bila bercakap pasal bisnes MLM ..

Assalamualaikum !

i'm really sure yang ramai dah biasa dengar pasal bisnes MLM or dalam ayat panjangnya multilevel marketing. and mungkin jugak ada yang pernah ikut join bisnes ni. I tak cakap salah or weyh, jangan masuk weh. ! tak. its up to anda semua sama ada nak join ke tidak. hak asasi. hewhew. sebab lain orang mempunyai persepsi yang berbeza untuk buat duit.

yes, I akui yang business jenis MLM ni jugak antara jenis-jenis bisnes yang korang boleh join untuk buat income sama ada secara sampingan atau pun full income. zaman sekarang semua perlukan duit. kerja bertahun-tahun pun belum tentu kau mampu bawa kereta mewah or beli banglo sebijik . so zaman sekarang jugak memerlukan manusia menjadi bijak mengatur hidup macam mana nak dapat side income yang banyak dan mampu hidup selesa pada masa akan datang.

as kita tahu pun berbisnes antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w. and I selalu dengar dalam dunia ni nak jadi kaya dengan dua benda je ni : buat bisnes and berpolitik. tapi mesti lar ramai yang memilih berbisnes sebab dalam dunia ni semua benda boleh buat bisnes. sebab berniaga tu adalah satu keperluan. kerja bertahun-tahun pun one day mesti rasa nak cari something yang boleh cover ur pocket money in the future. so berbisnes lar apa lagi.hewhew

so bila bercakap tentang MLM ni, I pun ada pengalaman even tak pernah join pun. I tak cakap join bisnes macam ni adalah salah. No! jalan bisnes dah betul tapi apa yang I boleh perhatikan cara people menjalan bisnes tu yang adakalanya tak kena. bagi siapa yang faham apa itu bisnes MLM sure korang dah tau macam mana nak naik from one stage to another stage kan? perlu cari orang, ada downline yang kukuh untuk sampai ke satu tahap. and kebanyakan yang berada di tahap atas pasti dah kaya raya income dah mencecah riban. yes memang perlu banyak usaha untuk sampai ketahap itu.


percaya atau tidak kadang-kadang disebabkan kita nak cuba pengaruhi orang sekeliling kita untuk ikut join skali, mula lar timbul rasa kurang best antara kawan dengan kawan, sedara mara semua. I percaya pada satu ni, bukan senang untuk cari orang, untuk kita pengaruhi orang. nak ajak bisnes mesti lah jujur, guna cara bersih tiada paksaan and etc.

kalau ikut pengalaman I hampir terjebak dengan MLM semua ni, memang bila pergi event dengar ceramah yang dia bagi, tengok testimoni orang yang dah berjaya semua memang mata mula lar blink2 RM. rasa macam wahh senangnya jalan nak kaya. wah terujanya. wah nak join lar. dalam kepala mula fikir nak ajak siapa and seriusly I feel da same.

tapi pernah tefikir tak macamana kau nak interact orang untuk join bisnes tu dengan guna cara apa, macamana nak buat orang tu follow kau and etc. kalau yang bijak handle benda-benda ni memang syabas lar. tapi dengan cara apa kau tarik?sebaiknya jujur and tiada unsur paksaan.

 I dah tengok macam-macam gelagat dah orang yang cuba nak tarik member or orang terdekat untuk join bisnes sekali. sebaiknya kalau boleh jangan lah bertindak sampai member tu tak senang dibuatnya. kau sanggup call berjam-jam supaya dia sudi luangkan masa untuk kau. ajak pergi somewhere tapi pergi event bisnes rupanya .belanja makan sekali ada udang disebalik batu. datang rumah kata nak jumpa rindu tapi ada sebab lain. so macam tak cantik kat situ kan?

that's why I kureng minat this type of business. seriously , I taknak lar disebabkan macam ni kau dah jadi kurang selesa dengan member kau yang ajak tu semua. yang tolak secara perlahan-lahan tu bagus lar. tapi kalau dah sampai member kau tak minat, tapi kau dok kejar jugak macam mana tu?yes, kekadang tak semua minat apa yang kita minat. memang perlu usaha lebih tapi pastikan usaha tu kena pada caranya.

I puji kawan-kawan I yang buat bisnes yang daripada nothing now dah mampu untuk sara diri tapi dengan cara yang paling diorang minat. and they really enjoy doing the business ! macam I pun I akan buat benda yang I suka. tiada paksaan.huu.so, setiap business menjanjikan yang terbaik so terpulang pada korang untuk bawanya.

thanx for reading =)








Comments

  1. MLM ni ada macam2 jenis dan ada macam2 syarikat...

    ReplyDelete
  2. Salam, saya ingin menubuhkan satu akademi yang dinamakan akademi Dna komuniti, kalau ada yang minat atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut PM lah saya ya.. (0134167526).

    ReplyDelete
  3. Assalam Fasha.so cute blog Fasha.. mcm orangnyer.. anyway.. saya one of yang menjalankan kind of networking yg bukan MLM..tp sesetengah org yg skeptikal dia tetap nak cakap kat saya..'ngaku je lah ko buat MLM'.. so saya malas nak argue. its ok tu masalah dia.. tp sbnrnya saya pun sependapat dgn Fasha yg tak suka kaedah nak 'menarik kawan' dgn cara macam tu. To me buat MLM ni kena start dgn part time dulu n kita betul2 love the product . Kitalah consumer kpd produk kita. bila ada perubahan positif yg berlaku kpd kita slps menggunakan produk tu..then time tu orang yg akan cari kita.. thats the way i buat.. so taklah stress sangat coz business yg saya jalankan ni mmg best n saya jumpa sendiri di internet..not based on terpengaruh dgn kereta mewah or duit bekepuk2 mcm typical MLM yg lain.. hahahaa..panjang la plak..nyway..nice meeting u.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haii diana..tenks sebab sudi jenguk blog sy..hehe..anyway its up to u dear.its better buat apa yang kita suka and jatuh hati..hehe..rezki ni macam-macam ade tggal kte yg plih cmne,..huu..pape pun gudlucksss kay =)

      Delete
  4. Sy nk tnye akak..ape pendapat akak tentang phytoscience??

    ReplyDelete
    Replies
    1. em akak pun penah join phytosciene.. tpi tak aktif pun.. tak ada masalah pun just terserah pada kita nk run bisnes tu macam mane.. mybe akk prefer benda yang akk lagi suka kot.. cm nak ade produk sndri. tpi akk tgok phytosciene tu ok je

      Delete
    2. Phytoscience ni dia tengok kat modal. Boleh dapat untung. Tapi nak kena rajin. Tak cari org takde lah hasil. Sebab banyak yg promote bole dpt duit tanpa cari org tu membohong je haha

      Delete

Post a Comment

Comment please =D Thank you ^^

Popular Posts