Blog Farah Shahidah: Resepi : Kerabu Mangga

03 July 2014

Resepi : Kerabu Mangga

Assalamualaikum

Dekat dapur, dah berlonggok-longgok mangga entah mana datang, nak kata dari depan pokok depan rumah macam tak relevan sebab tak banyak mana pun berbuahnya macam malu-malu nak berbuah je. rupanya ada pakcik mana entah bagi . Dah berhari-hari mangga tu dekat atas meja dapur tak berusik sebab still muda belia lagi siapa nak makan masam-masam gitu


then, since dah berhari-hari, dah nampak ada kuning sikit-sikit, I was thinking apa benda lar boleh buat dengan mangga yang banyak bebeno ni. tiba-tiba mood kerajinan datang rasa mengidam pulak nak kan kerabu mangga. hehh biasa nya jumpa kerabu mangga ni time kenduri je. then nak try buat sendiri . main belasah je campur-campur apa yang ada kat rumah. hehh




bahan-bahan yang aku guna nak buat kerabu ni just :


beberapa biji mangga tak berapa muda/ tak terlalu masak(buang kulit then kasi sagat)

kelapa parut (rendam dengan air panas dulu then tapis ambil hampas dia)

cili padi 

serai ( kasi hiris)

bunga kantan (hiris)

daun limau purut(hiris)

limau sambal (untuk perahan)

garam & gula secukup rasa

cara nak buat sangat senang, campur kan semua bahan-bahan tu dalam satu mangkuk, gaul then gaul sampai sekata, ikut sesedap rasa .

and presenting .....



ni lah kerabu mangga resepi sesedap rasa aku. haha. nak sedap boleh letak benda lain ikut selera korang la and apa yang ada dekat rumah pergi godek. hehh.boleh meratah-ratah sambil duduk depan tv. kehkeh. Mangga jugak baik untuk diet ya ibuk-ibuk bapak-bapak cewek-cewek  sebab :

-kandungan gula yang semulajadi untuk menurunkan kolestrol
-mangga adalah buah yang berserat yang boleh bantu proses pencernaan  =)

thanx for reading
lotsoflove
farahshahidah

1 comment:

Comment please =D Thank you ^^

Blog Farah Shahidah © . Designed by MaiGraphicDesign