sudah bersedia untuk malam Lailatul Qadar ?

Assalamualaikumm =D

Salam Ramadhan buat semua !

Alhamdulilah kita dah pun masuk dalam fasa 10 akhir Ramadhan...dimana dalam fasa ni berlakunya Lailatul Qadar dan sangat dinantikan oleh kita semua..huu...if kita menghayati betul-betul apa tu Lailatul Qadar..means kita tahu macamana nak raih and apa patut kita lakukan...in syaa Allah ia akan buat kita rasa macam nak pulun sebanyak nya pahala masa ni...

Definisi Lailatul Qadar

"Malam Al-Qadar adalah lebih daripada seribu bulan"..maksudnya apa jua ibadah yang kita lakukan seperti solat fardhu,solat tahajud, sunat tarawih, bacaan Al-Quran, zikir,doa anak yang soleh dan sebagainya adalah lebih baik melebihi 1000 bulan jika kita lakukan pada malam tersebut.

Waktunya

dalam 10 akhir Ramadhan...iaitu pada malam ganjil... 21,23,25,27,29..Ada ulama yang menyatakan kemungkinan besar pada malam 27 Ramadhan.

Tanda-tanda

mengikut sabda Rasullullah SAW, 'Pada saat berlakunya Lailatul Qadar itu,malam terasa jernih, terang, tenang dan cuaca sejuk tidak terasa panas tidak juga dingin. Dan pada pagi harinya, matahari terbit dengan jernih terangbnderang tanpa tertutup sesuatu awan' (Hadis riwaat imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan at-Tarmizi)

Amalan sunat yang boleh dilakukan


  • perbanyakkan doa pada Allah..meminta kebaikan dunia dan akhirat dan minta pada Allah dijauhkan dari api neraka.
  • berdoa dengan doa yang diajarkan Nabi Muhammad SAW kepada Aisyah "Allahumma innaka affuwwun tuhibbul afwa fa'fu anni" bermaksud "wahai Allah ssunggunya kau Maha Pemaaf, Engkau suka memaaf , maka maafkanlah daku.
  • mendirikan solat malam (solat Taubat, Tahajud, Hajat)
  • mendirikan solat sunat Lailatul Qadar 4 rakaat 
  • perbanyakan zikir memohon ampun
  • perbanyakkan ucapan syahadah
  • mengaji Al-Quran dan memahami terjemahannya
Bagi yang uzur bolehlah lakukan :

  • zikir
  • banyakkan berdoa
  • membaca terjemahan Al-Quran
  • mendengar bacaan Al-Quran daripada orang lain
Kelebihan Lailatul Qadar

  1. Pada malam yang penuh rahmat itu, Allah akan membukakan pintu-pintu langit maka akan turun lah rahmat Allah bagaikan hujan mencurah-curahnya..tersangat rugi jika yang penuhi malam tu dengan tidur dan lakukan perkara tak berfaedah
  2. Malaikat yang berada di Sidratul Muntaha akan turun ke bumi dengan izin Allah
  3. siapa yang menghidupkan malam tersebut akan diampun dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan juga akan diampun kan dosa yang telah lepas.
  4. ibadah kita akan dinilai dan digandakan Allah tanpa batas kerana malaikat tidak mampu mencatat pahala puasa yang ikhlas kepada Allah SWT
Ruginya kalau kita tak ambil peluang ni....hanya sekali dalam setahun...so sama-sama kita cuba ajar diri kita perbaiki diri dengan merebut ganjaran Allah ni pada waktu-waktu tertentu macam ni...peringatan untuk diri sendiri jugak ni...In syaa Allah =D

Lots of Love =D
farahshahidah

Comments

  1. All the best for lailatulqadar :)

    ReplyDelete
  2. sama-sama kita berusaha untuk memperbanyakkan amal ibadah 10 malam terakhir ramadhan ni :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. insyallah. sama2 kita perbanyakkan amal ibadah :)
    *sheila mohon sharing ke fanpage sheila yeee ...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih for the tips :) . Salam perkenalan!

    ReplyDelete

Post a Comment

Comment please =D Thank you ^^

Popular Posts