Babymoon kat Bukit Tinggi Pahang

Assalamualaikum and hai !

Orang kata sebelum deliver and nak berpantang lama, baik makan and jalan puas2. So, nak throwback sikit masa my last third trimester, tunggu masa nak deliver je, husband hantar I balik Melaka since we dah decided nak bersalin  and pantang kat rumah mak. So, before husband balik JB semula for work, secara tak plan pun husband decided bawak pegi Bukit Tinggi, Pahang. Ajet-ajet my last babymoon la konon. haha.

Kebetulan cuti 1 Mei (Hari Buruh) pulak tu, tak ada buat apa terus got an idea nak pegi. Kebetulan asek nampak orang dok post pegi Bukit Tinggi. Nampak macam menarik je. Location pun tak jauh. Pinggir KL je. So Babymoon mode on. Even dah mula sakit kat bawah2 perut tu tapi gigihkan jua.hehe.

Perjalanan tak amik masa lama sangat dari Melaka. Macam trip pegi KL je. Cuma da masuk nak ke Bukit Tinggi tu jalan berliku2 macam ular kena palu sampai la ke atas sana tu. Aduh pening kepala dibuatnya.

STAY KAT COLMAR TROPICALE FRENCH THEME RESORT

1 May 2017~2 May 2017
Dalam zohor dah sampai. Yeehuu..tempat tu tak besar mana pun..cuma building cantik..banyak port gambar and fefeling kat France la. I thought tempat ni macam besar tapi tak besar mana pun tapi still sangat ramai orang datang sini. mostly sweet couple, I mean newly married couples, family, member trip pun ramai. It's cool for me, sebab even tempat kecil tapi berjaya menarik ramai orang. Mungkin sebab building yang sangat cantik and tempat jauh dari bandar, really good to take it as place to holiday.
Entrance fee untuk masuk ke sini just RM15.00 per person
First thing, after sampai mesti lah kena book bilik dulu. hehe. takut penuh ke kan.We decide untuk stay dekat Colmar Tropicale French Theme Resort. Tempat yang ada banyak building warna-warni tu. Target cuma cari bilik paling cikai je sebab nak tidur satu malam je.



So, masa book, receptionist tu kata to get lower rate better book by online. So I book dekat Booking.com. Alhamdulilah still ada kosong lagi yang paling murah. Tapi ambil masa around 2 hours untuk pihak Colmar Tropicale untuk terima booking kita. Please noted, kalau nak datang time peak period, better book by online compare walk in ya. Harga jauh lebih murah.So sementara nak tunggu lagi 2 hours, perut lapar sepanjang jalan kita makan dulu !


our lunch !
 Ada banyak jenis bilik dekat sini. So, we got bilik nama Camellia. Setiap hotel yang lain2 kat sini mesti ada restaurant tersendiri. Since husband request tempat yang ada makan nasi like local food, receptionist ni bagi la bilik ni. Sekali dengan maps untuk aktiviti seterusnya kat sini. Once book here, dapat sekali for breakfast untuk keesokannya. Then kita terus pergi check in. Hajat nak rehat lepaskan asar then start la pegi tempat-tempat menarik dekat sini.

Tadaaa, ni bilik paling cikai ke?not bad weh. sukaanyaaa furniture kaler putih. whoaa. 


After Asar, siap2 nak turun semula untuk pi melawat tempat best dekat sini. Nak pergi tempat yang free je. haha. lagi pun masa terhad. Tak padan mak buyong ni nak berjalan merata even dah tak berapa larat ni.haha. Actually ada shuttle bas yang boleh bawak kita ke tempat2 menarik. tapi ada waktu yang ditetapkan. So, tak nak rushing2, husband decide better kita pergi sendiri je la. tak jauh pun. kang nak menunggu satu hal.

 JAPANESE GARDEN

The first place kami jenguk kat Japanese Garden. Actually dah banyak kali usha tempat ni kat internet. Nak tau gak apa yang bestnya. hehh. Untuk naik ke sini kena menaiki tangga yang sangat banyak. Bila tengok tangga tu tergamam sekejap, larat ke mak buyong ni naik. Gulp. Oh takpe, InsyaAllah boleh. I dengan semangatnya naik la jugak perlahan2. Sambil tu husband kira tangga. Ada 88 tangga semuanya. Phew!


Bila tengok tangga tu tergamam sekejap, larat ke mak buyong ni naik. Gulp. Oh takpe, InsyaAllah boleh. I dengan semangatnya naik la jugak perlahan2. Sambil tu husband kira tangga.

 Finally mak buyung sampai jugak kat atas. Jenuh naik tangga, kena jalan turun naik bukit lagi tu. Orang lain dok pandang je mak yong gigih masa tu. haha. Nasib baik ada jual air kat area tu. So kat atas ada dua best places. We'ols pergi Japanese Garden dulu la.


Landskap nice wehh. Katanya ni first Japanese village yang ada kat Asia.


Biasanya tengok orang lain post kalau pergi Bukit Tinggi bila sampai tempat ni mesti try pakaian Jepun kat sini. Ingat free, rupanya sewa tetiba malas lah nak try. haha.Masa datang tu pun dirang dah nak tutup dah pun.


BOTANICAL GARDEN

Tempat seterusnya kat Botanical Garden. Sebelah2 je dengan Japanese Garden. Kat sini ada macam-macam spesis tanaman bunga. Tapi sayang tak explore semua pun. I cuma jalan sikit je. Dah mula tak larat jalan da. Heh. So sampai sekerat jalan dah berhenti. Jadi lah amek gambar sikit2 daripada takde kan. LOL



NIGHT VIEW

Sebelum Maghrib, kami pun balik hotel rehat. Tak sabar untuk aktiviti malam pulak.Seriously I cakap, waktu malam is the best. Even belum turun bawah lagi, just tengok dari tingkap bilik pun dah boleh tengok area luar yang sangat awesome. 


After Maghrib kami plan pergi dinner dulu dekat restaurant yang link sekali dengan our room. Menu nya ada western and local food. Seriously not bad. Chef2 macam menjaga kualiti makanan supaya customers puas hati. Actually part malas nak order makan pelik2 ni takut yang sampai indah khabar daripada rupa. Tapi sangat sedap okeh! Highly recommended. Really fit with the price.

Husband try veggies tom yum

I try pasta. Sedap weh!
 Masa tengah makan tu sebenarnya ada performance kat stage. Kat sini, setiap hari ada pertunjukan kat stage area situ. Boleh nampak jadual pertunjukan kat situ or boleh tanya receptionist. So sebabkan turun dah lambat and nak makan dulu, Husband sempat pergi lari jap nak rakam. haha. Lepas makan dapat la pergi tengok kejap. Baru je duduk dah habis dah. lol. Dapat lah tengok daripada tak dapat langsung.haha

Malam tu tak ada aktiviti sangat. Orang pun tak ramai dah. Sebab besoknya orang dah mula kerja. lol. So kami berdua berjalan sekitar Colmar tu macam dunia ni kami yang punya, Haha. Babymoon betul namanya ni. mihmih. As usual sambung amik gambar lagi. tak puas explore building cantik-cantik ni.



MORNING VIEW

Dah nak check out dah. Puas hati dapat settlekan aktiviti semua hari sebelumnya. So checkout pukul 12.00. Pagi tu dah tak ada nak buat apa dah. Cuma nak redeem breakfast je la. hehe
SELAMAT PAGI BUKIT TINGGI !

From our window's view
BUFFET BREAKFAST

Hari tu dorang buat ala buffet, so best la dapat makan semua. Seriously makanan for breakfast pagi tu sedap-sedap belaka. macam2 ada. Nasi Lemak seriously sedap. macam2 jenis air panas ada, pastry, kuih muih. Serious talk, memang terbaik kualiti makan kat sini. Biasa nya masa kita tengah makan one of staff dia akan tanya kita, How's your food? and mintak testimonial. Memang puas hati servis kat sini.


Makan puas2 sebelum gerak balik
So far, kami sangat puas hati sepanjang dua hari kat sini. I happy, Husband happy, baby pun happy la kan. Even jalan nak sampai sini penuh liku. tempat nya kecil sahaja tapi sangat terbaik! Thank you to my husband sebab plan trip pergi sini. Really recommended to all people yang nak lepak kejap2 santai-santai, suka bergambar, boleh datang sini ya.

Makyong was so happy. Baby also happy. hehe

Thank you for reading =)

Comments

  1. Mesti waktu pagi nyaman je sebab 90% alam semulajadi yang masih terjaga..

    ReplyDelete
  2. Tq share taw.. Kita suka, sbb mmg plan nk pegi honeymoon next year 2018.

    ReplyDelete

Post a Comment

Comment please =D Thank you ^^

Popular Posts