New year 2023 | Officially 33! and A date
Assalamualaikum and Hi !
New year and new hope. Alhamdulilah, pejam celik dah dalam fasa 3 series dah. Aku rindu betul nak berbelog macam dlu. Macam zaman aku kat Uitm dulu, masa aku mentah lagi, tulis pun meraban, dengan bahasa dak2 wechat 😂. so kiranya aku membesar dengan zaman belog jugak la. Even aku tak selalu update.Rugi rasanya tak make it serious. tapi cukup laa aku boleh tinggalkan tulisan yg bermanfaat nanti.
So far, as usual, asal baru je masuk tahun baru, auto birthday aku.Belom sempat ko tarik nafas, dah genap tukar umur baru. So makin dewasa makin bersyukur dengan peralihan umur. Meski pun aku tahu, makin meningkat umur, life pun makin challenging. Ada bagusnya jugak birthday awal tahun. hehehe. Macam auto reset hidup ko terus.
Haha. Officially 33y/o. Not so old but stil young.😝Watching AVATAR: The Way of Water |
Dalam hidup biasa la mana ada manis je manjang, kadangkala ada pahit getir jugak yg kita kena lalui. tapi aku percaya bila bersabar dengan satu ujian tu mesti ada hikmah besar yg tak pernah ko jangkakan akan datang dalam hidup. So bila tahun baru, umur pun bertukar, mesti ko dah tak nak toleh belakang dah. Mesti nak jalan terus..
Bila dah berumah tangga, dah ada anak2, satu benda yg aku baru sedar, kita lupa masa kita dengan suami. kadang sibuk membesarkan anak2 kita lupa masa kita berdua je dengan suami. Dah almost 6 tahun baru aku sedar benda tu. Masa cecah umur ni jugak aku dikejutkan dan ditunjukkan bahawa kawan yang paling kita sangka kawan tu adalah pembunuh kau dalam diam. Allah tunjukkan banyaaaaaak sangat hikmah pada aku untuk tahun 2022 lepas.
Selain tu. perlu ke sekali sekala suami isteri tu ada masa untuk dating berdua?Yes perlu. Pada pendapat aku la. Sangaaat perlu. Untuk boost kan balik feel suami isteri tu semula, macam mana rasa masa korang masa mula2 decide nak berumah tangga. Ada pendapat yg aku penah baca la ada yg tak setuju, pada dorang, tak sanggup nak tinggalkan anak,semata2 nak dating la. nampak macam selfish la. Entah la.. bukan nak dating setahun. Cuma sesekali..for your mental health jugak apa. Kadang, bila kat rumah sentiasa pun belom tentu ko dapat masa tu. Kat rumah lain, kat luar lain😂.
Tak banyak yang aku harap untuk tahun baru ni, semoga Allah datangkan beribu rahmat dan keberkatan hidup dalam keluarga kami, menjadi manusia yg sentiasa redha, sentiasa letak Allah no.1, sentiasa cuba perbaiki diri untuk jadi lebih baik. tidak buang masa untuk benda remeh temeh lagi, more organize and palinggg penting nak dapat berat ideal untuk tahun ni. Boleh ke boleh?😂
Comments
Post a Comment
Comment please =D Thank you ^^