Ganu Kita : on my way ,KL- Kemaman

Assalamualaikum

Sebelum ni,baru seorang classmate dekat degree aku ni kahwin. syukur Alhamdulilah.. lepas tu seorang lagi kawan we'olls Che Wan kahwin. ehee.suka benau tengok member-member kahwin. tapi kali ni bukan dekat-dekat tapi sampai Kemaman sana tuh.

Actually, masa sibuk-sibuk face final exam before ni, kitorang ada pakat-pakat nanti nak pergi wedding Che Wan.plan punya plan.tapi who knows kita merancang tapi belum tentu plan menjadi. punya kejap jadi kejap tak,last iolls jugak yang pergi sorang. ehee..

Kalau dari Melaka ke Terengganu memang mak datok lama I guess, tapi kebetulan tengah ada dekat KL I grab this peluang pergi Kemaman.Sambil menyelam minum air.Kebetulan memang nak pergi rumah one of my friend yang rapat masa dekat Uitm, Marni.bila lagi nak pergi kalau bukan sekarang.hew.so alang-alang ada dekat KL, alang-alang Che Wan kahwin,alang-alang free, sampai jugak ke Kemaman.yeeehaa !

kalau cakap kat kawan-kawan yang aku nak pegi Kemaman ni, semua akan cakap weh jauh gila weh..penat kau nanti..bla.blaa..bla..tapi the truth is.. tak ada la sampai berjam-jam lamanyaa.sebab I'olls ke Kemaman, not ke Kuala Terengganu. Disebabkan ada dekat KL ni, so jarak ke Kemaman dekat sikit la nak banding Melaka-Kemaman. almost 3 hours je.

habis keje terus meredah pergi cari Hentian Putra

bersungguh-sungguh Marni ajar macamana bila sampai sana,nak turun kat mana sepatutnya.hewhew.nak-nak pulak aku ni jenis suka main redah,suka take easy benda yang orang rasa eii susahnya..aku pun meredah sorang ke Hentian Putra yang first time aku jejak tuh.pehh.yang aku tau Hentian Putra tu dekat dengan PWTC.so aku main agak-agak je turun LRT PWTC.da smpai was-was pulak eh betul ke Hentian Putra dekat sini.haha.

first time jejak Hentian Putra

so bila diringankan mulut bertanya orang,baru la tau kena jalan sikit ikut jambatan baru nampak nun diseberang jalan tu Hentian Putra.haha.naif betul hamba ni.pfft.so beli tiket on time punya la selamba, finally dapat ke Kuala Terengganu.so sape yang turun ke Kemaman, bas akan drop kat certain tempat before dia proceed lagi 2 jam ke Kuala Terengganu.so far,aku dapat tiket pukul 9 malam Jumaat lepas blik keje tu jugak.so bajet-bajet pukul 12 mesti sampai Ganu.

So on my way memang diisi dengan tidur.eh tak jugak sebab first time travel naik bas sorang-sorang ke Ganu ni, I'olls lebih tengok luar je.hehe.tapi disebabkan gelap apa pun tak nampak.hii

Travel alone,lol

Alhamdulilah pukul 12 macam tu, I'olls da sampai Cherating.so for those yang pergi balik Ganu, bas memang akan berhenti rehat jap dekat kedai makan kat Cherating ni selama 1/2 jam.so nak makan ke, terkucil ke apa ke sempat lagi.sebab ye lar mostly dorang ni ada lagi 2 jam ke Kuala Terengganu.macam kita ni yang ke Kemaman ni tumpang lar sekaki rehat sekali.

after setengah jam, baru bas proceed jalan.so yang nak turun ke Kemaman memang dah tak jauh dah so get ready jangan tertidur pulak.kuikui.tak sampai 10 minit, dah tiba Kemaman and boleh request kat pakcik bas tu nak turunkan kat mana. so.Marni dah pesan,suruh aku turun dekat depan Hospital.

Alhamdulilah, turun bas nampak terus muka Marnie nak amik aku bawak balik rumah dia.heww..so esok tu nak pergi wedding Che Wan yaw.Bila dah sampai, benda pertama aku fikir, tak ada lar jauh sangat Kemaman ni. cehh. :-P
and kalau nak tahu tambang just around RM 24++ je. punya la expect lebih RM 50.lol..kalau tak pergi tak tau ye idokk.

Thanks for reading

Sent from Samsung Mobile

Comments

  1. Dah lama x berjalan jejauh naik bas... Sampai ke Ganu lagi tue ek....

    Turn Fasha bila pula?

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan yang ke 18. datang jalan2 dari blog MiaLiana.Dia kan pesyen kumpul link blog blogger2 lain.memudahkan kita untuk terus blogwalking blog org lain ;-)..saja ja mai singgah baca entry terbaru blog ini.. Senang2 mai la blog Montana nooo ;-) semoga terus success ;-)

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan dan salam ramadhan

    ReplyDelete
  4. saja mai singgah blogwalking dari blog MiaLiana.Selamat Menyambut ramadhan ke 23 naa..MiaLiana rajin kumpul LINK blogger2 lain.membuatkan kita semua lebih dekat antara satu sama lain... ;-)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..slmt hari raya.. wah best baca pengalaman ni.. ehe... comey blog purple

    ReplyDelete
  6. singgah sini balas jejak.. wah seronokkan kalau classmate dh kawin. boleh gather2 kt rumah pengantin. hehe. jauh juga tu naik bas sorang2 :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Comment please =D Thank you ^^

Popular Posts