Larangan menunjuk kejahatan/dosa

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan :)

Daripada Abu Hurairah aku telah mendengar baginda Rasullulah berkata :
“Setiap umatku akan dimaafkan melainkan orang-orang yang menunjuk-nunjuk perbuatan dosa (supaya diketahui oleh orang lain).

Sesungguhnya antara perbuatan menunjuk-nunjuk itu ialah seseorang melakukan suatu perbuatan diwaktu malam kemudian berpagi-pagi dia bercerita sedangkan Allah telah menutupinya”,

tiba-tiba dia berkata, “Wahai fulan, semalam aku telah melakukan begini dan begini”. Orang itu semalam-malaman telah ditutupi celanya oleh Allah, tetapi pagi-pagi dia membuka tutupan Allah ke atas dirinya."

Apa yang anda faham daripada ayat di atas?
pernah tak korang berjumpa dengan situasi ni dimana, seseorang tu yang pernah melakukan kesilapan mahupun dosa, ...tapi dalam masa yang sama dia begitu bangga menceritakan dosa-dosa yang pernah dia buat sebelum nii...mungkin dengan bertujuan nak kasi tau pada orang yang betapa otainya dia sebelum ni dah penah lalui pengalaman macam ni...dan seolah-olah dia telah meremehkan hukum Allah..

kasi contoh sikit, Ahmad sebelum ni seorang kaki clubbing, merata club dah dia penah jejak, ..kalau di lihatkan pada luaran Ahmad memang tak menampak kan dia seorang yang kaki clubbing..tapi dia bangga menceritakan pada kawan-kawannya yang dia ni selalu pergi club,nak release tension katanya..cakap aje la club apa je dia tak pernah pegi..banyak tempat dia dah singgah..baginya keluar masuk club tu seperti perkara biasa baginya..

Ini jugak dikatakan menunjuk-nunjuk perbuatan dosa yang sudah dia lakukan dengan tujuan supaya orang lain tahu..kadang-kadang Allah sebenarnya Maha melindungi hamba-hambaNya, dengan menunjuk-nunjuk perbuatan dosa yang pernah kita lakukan seolah-olah membuka aib kita sendiri...padahal Allah itu sudah melindungi kesilapan dan cuma kita yang perlu meminta ampun daripada-Nya..

Ia adalah berbeza kalau dibandingkan dengan tujuan kita bercerita adalah untuk memberi kesedaran pada orang lain yang mendengarnya...supaya menjadi iktibar agar jangan melakukan dosa/kesilapan yang kita penah buat dengan syarat kita bertaubat dan tak mahu ulangi dosa yang sama..bukan dengan niat nak tunjuk betapa 'teror'nya kita sbelum ni..

aku jugak baru tahu tentang perkara ni, and ikotkan perkara macam ni banyak je kita boleh jumpa,
mungkin aku pun ada buat kesilapan yang sama tanpa aku sedar,so bila dah tau ni take note !huu..
kalau kita terdengar orang dok cerita yang berbaur seolah-olah mahu menunjuk dosa yang dia buat, macam 'tadi aku keluar dengan awek aku, aku peluk pinggang dia'..'
tak perlu lah respon seolah-olah anda pulak yang macam kagum dengan ceritanya,,membuatkan orang tu rasa nak cerita lagi dan lagi dan lagi...

Jika kita sudah tahu benda yang kita buat terang-terang adalah dosa tak perlu lah kita hebahkan orang lain...seperti kita mempersendakan dan memperkecilkan agama kita pula...kadang-kadang kita tak sedar walaupun bagi kita dosa tu terlalu remeh..tetapi tetap menjadi suatu kesilapan dan perlu kita sedar...


thanx for reading..
Lots of Love,
farahshahidah


Comments

  1. Ouch, this is a very good reminder hehe. TQ

    ReplyDelete
  2. okay..entry ni buat sy berfikir sejenak.sungguh Allah swt itu Maha Melindungi.rasa kerdil pula kat sisiNYA... :) salam perkenalan fasha..

    ReplyDelete
  3. Zaman sekarang orang suka mendabik dada bila melakukan kesalahan ibarat membuka pekung di dada! Sharing n peringatan yg bagus. TQ:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Comment please =D Thank you ^^

Popular Posts