Happy Convo 2014 !

Assalamualaikum

Kita datang dari pelbagai negeri
Sabah, Terengganu, Selangor, Perak, Kedah
masuk KBM sebab ikut program penerapan.
yang kita sendiri tak tahu apa betul keputusan kita masuk sini.

ya kita memang 'rare'
orang lain masuk sebab habis diploma.
tapi kita diploma pun tak habis
tiba-tiba lompat masuk degree
masuk-masuk dah tercengang
rasa atas pagar boleh tak harung almost 3 tahun setengah ni

masing-masing masuk dengan cgpa gempak-gempak.
kalau tak gempak tak kan leh masuk penerapan, ye tak?
stil berpuak sebab da biasa sama dengan kengkawan masing-masing masa diploma


awal-awal semester dah buat perangai
satu kelas komplot 
tak siap kerja ada
ponteng kelas ada
suka skip event ada
sampai semua lecturer kenal
hmm kelas tu siapa tak kenal
ya mungkin sebab kita 'rare'

tak ada benda lain boleh ngadap kat KBM ni
tak lain tak bukan beratur panjang lift
aircond sejuk mak datuk
hari-hari pegi kelas
time test tak berapa nak prepare 
bila test dah siap 'senjata'
dapat result pun suam-suam kuku.

dulu rasa lama benar nak habis
walau tak semua bernasib baik
ada yang grad on time ada tak
but it's never mind
rezeki ada dimana-mana

walau dah banyak sem bersama
tapi ada yang tak rapat lagi
bercakap sama pun boleh bilang berapa kali
tapi tetap ingat antara satu sama lain
walau kita tak macam kelas lain
walau susah nak kumpul semua ada
walau ada yang pindah kelas dah hujung-hujung sem
kita tetap kelas A


and today mereka semua konvo
kawan-kawan yang satu kelas dah berapa tahun tah
yang belajar setengah mati dah
yang dah bosan menghadap KBM 
belajar tak habis-habis
akhirnyaa sampai jugak kat garisan penamat.
walau kita tak dapat sama-sama baling topi.
its sokay yang penting akhirnya kita grad!
Allah sudah tentukan haluan kita.


yep aku tumpang gembira.
rasa macam aku jugak ada sama
aku tak regret sebab dari awal aku dah jangka.
lambat atau cepat tak penting

yang penting kau grad
aku pun grad nanti.
InsyaAllah lain masa kita jumpa lagi
bawaklah haluan masing-masing sebaiknya
doakan kejayaan bersama
Degree ni adalah waktu mencabar kita semua mungkin
tapi ada kesenangan di luar sana,InsyaAllah.



Happy Convo Day friends of Bachelor of Accountancy !

loves,
farahshahidah



Sent from Samsung Mobile

Comments

  1. Anonymous19 May, 2014

    tahniah & gd luck dalam segala2 nyer !

    ReplyDelete
  2. wah...teringat kita konvo tahun lepas..apa pun congratssss..:D

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, semoga bersedia untuk fasa hidup seterusnya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Comment please =D Thank you ^^

Popular Posts