Keperluan makan untuk bayi 6 bulan

Assalamualaikum and hai !

Naufal setahun lebih dah . Seriously sangat cepat masa berlalu rasa macam teringat moment masa sama2 dalam wad lagi. Perasaan mak2 sangat. Teehee. So, rasa tak complete kalau tak share the moment masa dia masuk umur 6bulan. Biasa la bila baby dah 6 bulan, I'm one of the person yang paling excited sekali sebab Naufal dah boleh makan. Sebagai mak, kita nak siapkan yang terbaik untuk dia. It was the best moment yang I tak nak tinggal. 
Before he turning to 6 months lagi, beberapa minggu sebelum tu I dah prepare dah untuk cari keperluan dia. Gigih I refer sini sana nak cari menu apa yang sesuai nak bagi supaya Naufal dapat zat yang bagus and tak nak bergantung padal instant cereal semata. Selain tu, cari jugak barang2 keperluan lain macam peralatan yang sesuai untuk perkenalkan makanan pejal ni. So, boleh get some ideas ya :-)

BLENDER AND FOOD STORAGE


Kalau boleh jangan pakai blender kat rumah yang biasa kita guna mesin cili tu. Ada kang pijar bebudak ni kang. Mihmih. So dapat blender yang murah2 pun jadi. Yang biasa orang pakai untuk blender juice tu pun okay. Setelah review banyak jenis blender, semua nya mahal2 dan canggih belaka, I prefer to buy this one, brand Baby Bullet. Seriously affordable.  Rm99 macam tu beli kat Lazada. Mesin dia pun comel senang dibawa ke mana2. Ada provide food storage jugak. So senang la nak prepare meals untuk beberapa hari.

SET KUTLERI DAN MANGKUK




Kebetulan lalu dekat bahagian pinggan mangkuk kat Mydin, lalu mata ini tak dapat menahan mata tengok mangkuk kaler2 macam ni. Siap terfikir hari isnin mangkuk color biru, hari besok color kuning hari lusa color hijau dan seterusnya. Bahaha. Sudu pulak beli yang jenis untuk baby makan. Comel2 dekat Lazada.

SIPPY CUP

Cup jenis ni memang familiar daripada dulu. Boleh latih baby minum pakai cawan perlahan2.

BIP


Kalau boleh mesti ada. Tapi kalau bagi makan sebelum mandi, tak payah makan guna bip pun okay. So bila makan da sememeh2 pun chill je sebab lepas makan terus mandi wangi2. Baju yang kena makanan boleh terus basuh  mudah kerja.

KERUSI TINGGI


Kalau dedulu mak mak bagi makan dalam walker tak pun pangku sambil suap. Depend on you..tapi kalau nak biasakan makan lebih proper supaya dia tak berlasak ke sana ke mari boleh la cari satu kerusi khas untuk dia. I love kerusi tinggi from Ikea. More practical, meja nya luas and boleh buka dan basuh, siap ada belt lagi.Kebetulan Ikea Tebrau dah bukak, so datang sana sesaja cuci mata lalu ter grab satu jadi la ada jugak benda beli keluar dari Ikea. Muahaha

Naufal excited benor to having his first meal. Siap sendal belakang dengan bantal .Bahahah

Okay dah boleh makan dah. Hehe. Lepas ni boleh la share menu apa Naufal makan. Boleh lah mak mak yang berpengalaman share sekali ya. Now bila budak makin membesar, bila fikir balik kita beriya cari itu ini bukan pakai lama sangat pun. haha. yelah budak cepat besar. mungkin dah boleh simpan untuk next :p

Thank you for reading these.





Comments

  1. Stuju ! especially baby bullet tu sangat membantu :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Comment please =D Thank you ^^

Popular Posts