Blog Farah Shahidah: My first birth story

shushivid

05 October 2017

My first birth story

Assalamualaikum

Alhamdulilah.. I selamat melahirkan my first baby on 30th May 2017 yang lepas. Baru ni dapat nak update betul-betul.Penantian yang lama sepanjg 9 months bawak perut ke sini sana. Punya la tak sabar nak jumpa baby,akhirnya baby keluar lebih awal daripada due yang sepatutnya 12 jun. Baby tak sabar nak raya agaknya. Hehehe.

Kronologi bersalin bermula :

Pukul 11 malam (29th May) I keluar tanda  yakni darah. Macam baru datang bulan. So, I rasa ohh dah time nak beranak ke ni. Ohemji. Cepat2 bagitau mak. But I still relax lagi. Sebab tengok rancangan Hanis Hairul Junior. Kalau belum sakit makin dekat tu tak yah berdesup pergi hospital lagi. Plan nak tidur balik tapi mata  terus segar.And I just inform husband kat Johor just standby. Jangan tergesa balik.besok after sahur balik la. Hee

Pukul 2 pagi lebih kurg la. I rasa nak pi toilet sekali keluar seketul darah. Mula cuak dah. Eh bukan kata keluar tanda darah sikit je ke. Ni apa pulak. cakap kat mak. After sahur pergi hospital terus. Last dorang semua sahur awal pukul 4. And since I da siap2 pack barang awal. Eksaited kemain prepare.Lol. Lalu berdesup terus pi hospital.

Biasanya tengok orang pakai kali ni turn diri sendiri pulak pakai
Sampai hospital kena sarung baju pink. I bersalin kat hospital kerajaan .hew. As usual kena seluk. Baru 3 cm. So check jantung baby..still ok.after subuh tu husband pun sampai kat hospital. I macam rindu nya lahai bila nampak husband sebab terpaksa PJJ dok dengan mak bila I da sarat. Bosan menunggu, ajak husband merayau kat hospital kengkonon nak senang bukak jalan. Sementara tu husband hantar surat GL sekali. Hee
tunggu husband sampai
makyong sedang mengembang. Jalan-jalan satu hospital. Orang perati je baju pink ni merayau
Waktu melawat pun tiba. Makayah and mertua datang. Bukaan masih 3 cm lagi. Nurse mintak I duduk kat wad dulu. Wad penuh pulak. So kena duduk dekat satu bilik tamu. Jumpa pulak kawan baru yang tunggu masa nak bersalin jugak. Tapi kawan tu da tau kena bersalin czer. Waktu melawat habis..husband pun kena keluar jugak.dengan harapan dapat la dia teman kita kat bilik tu.lol. Doc nak cek ultrasound jantung baby. Punya la risau kang kalau sampai pukul 4 waktu melawat tak dpt jumpa husband. uwaa..

Masa tengah cek jantung baby tu, air ketuban pun pecah tetiba, I punya la ingat macam nak terkencing, eh jangan cari pasal kencing atas katil ni.haha. Nak tahan tak tertahan jugak. Sekali melambak terus. Habis lencun baju semua. Terus panggil doc muda tu..dia cek bukaan da 4 cm. So kalau 4cm keatas dah boleh masuk labor room. Then I kena tuka baju siap2 dok atas troli untuk disorong ke labor room.masa tu I da syahdu semacam. Siap ada nurse wish me luck buat I rasa macam nak pergi berjuang ke medan perang.

I masuk labor room bilik no.7.. Tak rasa seram..cuma tercari2 husband I.. Dia tak tau lagi da masuk labor room.nak call bateri flat. Aduh.. Kepale dok berfikir macam mana nak contact husband ni alahai. Jangan la terberanak dulu sebelum dia sampai labor room. Kepala ligat dok fikir macam mana nak mintak nurse panggil kan. Nama je bawak power bank tapi tak boleh guna, LOL. Jangan tiru perangai ni.

Sekali nurse yang jaga kiraan contraction perut I dalam labor room tu sangat baik hati. I just cakap nak jumpa suami. tapi tak boleh contact. Then dia sangat memahami, masa tak ada sesape masuk bilik tu, dia keluarkan phone dia kasi I pinjam. I pun terus call husband. Alhamdulilah, after berbuka dorang kasi masuk. Contraction terasa setiap 10 minit. Tapi bukaan I still maintain. Ada one doctor india tu seluk, sekali dia kata bukaan you bukan 4cm tapi 3 cm saje. aik??

I sanggup tunggu walau pun dah mula rasa keletihan. rasa haus, lapar. I tak kesah apa pun jadi kat I, walaupun kena sakit teruk, janji baby selamat. Then, husband pun sampai. nurse semua tinggalkan I berdua je kat labor room tu.Nurse cek jantung baby, Sekali doc India tu datang balik then cakap masa ketuban pecah tadi baby dah pun berak. Allahu. Dengan harapan baby keluar la cepat please. Ikotkan memang anak sulung akan lama. I punya tunggu ni belum cukup lama lagi diikutkan tapi disebabkan baby dah berak, nak tak nak kena pastikan baby selamat.

Doc India tu bagi choice, kalau tak bukak lagi dia akan operate. I dah fikir nampaknya kena jugak la. Nasib baik I dah redha awal-awal yang tak kesah la beranak cara apa pun yang penting baby selamat. Ingat! perlu redha dulu kalau tak bila doc kata czer moral boleh down. Tapi doc india tu still tunggu lagi, and amek inisiatif untuk cuba normal deliver. So, I kena masuk drip untuk cepatkan gesaan baby keluar. I tak fikir apa dah tak kesah lar apa pun I sedia harung. Ceh. Masa ni lah baru faham. Pengorbanan seorang ibu tu. bila dah situation macam ni tak kesah dah apa pun jadi. Nak baby selamat je.

Nurse yang baik hati tu mula pasang drip. Dia dah pesan memang agak sakit. Kalau tak bukak juga laluan dia akan tambah drip lagi. At the same time kena pantau jantung baby jugak. Masa ni dah syahdu benar dah. I pegang tangan husband. mintak kekuatan dengan dia. sambil pujuk baby kuat. jangan lemah. Doc India datang lagi check bukaan macam tu jugak. Tambah lagi dos drip. Idah mula rasa penat. tapi kuatkan semangat jugak. masa ni dah rasa sakit gilaa weh every contraction.

Masa pun dah agak suntuk, doc datang check untuk yang last, bukaan tak bukak banyak. act doc takut jantung baby mula lemah. takut dah termakan najis. So, doc decide untuk lakukan czer jugak. Bincang dengan husband. husband tanya I tak apa ke, I memang dah redha habis and cakap tak pelah, kiter okay je. tup dengan pantas, dorang buat kerja tukar kan baju semua.pindah ke troli and bergerak terus ker OT Room.

Doc mintak husband ikut sekali pergi ke OT Room. Agak syahdu lagi. serious syahdu. bukan sebab kena czer tapi moments nak melahirkan ni. I seriously tak sabar nak tengok muka anak je. I tak fikir langsung apa jadi lepas ni. Sampai OT Room, dorang setup everything, I pun kena suntik epidural, everything goes well, memang semangat I sangat kuat ketika ni. Fikir nak cepat selesai je.

Bila start kaki kejang. operation pun bermula, depan muka I dihadang, and menang tak nampak dorang buat kerja pun. Masa ni I memang rasa ngantuk ya amat. I fikir smentara dorang buat keje tu I tidur sekejap la. memang terus lelap. bayang kan dari subuh tadi bertahan. Tetiba ada nurse kejut suruh I standby kejap lagi baby nak keluar. Aih baru rasa selelap, rasa tak sampai 10 min tetiba I dengar doc cakap, ha tu dia Assalamualaikumm.. Ya Allah anak aku ker tu. Sat lagi tu nurse balut dengan kain hijau then bawak jumpa I. dalam keadan terlentang tangan sedepa tu I toleh pandang baby... Allahu SubhanaAllah. terkebil baby pandang mak dia. sobss.. Nurse suruh cium. Masa tu rasa macam tak percaya anak kiter ke ni. rambut lebat, bibir kemain merah bak delima, betul2 fresh. Syukur ya Allah.
da kat labor room, mampu perati dari katil sebelah je. Tecik je anak umi 2.2 kgs.Heww. Masa ni nak pindah wad
Nurse mintak izin bawak pergi labor room,lepas tu proses nak jahit perut pulak. time ni makan masa jugak. nak tidur balik tapi dah jadi terbantut bila dah tengok anak. Happynya Allah je tau. Masa ni memang dah rasa sejuk tahap duduk dalam frezer dah. berapa kali cakap kat budak nurse tu dik tak tahan sejuk la. dia kasi wap tapi macam tak ada makna je. Sejuk gila weh. Sampai satu tahap I tanya nurse tu, bila nak habis? then dia cakap jap dorang tengah jahit lagi. Alhamdulilah 11 pm dah selesai.

kepam betul muka umi masa kat wad. Tak kesah la goper ape sekali pun.hewhew
Lampu operation pun tutup, I dibawa keluar sederet dengan pesakit lain yang kena operation jugak. masa ni terasa kaki kebas tak boleh angkat langsung. Nurse tu pantau tekanan darah and dia mintak kami gerak2 kan kaki sikit2. siapa boleh gerak dah boleh balik labor room tengok anak. dengan gigihnya I gerakkan kaki tapi rasa keras macam batu. Tapi nurse tu kata wah bagus kaki awak ada ha gerak padahal rasa macam tu je lagi tadi.

my beautiful moment
Alhamdulilah, I dapat naik labor room cepat after nurse pantau I dalam keadaan stabil. Dah kat labor room tunggu turn dapat bilik. So kena la dok berderet kat dalam labor room tu. masa ni I kejap bangun kejap tidur bangun balik tidur balik sampai la nk dekat subuh. I pinjam handphone kakak sebelah katil tu nak call husband nak tunjuk baby. Husband datang and terus azankan anak kami.

Pagi tu baru I dapat katil. Biasa lah hospital gomen. kena lah sabar tunggu sat. I tak ada isu pun pasal ni. So memandangkan I czer, kena lah stay untuk dua hari lagi. Syukur walaupun I kena czer tapi rasanya everything went well. Servis kat hospital pun terbaik. Tak lah macam kita biasa dengar nurse2 mulut puaka ker. mungkin sekarang zaman viral, tak ada lah kot isu ni. Segala puji Allah penantian selama ni, akhirnya lahir la anak kami. Ahmad Naufal Bin Mohd Izzat. Penerus salasilah kami. Tak terucap kata betapa syukurnya nikmat yang Allah bagi ni, kekuatan yang tak pernah I bayangkan I mampu lalui.Now, bermula la my journey untuk membesarkan anak kami. InsyaAllah. doakan segalanya dipermudahkan

moga jadi anak yang soleh ya sayang =) Ahmad Naufal Bin Mohd Izzat
Thanks for reading these entry !
munchos

3 comments:

  1. Comel nye baby!!! Rase tharu sgt time bce entry ni..insyaAllah sy pn akn lalui nti..

    ReplyDelete

Comment please =D Thank you ^^

Blog Farah Shahidah © . Designed by MaiGraphicDesign