My Raya 2013 : beraya sakan

Assalamualaikum ! Salam Aidilfitri =)

Raya pertama memang tak sah kalau tak pergi beraya kat semua rumah sedara mara...normally yang dekat-dekat nih..pergi beraya dalam masa yang sama boleh merapatkan silaturahim dengan saudara mara kita..macam kita boleh kenal salah silah keluarga kita..kadang-kadang kita ni sedara mara rapat  tapi boleh jadi tak kenal and tak tahu pun dia tuh sedara kita..walaupun sedara bau-bau bacang kata orang..

anak-anak gadis pak acim


familia di pagi syawal

mom ngan ayah




berkumpul kat rumah atuk..pagi sangat aku tak boleh nak makan lagi..heee

semua family dah sampai..after solat sunat, salam semua ahli keluarga...happy with de BIG familiaa


macam aku sendiri..bapak aku dah biasakan setiap kali raya mesti first raya akan pergi semua rumah saudara yang rapat macam rumah adik beradik atuk and nenek aku..rumah adik beradik tiri bapak aku...and from that baru aku tahu yang betapa ramainya saudara mara aku dekat Melaka ni sebenarnya...owh baru tau yang rumah dekat sinun tuh sedara aku rupanyaa....kalau bapak aku tak biasa kan aku rasa aku pun tak tahu salah silah keluarga aku...

sedara mara from my mom's side

de bujangss



so first raya memang beraya sakan...memang agak penat..zohor balik rumah sekejap..tidur sebentar..petang beraya lagi dan lagi...maka makan pun ala kadar sebab banyak rumah nak pegi..malam pun begitu...ehee,...memang tiap-tiap tahun akan pergi rumah yang sama lar jugak..setiap tahun adalah sama...daripada kecik tak tahu apa-apa noobs gilaa terus dah besar panjang cecah umur 20-an ni pun masih rotate rumah yang sama..hahaha...apa-apa pun raya tetap best sebab masa ni la dapat jumpa semua ahli keluarga...tak kesah dekat ke jauh...hari biasa mana nak jumpa.

raya belah my ayah's side pulak

rumah wajib pegi..Tok cak...yang mana kat sini laa boleh jumpa rendang tok yang sangat sodapss..
Tok cak merupakan saudara bau-bau rambutan yang mana tiap kali raya pegi rumah dia mesti dia ingatkan aku masa aku kecik-kecik dulu aku suka nyanyi lagu Burung Kakak Tua..kah3


Duit raya as usual masih dapat lagi.,..hewhew..malu jugakss..but rezeki jangan ditolakss...dapat seringgit pun duit jugakss..ehee...nak buat macamana aku still UNEMPLOYED lagi...sob3..tapi terasa jugak betapa kerdil diri ini bila mana ada sepupu sepapat aku yang bawah daripada umur aku and sewaktu dengannya ada yang dah bekerja..and I feel like ouh I student lagi so macam budak sekolah lagi pun ada...but its sokay...rezeki Allah ni ada dimana-mana..lambat cepat Allah yang tahu.. =)

aku macam dapat rasakan tahun ni merupakan tahun terakhir aku beraya style yang sama tiap-tiap tahun..haha..eh ada style lain pulak ke?owh tidak...maksud aku..ada rezeki tahun depan aku tamat belajar...so maybe insyaallah aku dah tak beraya as student lagi kuttt..bukan maksud aku tahun ni last sebab tahun depan aku kahwen ke apa..ehee...tu tak berani jawab laa..haha..mungkin tahun depan adalah buku/lemabaran baru untuk aku..and aku boleh laa terus merealisasi kan plan aku untuk masa depan...cehhh..perancangan banyak nih..haha... Insyaa-Allah... =D
doakan aku ye =)



Comments

  1. muja lak,, raya kedua baru rasa nak excited,, huhuu

    ReplyDelete
  2. Zureen raya ketiga baru berjalan. Raya pertama dan kedua hanya menerima kunjungan sahaja hehe

    ReplyDelete
  3. bestnya kak :)
    berjalan sakan di hari raya ^^

    ReplyDelete

Post a Comment

Comment please =D Thank you ^^

Popular Posts