semua orang mesti ada Daily Planner sendiri !

Assalamualaikum

sekarang ni bila ada masa terluang, aku mesti akan cari bahan-bahan bacaan yang menyeronokkan dekat internet. tak kesah lar dari segi apa pun. bila teringat satu keyword pun aku dengan pantasnya akan search dekat google. Mulanya aku nak google pasal nak cari inspirasi nak deko my bedroom dekat youtube. sampai lar aku terjumpa ada satu vlogger youtube ni dari oversea. Belinda Selene. She's is so adorable I guess. dia punya same interest dengan aku.I like her style sebab dia seorang yang sangat organized !



Really impress dekat vlog dia sebab, dia selalu update pasal beauty, decorations and macam-macam lar. untuk kita-kita yang perempuan ni supaya hidup lebih organize, smart and kemas. so antara vlog dia, dia ada jugak selitkan pasal Daily Planner. mula tu aku macam tak heran sangat setakat daily planner je pun boleh beli kat mana-mana. siap nak buat vlog bagai. hew!

Then, aku terjumpa banyak jugak vlog-vlog lain yang cerita pasal Daily Planner ni. sampai ada tu yang dah macam 'addict' dekat Daily Planner sendiri. kalau ikutkan yang apa aku search, kat oversea diorang dah jadi kan Daily Planner tu macam amalan harian diorang dah. see? betapa teraturnya hidup bila ada organizer macam Daily Planner ni. and I can see a lot of benefit bila ada Daily Planner ni.

tengok ni, berapa ramai vlogger yang cerita pasal Planner..

Setiap hari hanya perlu catatkan perkara-perkara penting dalam hidup, what to do, what to buy and so on. Yang menariknya,diorang siap deko lagi Planner diorang supaya nampak cantik and tak sakit mata bila nak refer nanti. bukan sekadar conteng-conteng camtu je.


cantik tak Belinda Selene ni deko Daily Planner dia?whoaa


Selain tu Daily Planner ni jugak dorang turut jadikan bisnes dekat sana. korang boleh search dekat website Erin Condren yang mengeluarkan pelbagai jenis Daily Planner yang cantik-cantik untuk korang pilih mengikut jiwa masing-masing. siap ada jual sticker,colour pen, memo pad and macam-macam lagi aksesori untuk mencantikkkan lagi Daily Planner tu.

Seriously really inspired me untuk ada satu Daily Planner sendiri. Aku yakin tak ramai kalangan kita yang rajin nak buat benda yang kita rasa remeh-temeh macam ni tapi ini la yang dorang buat dan sebenarnya banyak memperbaiki aturan hidup mereka. Actually,setiap orang perlu ada Daily Planner sendiri. tak kesah lar yang dibuat sendiri (DIY) atau pun beli je yang dah already printable. berlambak kat kedai-kedai buku yang ada.

So bila ada Daily Planner sendiri korang boleh bandingkan dengan orang yang tak ada Daily Planner. totally different. believe me ! Lain la korang jenis yang semua plan dah memang ada dalam kepala dan sentiasa ingat je. hehehe.Your life akan jadi makin teratur, sebab bila kita senaraikan plan mengikut hari, minggu, bulan mahu pun tahun, surely kita akan cuba capai target tu.

Biasa handphone adalah benda yang selalu berkepit dengan kita mana je kita pergi. so why not, lepas ni sama-sama kita wujudkan satu Daily Planner as 'kawan baik' kita.pergi ke mana sekali pun sentiasa dok heret bawak sama.hehe. InsyaAllah after this I'll share my own Daily Planner pulak. ok? sama-sama kita organize our daily life =)

Thank for reading, =)
farahshahidah

Comments

  1. tak sabar nak tgk daily planner fasha...:)

    ReplyDelete
  2. used to make a planner dgn drawings bagai ms zaman student dlu. sbb ada kelas, kuiz, assignment kan. lekat kat dinding. but now dah kerja and ada family, langsung xsmpt. ada planner, tp scr virtual je. helps a lot sbb bg reminder if ada meeting etc.

    ReplyDelete
  3. rasanya..arjuna pn kna buat tuk photgraphy..haha..kalo x date knduri lupaa!!...itu bahya okayy..haha

    ReplyDelete
  4. Aahhh..setiap hari..kena buat..list..apa nk buat..kalo boleh detailkan..katakan nk masak 40minit..basuh pinggan kemas meja 20minit..sidai baju..update blog entry berapa2 minit..so hidup lagi tersusun..

    Cantik la belinda punya tu

    ReplyDelete
  5. akk pun suka daily planner @ palnner nihh...mmg zaman sekarang orang banyak guna phone...tp bila dapat tulis sendiri atas kertas tu yang priceless....nak pulak dah bertahun nnt terjumpa balik n recap balik...hahahah...bole senyum kambing tau... :D

    ReplyDelete
  6. Seronok tengok planner orang. Kena bagi ada jugak ni...

    ReplyDelete
  7. Saya pun suka planner, rasa terurus je kerja-kerja :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Comment please =D Thank you ^^

Popular Posts