Blog Farah Shahidah: DiariHamil : my first pregnancy

shushivid

06 February 2017

DiariHamil : my first pregnancy

Assalamualaikum to my dear, anak umi,

Umi rasa I need to do this.. Kalau boleh satu pun pengalaman manis lahirkan awak tak hilang macam tu. And this is our journey, you and me. After umi and abi married, we straight pegi honeymoon kat Bali. and balik dari bercuti, umi terus ikut pindah JB, segalanya terus berubah dalam hidup umi. Kerjaya, family dan tempat tinggal, Tapi, umi was very happy mulakan segala benda baru dengan your abi. Alhamdulillah. 
first day pindah JB. 
After married, semua pasangan nantikan penyeri hidup mereka. We also. Pada mulanya ibu terdetik mampu ke umi bunting pelamin, ceh. Tapi abi, always remind me, ada rezki kami, adalah. He dont want me terlalu berharap takut mudah kemurungan. It's normal, bila lama sikit people mula tanya pulak bila nak ada anak, So umi cekalkan hati and sangat percaya rezeki Allah itu ada and umi just follow the flow. Walaupun  abi selalu berseloroh dengan umi, Bila umi pening kepala sikit, "haa..tah2 mengandung"LOL. sukanya abi melawak dengan umi waktu tu, last2 masin mulut abi. haha

3.10.16 -mulanya umi demam kuat, kepala berat. mungkin dah tanda nya. thanks abi and Miko jaga umi,,
Actually at first masa baru tahu pregnant, umur awak baru 4 minggu, itu pun sebab umi cek sendiri dekat rumah tanpa pengetahuan abi sebab abi tengah keje.hee. Umi berdebar betul bila nampak double line dekat pregnancy test tu. I was so excited. Dalam masa yang sama macam tak percaya. Umi tak sabar nak tunggu abi balik malam tu.

7.10.16 -first test using pregnancy test kit. nampak line tu kabur pada mulanya...

makin lama makin pekat maka terhasil la double line tu, gigil lutut umi,. hehe
Malam tu abi balik kerja, puas umi dok fikir macam mana nak kasi surprise kat abi. Belom sempat fikir, abi balik awal sebab malam tu nak pergi main futsal. So umi cecepat masuk bilik ambil pregnancy test and masa nak salam abi yang baru balik kerja umi letak test kit tu kat tangan abi. Your abi was shocked. Hehe." Eh ape ni?" Umi mampu tersengih sajor. Hehe.

Abi happy plus macam tak percaya. Puas abi panjatkan kesyukuran.bagi kami syukur atas nikmat awal yang Allah beri ni.benar aturan Allah itu, mungkin dengan kehadiran awak jadikan kami lebih matang walaupun adakala nampak belum bersedia.

9.10.16 -ramai nasihatkan pergi terus buat buku, then pergi la kat Klinik desa berdekatan. tapi dorang cakap
awal lagi untuk buat buku pink
umi jumpa doktor swasta nak sahkan kehamilan dekat area Pekan Gelang Patah. tapi sayang doktor tu tak scan mahupun buat lagi sekali urine test. cuma bagi konsultan saja,LOL
16.10.16 -Last umi pergi Klinik area Nusatanra. untuk scan dapatkan kepastian. Suddenly I saw your kantung cinonet saja.
Syukur Alhmadulilah. baru lega and yakin umi hamil.


It was the best news dalam hidup umi. Jauh lebih gembira daripada segala benda kat atas muka bumi ni. Allah telah lengkap hidup umi and abi. InsyaAllah umi will try to compile everything dalam blog kesayangan umi ni supaya one fine day you'll read this. Zaman umi abi takda benda ni.hehe.

22.10.16 -I bought this one also, to record all important moments. Even sometime ada terskip.

Love you anak umi abi,

No comments:

Post a Comment

Comment please =D Thank you ^^

Blog Farah Shahidah © . Designed by MaiGraphicDesign