Blog Farah Shahidah: First time jumpa Hanis Zalikha !

shushivid

30 November 2017

First time jumpa Hanis Zalikha !

Assalamualaikum and hai !

Memula I kenal Hanis Zalikha dekat youtube. Secara tak sengajanya tengah tengok youtube, tetiba ternampak ada awek hot ni buat vlog buat tutorial pakai eyeliner. Tetiba rasa ingin tahu meluap-luap siapa dia ni. Terus google sekali entah macam mana terjumpa blog Hanis. Masa tu around 2010-2011 kot. oh dia ni model, dulu penah masuk Malaysian Dreamgirls, sekarang study Uitm Segamat, ohh sebaya la tahun 90. I teruja sikit kalau jumpa public figure yang sebaya ni. mihmih.

video yang memula tengok terus wondering siapa dia ni?

Masa tu memang I dah start blog, so blog Hanis lah (inibelogsaya.blogspot.com) antara one of may fav ! Lepas baca blog Hanis, terjumpa pulak blog mama nya, Untie Nanie Rostam. (model80an.blogspot.com). Suka tengok lifestyle dorang. Positive, Inspired habis dengan cara Hanis yang appreciate her mom, styling but still humble. Mama dia punya blog pulak lagi la inspired dalam bab2 masakan. how she hidang makanan for family, urus rumah tangga and at the same time bisnes kek kat rumah. Tak lupa cara didikan pada anak-anak dia.

I keep following Hanis sampai la sekarang. Since zaman uni lagi, sampai start dah jadi pengacara mad market, sikit-sikit sampai jadi pelakon, Masa zaman ada social media, Keek I ingat lagi penah hantar video dekat Hanis. Tak sangka Hanis reply my video. yeehaa. untill now, dah married, ada baby cute Yusuf Iskandar and kucing gebu, bujibuchempel. I still admire her so well. Cuma sekarang Hanis dah tak update blog but I still keep follow her on Instagram. Teringin nak jumpa cuma tak tau bila and finally the day comeeeee. hehehe

last time Melaka jadi tuan rumah for Mood Republik. As we know memang ramai lah artis yang ada produk datang berkumpul. Kebetulan masa tu balik Melaka rumah mak, husband ada game dekat KL. so I ada nampak posting dekat IG yang produk Hanis Zalikha, Hairul Azreen (her husband) ada jugak kat Mood Republik macam Cakenis, Toujurs Advance and Malead. So pegi dengan femly, kalau ada rezeki jumpa, jumpa. tak boleh nak expect nanti keciwaa. hahaha InsyaAllah.

Mood Republik on !
Masa tiba kat booth I saw her busy layan peminat nak ambil gambar sampai beratur tunggu turn. I nampak Hanis dah naik sakit pipi dok senyum dekat kamera, siap take 1 min exercise mulut and minum air. hehehe. Apa lagi beratur lah kejap, bawak si Naufal sekali. Teringat masa mengandung rajin tengok rancangan Hanis Hairul Junior and now Hanis dukung Naufal ! =)

Naufal pandang mane ni. haih

pinjam mommy yusuf kejap. hehehe

Turn dengan femly pulak

She is really pretty even dalam gambar or depan2. after ambil gambar, Hanis sempat cakap dekat Naufal, be a good boy ya. I tanya Yusuf mana? Tapi Yusuf dah balik awal pulak. biasa la event2 macam ni kan.

It's one of the best moment actually. I bukan nak jadi seperti dia just I kagum dengan her lifestyle. That's it. Kalau ada rezeki nak jumpa Mama Hanis, Untie Nani Rostam ke, Yusuf Iskandar ke tak pun BujibuChempel. hewhewhew

Thank you for reading these.

3 comments:

  1. ya dia tetap lawa xpernah berubah. sebaya la kita

    ReplyDelete
  2. samalah kita...mula-mula secara tak sengaja terjumpa blog hanis..pastu trus keep admiring her...all about her la...smpai la dia kawin...dah tak tulis blog lagi...

    ReplyDelete
  3. hehehe
    seronok la jumpa hanis zalikha tu

    ReplyDelete

Comment please =D Thank you ^^

Blog Farah Shahidah © . Designed by MaiGraphicDesign