Saudara Baruku, Felixia Yeap

Assalamualaikum

Alhamdulilah, sudah beberapa hari sambut bulam Ramadhan,macam sedar tak kejap je dah nak puasa.syukur dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh rahmat ini.memang tunggu-tunggu saat puasa setiap tahun.

anyway, aku nak ucapkan Salam Ramadhan al-Mubarak kepada sume bloggers, readers and to all umat islam.Actually, bulan puasa kali ni macam terasa cepat sangat datang.terasa rugi benar kalau tak gunakan peluang kali ni dengan sebaiknya untuk perbaiki segala kelemahan diri,segala ibadah wajib mahu pun sunat.masa.ni lar nak kumpul pahala semua.

dalam bulan puasa ini jugak kita dikhabarkan dengan berita penghijrahan Felixia Yeap untuk memeluk islam.really impressed me!syukur Alhamdulilah.Allah Maha Besar.seriously even I'm Muslim, rasa cemburu benar dengan dia. >_<

dari situ kita boleh sedar betapa indah nya perancangan Allah.Dia lagi maha mengetahui dan Maha menentukan.

aku kagum bilamana dia yang asalnya jahil tentang agama islam akhirnya memilih untuk memeluk islam. who knows.semua bermula dari kita sendiri.luaran,pemakaian mahu siapa diri kita tak menjamin kita ke syurga.

belum tentu lagi kita yang lahir celik-celik mata seorang islam,dibesarkan dengan suasana islam,sudah cukup sempurna yang kita ini Islam sepenuhnya.siapa tahu,orang yang sering berbuat dosa,langsung tidak tahu tentang Islam,kalau Allah detik kan hatinya untuk mendapat hidayah,so sekelip mata semua boleh berubah.silap-silap boleh bertukar posisi. 

aku jenis yang teruja bila baca kenyataan orang yang mendapat hidayah.aku kagum. rasa betapa cantiknya aturan Allah. macam Felixia.sudah tertulis dia diberi kesempatan untuk mengenal Allah dalam usia sekarang.Semoga dia terus istiqamah dalam perbaiki diri.diberi kekuatan menghadapi apa jua dugaan hidup.

kita yang Islam ni pun kekadang kurang memperbaiki ilmu agama.tapi orang yang diberi hidayah berusaha cari ilmu quran dan hadis untuk menguatkan lagi fahaman dalam Islam.subhanaAllah.

siapa kata,kita yang sedia Islam ni tak boleh lakukan penghijrahan. perkara tu dah lama aku fikirkan sebenarnya.hijrah yang bukan saja dari segi pakaian.apa guna luaran tampak sempurna tapi dalam tak bersih lagi.tutur kata tak sempurna lagi. mahu mulakan dari hati. ya, HATI.


Doa aku buat saudara baru kita, Felixia Yeap.Semoga kuat dalam menempuh alam baru sebagai seorang Muslim yang dirahmati Allah,InsyaaAllah.semoga Allah sentiasa melindunginya dan sentiasa dipelihara.Dikurniakan rezeki halal dan dipertemukan jodoh yang mampu membimbing ke jalan syurga.Amin..

Thank for reading,
Farahshahidah

Comments

  1. Alhamdulillah dan semoga terus istiqomah...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.... bertambahlah saudara seislam kita...

    p/s: terima kasih sudi join. blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/07/senarai-url-blog-6.html

    ReplyDelete
  3. cantik akak tu

    salam from indonesia :D
    singgah sini dari blog mialiana :D

    ReplyDelete
  4. Felixi dlm diam ko dah ada balak ghupenyer.. sobs

    Salam Ramadhan Al-Mubarak 1435H

    Jalan-jalan bw malam dari segmen blogwalking sis mia liana :)

    Jom Terjah : Buffet Ramadhan Casa Ombak (ˆ⌣ˆԅ)

    ReplyDelete
  5. Allahu. Kekadang rasa macam kecik sangat dengan saudara baru ni. Mereka lagi gigih menuntut ilmu :(

    ReplyDelete
  6. Blogwalking..datang dari Blog Mia..Senarai Blog saya number 80 dari bloglist yg dipostkan oleh MIa...selamat menyambut Ramadhan ;-)

    ReplyDelete
  7. Salam ramadhan almubarak..tmbh lg sorng muslimah...

    sye dtng dri blog Kak mia

    ReplyDelete

Post a Comment

Comment please =D Thank you ^^

Popular Posts