sekala nak tengok wayang time2 puasa ni tak salah..tapi kena laa tau batas-batasnya..tapi sebaiknya kalau boleh kurangkan buat aktiviti yang tak bagi benefit time2 puasa ni..bulan yang berkat ni lar kalau boleh kita nak kumpul byak ibadah.. peringatan untuk diri sendiri jugak yang selalu lalai and alpa ini..heheh..
p/s : nak tengok smurf 2.. after raya
lots of love..
farahshahidah

Comments

Popular Posts