Makan ala grill kat Street BBQ, Perling JB

Assalamualaikum and Hi !

Antara benda yang I suka makan bila keluar ialah benda yang panas2. Rasa puas makan benda yang fresh terus masak. Antaranya macan steamboat tak pun grill. That's why suka makan dekat Seoul Garden sebelum ni kalau dah rasa nak melantak beriya sangat stress lepas jawab exam. hee. Puas makan la sebanyak mana pun. Boleh grill pelbagai perapan daging dan jugak masak steamboat dengan pilihan sup yang sedap. Selain tu, ada jugak restoran lain yang buat ala2 Seoul Garden ni macam kat Api-Api, Bakar-Bakar, Kapten Steamboat dan banyak lagi.

Tapi ada satu ni I nak share, konsepnya grill jugak tapi bukan restoran ya. Ala hawker food truck gitu. Sangat cool and santai this idea. Boleh la pergi makan dekat Street BBQ kat area Perling, JB. Betul2 berhadapan dengan Dominos Pizza. Kedai ni buka waktu malam. Membe husband suggest this place. Sebelum ni pernah datang tapi tutup. Haha.lol

tak dapat nak view dekat.. sebab dok jauh sikit. see? konsep ala food truck
Style makan kat sini, korang boleh pilih menu daging apa nak makan. Semuanya dah ada tag harga. Ada perapan ayam, kambing, udang, daging lembu, sayuran, and etc. Cuma pilih letak dalam dulang, and the staff akan bakarkan untuk korang. So, makanan yang dah korang pilih tu dah siap kira kan sekali. Just wait kat meja, mereka akan hantar,tunggu masa nak makan je.haha.

tak banyak tapi pilihan daging tu pelbagai.


Ada pilihan sos yang pelbagai jugak. Selain tu, korang boleh pilih nak sup tulang ke, nasi goreng as sampingan. Pencuci mulut jugak ada. Untuk minuman boleh terus order, sama ada nak panas atau sejuk. Seriously bekas air dia besar. Mau kembung air.haha.

lepas dah pilih. boleh letak kat grill station. kasi brader ni bakar kan dulu..

sementara tunggu air and makanan siap, boleh la siap2 ambil sos dulu. macam2 sos ada.

hamek jangan tak hamek,

port bakar membakar..

taraaa.. sebahagian yang dah siap

tambah lagi yang dah siap

okay dah dapat semua. boleh terus makan. konsep sini hantar separuh2. so sambil tu boleh terus layan makan satu2.
Makan kat sini is okay for me yang mana lebih open air. Sempoi je and yang penting sangat mengenyangkan. Harga agak ok dengam portionnya yang besar. Perapan dia pun sedap. Cuma biasa la, belum makan lagi, nafsu besar sikit. Tangan tu sedap je ambil itu ini. Bila tang makan dah bersandar .haha. Kami siap tapau lagi bawak balik. Sebab dah tak larat sangat da.
So korang nak yang tak pernah tau kewujudan tempat ni, boleh la nak try makan kat sini ya kalau berada kat area berdekatan ni.

Street BBQ
378,Jalan Simbang, Taman Perling,
81200 Johor Bahru

FACEBOOK : Street BBQ Perling
thank you for reading these,,

Comments

  1. perghhh, nmpk sedap. suka mkn kat tmpt yg ada ltk harga. kengkadang ada tmpt mkn yg x letak harga. kalau ada harga, senang nak bajet

    ReplyDelete

Post a Comment

Comment please =D Thank you ^^

Popular Posts