DiariHamil: Checklist barang mommy and baby yang perlu bawa ke hospital

Assalamualaikum and hai =)

As I wish, I nak share sikit barang-barang yang perlu bawa pergi hospital. Kalau sebelum ni dah buat checklist nak beli barang apa and to make sure tak over budget, now dah boleh pack siap-siap within 8-9 months barang2 yang nak bawak pergi hospital. Macam kiter lah dulu siap google bagai cari tips barang apa yang penting nak bawak. Jenis perangai tak suka bersarat banyak barang. Kalau boleh nak bawak barang yang pasti akan guna.

So since dah deliver baru la berani nak share apa yang perlu di pack siap-siap for reference to those mother to be ya =) Untuk barang I categorized ikot barang yang perlu bawak masuk labor room, barang masa dekat wad. (inc mom and baby)

BARANG-BARANG DALAM LABOR ROOM

Masa dah masuk dekat labor room, bila dah dekat2 nak bersalin tu, normally husband kena siap2 bagi barang baby dekat nurse. Nanti lepas baby dah keluar nak pakai apa? heh. Takkan jam tu baru nak mintak barang kan. So here I siap satu pack kecil supaya husband senang amek. dah siap mention kat husband da, ni pack untuk labor room tau yang. haha. Jangan lupa bagi nurse.mihmih

MOMMY

1. Maternity Pad.

I bawak dalam 6-7 pcs then masuk dalam ziplock bag Ikea tu.

2. Panties pakai buang

Better bawak yang jenis pakai buang. memudahkan korang salin bila dalam wad nanti. banyak jual dekat watson, kedai baby etc

BABY


1. Lampin/ Bedung

Must have item, biasanya ada yang bedung pakai lampin dah enough, nk pakai kain bedung terus pun boleh. Kebetulan ada standby beli lampin. Terus guna. Tapi masa my son lahir nurse tu balut pakai tuala mandi.haha. Pun boleh.LOL

2. Tuala mandi

Ada nurse pakai ada nurse tak pakai. kalau awak kasi dia pakai la. kalau tak kasi pun tak apa. tapi I standby siap2 even baby baru lahir tak ada la mandi beriya2 pun kan. hehe. Mentang2 mak nya purple lover barang anak pun menyangkit.

3. Baju Lengan pendek Newborn

1 set je dah cukup. Kalau boleh kaler putih. Bayi baru lahir umpama seputih kain putih.  eh terserah awak la nak color apa.haha. Since baby baru lahir sangat kecik, tak pakai pun seluar. Bagi baju pun dah ok.

4. Barut Baby

Sehelai. Terpulang nurse awak nak pakai ke tak. Normally dia akan pakai apa yang kita kasik tu dia guna. No need mitten and booties

5. Diapers Newborn 

1pcs enough ! Memang baby akan yak-yak. Nurse pun ada pakai kan diapers hospital.

BARANG-BARANG DALAM WAD

Rasa nya barang yang I bawak sangat minimal. Setakat ni semua yang bawak semua pakai. I buat dua beg, satu beg mommy satu bag baby. That's enough.

BABY


semua barang I pack dalam beg ziplock Ikea ni mengikut kategori. Senang nak cari. Nanri husband ke, mak ke nak cari dah senang.. Macam ni satu pack baju, satu pack mitten and booties, etc

1. Baju baby


2 pasang baju siang, 2 pasang baju malam (1 pasang dah pakai dalam labor room, 1 lagi standby).Baju siang tu boleh la jenis rompers, atau lengan pendek and seluar pendek. Jangan bawak rompers bagi nurse pulak. memang dorang tak kasi. takat dalam wad tu boleh la. baju malam yang ada seluar panjang, Baby bukan mandi kerap dekat wad pun. Normally mandi sekali sehari dekat wad. In case ada termuntah ke, terkotor ke boleh tukar.

2. Mitten & Booties

bawak la dalam 3 pasang pun boleh je standby. Tak tau lagi dapat keluar wad awal ke tak kan.

3. Barut

Bawak dalam 3 helai pun okay

4. Tuala

Nak buat lap2 mulut. kalau dah bawak lampin sehelai, tuala sehelai pun dah ok.

5. Lampin

Standby kalau bawak bedung sehelai je kan. So, lampin ni beli untuk penyelamat. Boleh jadi bedung boleh jadi tuala lap. tak payah beli banyak2 pun takpe lampin ni. Boleh buat bedung kat rumah.

6. Topi

kalau bedung jenis tak ada topi, boleh bawak topi. sejuk dok dalam wad kalau boleh biar tutup kepala baby.

7. Diapers

bawak lah standby dalam 10pcs pun dah ok. Macam I aritu tak abes guna pun tapi boleh standby.

8.  Kain bedung

I bawak satu je dah cukup. In case kalau kotor ada lampin

9.  Bantal dan alas tilam

I baru jugak sedar dah hujung2 tanduk tu kalau boleh bawak bantal kecil and lapik blanket satu. Biasanya dalam katil troli baby tu tak ada alas pape kalau bersalin kat gomen. Ada tu yang alas lampin buat bantal and bedung buat alas. Since da tau boleh standby.


10. Toiletteries Baby

Bawak je in case nak guna. Memang ada dekat hospital, biasa nurse tak mintak. tapi kekadang bila kat wad tu ada gak nurse guna kita punya. Bawak yang travel beg ni dah cukup.

11. Tisu Basah

tak bawak terlalu banyak. Macam I haritu bawak pack yang ada dapat free gift. kecik-kecik macam tu. so tak makan space sangat la bila pack dalam bag.

12. Plastik Nappy sack

Before deliver I ada noticed that sangat berguna pakai plastic in case berada dekat luar. sangat membantu tak kira la for mommies, baby, and anak dara sekali pun. nak buang pampers pun lebih terpelihara. Nak buang pad untuk yang kena nifas mahupun haid pun okay. selamat sebab kedap bau. Plastik pun ada bau perfume. muahaha

13 Laundry Net.

Untuk letak baju-baju kotor baby. supaya dapat terasing dengan barang-barang lain. Since baju baby kan comel belakee. Balik rumah boleh terus campak dalam mesin basuh tanpa memunggah.Laundry Net beli dekat Daiso je. Macam-macam saiz ado!

semua barang baby I pack dalam beg Pureen ni.

Spotted beg kuning tu. Tu beg mommy. hehe. Yang lain just stay dekat rumah. And one more thing bakul purple tu mak or husband bawakkan bila datang melawat. Letak kat wad untuk makan and buat air.

MOMMY (tak ada gambar pulak. Maap ya)


1.TUALA - 1 helai
2. KAIN BATIK - 1 helai
3. STOKIN TEBAL - 2 pasang at least
4. MATERNITY PAD
 -  I pack dalam ziplock bag 10 pcs je           
5. NURSING BRA
-  senang nak menyusu
6. PANTIES - beli yang pakai buang
7. TOILETTERIES
- syampoo, sabun, berus &ubat gigi

8.TUDUNG SARUNG
-must have item. no melilit2 da

9. SWEATER
- 1 helai je. untuk keluar wad nanti

10. Biskut atau roti
- serious kelaparan ya amat.

11. Pam susu-  wajib bawak.

12.Selipar tandas- pakai dalam wad

13. Power bank

14. Buku pink

15. Termos- nak buat air panas2


Pergi hospital cuma bawak dua beg ni je

Bila barang semua dah pack dah lega sangat2. Boleh terus letak dalam kereta atau pun kat bilik je. Bila dah keluar tanda dah nak pegi hospital tak ada la baru nak siap2 itu ini. Hopefully can get some ideas =)

Thanks for reading =)

Comments

  1. Thank you for sharing! Lengkap betul dah list tu..

    ReplyDelete
  2. Excited dia lain kan masa nak siapkan semua ni hihi

    Lagi satu tak boleh tinggal vitamin untuk sembelit takut sembelit lepas bersalin tu nanti, serik da

    ReplyDelete
  3. seronok baca org pack2 barang ni. ni anak ke tiga, tp excited dia lain mcm. dulu xbuat pon checklist, so dah 2x klam kabut, yg ke 3 ni baru over sikit mngemas. padahal baby baru 6 bulan.. hahaha.. by the way, sy pon peminat purple .. hihihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Comment please =D Thank you ^^

Popular Posts